Search Al Quran Here / Cari Al Quran di sini

http://www.quranexplorer.com/quran/

Search This Blog

AlQuran

AlQuran
Tafsir Per Kata

Thursday, April 14, 2011

Umrahku Perjalanan Ringkas Menuju Allah

Bismillahirrahmannirrahim,

Asslammu 'alaikum wbt,

Saya dan isteri Sharifah Norzilah menaiki pesawat pada 7 Mac 2011 untuk menunaikan Umrah pertama kami, saya dah 43 dan isteri 37. BAnyak yang kami alami dan pelajari semasa menunaikan Umrah yang amat berkesan pada kami. Kami pergi dengan kumpulan Irna YAkin Travel, bersama kami ialah ikon yang sangat terkenal ,saudara Malek Noor Mr Universe kita . 12 hari 10 malam , namun tukar singgah BAhrain tambahan 1 malam.

Sambung kemudian.... dah 4.30 pagi Jumaat.

Hari 1:

Dari KLIA jam 1030 hrs , sampai BAhrain Airport petang. Lebihkurang 7 jam perjalanan. Checkin hotel kemudian buat lawatan City Tour di Bahrain. Negara yang kecil, kaya dengan hasil pemprosesan minyak. Malam singgah beli barang sikit dan kena buat persiapan kerana kami kena masuk terus ke Mekah buat Umrah, difahamkan ada jemaah di Madinah terpaksa tunda keluar hotel kerana flight delay balik ke KLIA. Oleh itu Hotel yang pihak syarikat tempah tiada kekosongan. Oleh itu kami diarahkan untuk masuk Mekah terus kerjakan Umrah dan kami terpaksa terus memakai ihram sebelum menaiki KApal Terbang dari Bahrain dan seterusnya berniat ihram di dalam pesawat. Pihak kami terpaksa membeli kain Ihram melalui pihak wakil syarikat kerana pakaian ihram kami dalam bagasi yang di bawa terus ke Jeddah, plan bertukar ke Bahrain dan sepatutnya masuk Madinah dulu terpaksa ditukar pada saat akhir. Kain Ihram akan di beli semula oleh syarikat dari jemaah jika jemaah tidak mahu setelah selesai umrah.

Bersambung Hari 2-Mekah...