Search Al Quran Here / Cari Al Quran di sini

http://www.quranexplorer.com/quran/

Search This Blog

AlQuran

AlQuran
Tafsir Per Kata

Saturday, April 4, 2015

Ilmu Penyejuk Api Nabi Ibrahim dan Khasiatnya! AlAnbiya 69.

ILMU API NABI IBRAHIM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Agak lama juga saya tidak menulis didalam blog ini. Sebenarnya kesihatan saya agak terganggu baru-baru ini kini alhamdullilah bolehlah lega sedikit.Disini saya minta maaf jika ada panggilan ataupun sms dimana tidak reply atau dijawab.
Merujuk perkara diatas, saya rasa mungkin saudara dan sudari pernah menndengarnya kisah api dapat disejukan oleh nabi Ibhrahim dengan kuasa allah swt.Sebenarnya ilmu ini sangat berguna untuk kehidupan kita.
Secara kita maklum bahawa pada masa kita banyak sangat deman tidak kira demam panas atau seumpanya dengan insyallah allah jika kita baca pada air dan diberi minum atau diusapkan keatas kepada (untuk anak-anak kecil) kesan panasnya akan berkurangan.
Selain daripada itu jika kita didalam marah pun insyallah jika sedang marah yang amat sangat jika diamalkan atau bacakan maka insyallah perasaan marah kita akan dapat kita kuasai. Sebenarnya marah itu adalah hasutan syaitan atua jin dan secara kita maklum bahawa syaitan atau jin di jadikan daripada api maka jika kita marah insyallah api kemarahan itu akan disejukan oleh allah swt dengan izinnya. Disebabkan perasaan marah ini bermacam-macam gejala akan timbul seperti pergaduhan, ketidak puas hatian, marah samada suami isteri dan lain-lain. Jika kita baca samada selepas sembahyang atau dengan secara bersahaja maka insyallah akan di kurniakan sifat penyabar yang luar biasa.
Selain itu bagi ibu bapa amat berguna juga kerana kebiasaan apabila ibu didapur si anak memang suka berada didapur. Berkemungkinan besar anak itu terkena percikan minyak panas atau air panas atau seumpama dengan dengan kita tekap ibu jari pada langit-langit mulut kemudian dikenakan pada bahagian yang terkena panas insyallah bahagian yang panas itu akan beransur-ansur hilang rasa kepanasan ianya boleh juga dengan menghempus sahaja pada bahagian yang terkena panas.
Selain daripada jika hari itu panas yang amat sangat maka bacalah ilmu ini beberapa kali sebelum panas insyallah panas matahari akan terasa kurang panas. Kebiasaanya jika kita pergi menunaikan umrah atau haji ustaz atau ustazah yang membaca kita ketanah suci kebiasaan akan menyuruh kita membaca ilmu ini supaya semasa kita menunaikan ibadah umrah atau haji tidak merasa panas insyallah.
Mungkin ada diantara kita akan bertanya ada cara untuk menguji ilmu ini. Saudara-saudari boleh beli rokok biasanya rokok biasa biasanya saiz baranya kecil carilah rokok yang mempunyai bara yang bersaiz besar anda boleh gunakan rokok gudang garam ataupun curut. Pasanglah bara itu kemudian bacalah ayat seperti yang dibawah
“Qulna yana rukuni bardan wasalaman alla Ibrahim”
Letakan bara rokok itu ke lidah kita insyallah dengan izin allah swt bara itu dimana kita tidak merasa panas. Jika boleh hidupkanlah 3 batang rokok gudang garam suriya dan letakan ia pada lidah anda insyallah kita tidak merasa panas. Saya nasihatkan supaya bacalah ayat itu beberapa kali seperti 3 kali atau 5 kali 7 kali atau selanjutnya pada kiraan ganjil dan jangan pula mencubanya tanpa membaca ayat diatas ditakuti lidah anda terbakar.
Sebenarya banyak khazanah ilmu yang ada didepan mata kita akan tetapi kita mungkin tidak ambil tahu maka ilmu itu lambat laun akan hilang.Sebenarnya saya bukanlah pakar dan ilmu-ilmu akan tetapi saya hanya tahu serba sedikit ilmu dimana saya gunakan dalam kehidupan seharian. Disini saya harap amal ilmu ini dan gunakan ianya untuk kebaikan seperti membantu anak, isteri, suami, rakan dan lain-lain dan selamat mencuba yakinlah semua benda yang dicipta itu akan pengajaran disebaliknya.
Sekian Terima kasih

No comments:

Post a Comment