ZIKIR ASMAUL HUSNA UNTUK ANAK YANG DEGIL DAN KERAS HATI
|  | 
| GAMBAR HIASAN SHJ | 
Masalah remaja 
tidak kira anak lelaki atau anak perempuan yang degil dan keras hati 
cukup susah dinasihatkan oleh ibubapa. "Tak makan saman punya anak!" 
Kadang-kadang ibubapa dimarah balik dan ada yang sanggup maki dan pukul 
ibubapa sendiri. Baru-baru ini berlaku apabila anak lelaki memukul 
ibunya dengan kayu. Memanglah jadi anak derhaka macam tu!. 
Tapi jangan 
lekas putus asa dalam memperbetulkan dan mendidik anak kita yang sudah 
jadi begitu. Mungkin yang mengubah perangainya dan sikapnya kerana 
pergaulan dengan kawan-kawannya yang rosak akhlak. Mungkin juga kerana 
 masalah persekitaran serta kurang didikan agama oleh kita. 
Yang salah 
tetap ibubapa kerana kita diamanahkan oleh Allah untuk membentuk mereka 
samada nak jadikan mereka itu yahudi, nasrani atau seorang muslim yang 
taat pada Allah dan rasulnya.
Jangan berdoa 
minta anak-anak taat pada kita. Takut nanti anak-anak tidak taat pada 
Allah dan rasul. Minta doa supaya anak-anak taat pada Allah dan 
rasulnya. Maka secara langsung ia akan taat pada ibubapanya. 
Selain dari itu, selalu berdoa minta padaNya. Bacakan surah-surah yang ada diberikan. Klik DOA MUSTAJAB di menu bar. Diantaranya adalah Surah Taha: Ayat 1 -5.
Bagi yang tidak boleh membaca dengan baik. Ambil cara yang ini iaitu dengan berzikir Asmaul Husna "Ya, Syahiid". Maknanya "Yang Menyaksikan".

"Ya
 Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka 
membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara 
berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah
 perangainya. 
(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al- Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi). 
Cara melakukan kepada anak-anak.
Semasa anak 
sedang tidur, zikir dan baca "Ya Shahid" sebanyak 313x kali dan tiup 
pada ubun kepalanya. Lakukan sebanyak 21 kali. Setiap sekali zikir 
hendaklah dibaca 313x "Ya Syahid". InsyaAllah anak anda akan menjadi 
anak yang mendengar cakap ibubapanya. (Keseluruhan zikir 313 x 21 =6573x
 zikir)
Nota:
Boleh baca 
sebanyak 313x atau 319x. 313x zikir, penulis dapat dari seorang bekas 
guru yang mengaji kitab di masjid memberitahu caranya. Boleh buat dalam 
masa 2 hari zikir ini atau ikut masa jika ada kesempatan. 
Semuga kita berkongsi sedikit ilmu ini untuk kebaikan bersama.
Wasallam.
 
 
 

No comments:
Post a Comment