SHALAWAT NARIYAH
"Allahumma
solli sollatan kaamilatan wasallim salaman. Taman 'ala sayyidina
Muhammadinnilladzi tanhallu bihil 'uqodu wa tanfariju bihil kurobu. Wa
tuqdhobihil hawa iju wa tunna lu bihirrokho 'ibu wa husnul khowatim wa
yustaqol ghomamu biwaj hihil kariim wa 'ala aalihi washosbihi fii kulli
lamhatin wa nafasim bi'adadi kulli ma'luu mi laka... ya robbal
'aalamiin"
Artinya:
"Ya Allah
Tuhan Kami, limpahkanlah kesejahteraan dan keselamatan yang sempurna
atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW. Semoga terurai dengan berkahnya
segala macam buhulan dilepaskan dari segala kesusahan, ditunaikan segala
macam hajat, tercapai segala keinginan dan khusnul khotimah, dicurahkan
rahmat dengan berkah pribadinya yang mulia. Kesejahteraan dan
keselamatan yang sempurnah itu semoga Engkau limpahkan juga kepada para
keluarga dan sahabatnya setiap kedipan mata dan hembusan nafas, bahkan
sebanyak pengetahuan Engkau, Ya Tuhan semesta alam"
Shalawat
Nariyah adalah sebuah shalawat yang disusun oleh Sheikh yang satu ini
hidup pada zaman Nabi Muhammad SAW sehingga termasuk salah satu sahabat
Nabi SAW. Beliau lebih menumpu bidang ketauhidan. Shikh Nariyah selalu
melihat kerja keras nabi dalam menyampaikan wahyu Allah, mengajarkan
tentang Islam, amal saleh dan akhlaqul karimah sehingga sheikh Nariyah
selalu berdoa kepada Allah SWT memohon keselamatan dan kesejahteraan
untuk Nabi SAW. Doa-doa yang menyertakan nabi biasa disebut shalawat dan
sheikh Nariyah adalah salah satu penyusun shalawat nabi yang disebut
Shalawat Nariyah.
Suatu malam
sheikh Nariyah membaca shalawatnya sebanyak 4444 kali. Setelah
membacanya, beliau mendapat karomah dari Allah SWT. Maka dalam suatu
majlis beliau mendekati Nabi Muhammad SAW dan minta dimasukan syurga
pertama kali bersama nabi. Dan Nabi pun mengiyakan. Ada seseorang
sahabat yang cemburu dan lantas minta didoakan yang sama seperti sheikh
Nariyah. Namun nabi mengatakan tidak boleh kerana sheikh Nariyah sudah
minta terlebih dahulu.
Mengapa sahabat
itu ditolak Nabi SAW? dan justeru syekh nariyah yang boleh? Para
sahabat itu tidak mengetahui mengenai amalan yang setiap malam diamalkan
oleh sheikh Nariyah yaitu mendoakan keselamatan dan kesejahteraan
nabinya. Orang yang mendoakan Nabi Muhammad SAW pada hakikatnya adalah
mendoakan untuk dirinya sendiri kerana Allah SWT sudah menjamin
nabi-nabiNya sehingga doa itu akan berbalik kepada si pengamalnya dengan
keberkatan yang sangat kuat.
Jadi nabi
berpesan sebagai wasilah yang boleh melancarkan doa umat yang
bershalawat kepadanya. Inilah salah satu rahasia doa dan shalawat yang
tidak banyak orang tahu sehingga banyak yang bertanya kenapa Nabi SAW
malah didoakan umatnya? untuk itulah jika kita berdoa kepada Allah SWT
jangan lupa terlebih dahulu bershalawat kepada Nabi SAW kerana doa kita
akan lebih terkabul daripada tidak berwasilah melalui bershalawat.
Inilah riwayat
singkat Shalawat Nariyah. Hingga kini banyak orang yang mengamalkan
shalawat ini, tak lain kerana mengikut yang dilakukan sheikh Nariyah.
Dan ada baiknya shalawat ini dibaca 4444 kali kerana Sheikh Nariyah
memperolehi karomah setelah membaca 4444 kali. Jadi jumlah amalan itu
tak lebih dari itba' (mengikuti) ajaran sheikh Nariyah.
Agar
bermanfaat, membacanya harus disertai keyakinan yang kuat, sebab Allah
SWT itu berada dalam prasangka hambanya. Inilah pentingnya punya
pemikiran yang positif agar doa kita pun terkabul. Meski kita berdoa
tapi tidak yakin (fikiran negatif) maka boleh dipastikan doanya
tertolak.
fadhilat shalawat Nariyah
Beberapa manfaat dari Shalawat Nariyah antara lain:
1. Jika
mendapat kesusahan kerana kehilangan barang, hendaknya membaca shalawat
ini sebanyak 4444 kali. InsyaAllah barang yang hilang akan cepat
kembali. Jika barang tersebut dicuri orang dan tidak dikembalikan, maka
pencuri tersebut akan mengalami musibah dengan kehendak Allah swt.
Setelah membaca Shalawat ini hendaknya membaca do’a sebagai berikut
(boleh dibaca dengan bahasa Melayu):
“Ya Allah,
dengan berkat Shalawat Nariyah ini, akua mohon Engkau kembalikan barang
aku”. Doa ini dibaca 11 kali dengan hati yang penuh harap dan
bersungguh-sungguh.
2. Untuk
melancarkan rezeki, memudahkan tercapainya hajat yang besar, menjauhkan
dari gangguan jahat, baca shalawat ini sebanyak 444 kali, boleh dibaca
sendiri atau berjamaah.
3. Untuk
menghilangkan segala macam kesusahan, memudahkan pekerjaan, menerangkan
hati, meluhurkan pangkat, memperbaiki budi pekerti, menghindarkan
malapetaka dan perbuatan buruk, baca shalawat ini sebanyak 40 kali
setiap hari.
4. Jika dibaca 21 kali setelah solat maghrib dan subuh akan terjaga dari musibah dan malapetaka apapun.
5. Jika dibaca 11 kali setiap selesai solat 5 waktu akan terjaga dari bala’ ( kerusakan) lahir batin.
Sheikh Sanusi berpesan: “Barangsiapa
secara rutin membaca shalawat ini setiap hari sebanyak 11 kali maka
Allah swt akan menurunkan rezekinya dari langit dan mengeluarkannya dari
bumi serta mengikutinya dari belakang meski tidak dikehendakinya”
Wasallam.
No comments:
Post a Comment