Search Al Quran Here / Cari Al Quran di sini

http://www.quranexplorer.com/quran/

Search This Blog

AlQuran

AlQuran
Tafsir Per Kata

Sunday, June 13, 2010

Cara Haqikat Solat.

Rezeqi dari Allah. Yang penting kita kena mintak doa denganNya dengan rendah hati, kerana hati hambanya juga ada dalam peganganNya. Dia lah yang membuka hati hamba2nya untuk menerima kita sebagai pasangan hidupnya.

Cuba solat Khusyu' dengan cara dapatkan Haqikat solat seperti

1.Niat Bersihkan diri zahir dan batin semasa mandi dan ambil wudhu'

2. Pakai pakaian bersih dan berdiri untuk solat mengadap Pencipta seolah2 berdiri untuk solat kali terakhir (solat wida'/ perpisahan dengan dunia)

3. Berdiri seolah2 seperti anggapkan kita berdiri diatas titian Shirot, dikanan kita Syurga , dikiri kita Neraka.

4. Bersolat kita seolah kita sedang mengadap dan melihat Allah Yang Maha Kuasa (Allah JallallLah ), atau kita tahu Allah sedang melihat kita.

5. Dibaca bacaan solat kita dengan tartil(perlahan dan tenang) dan dicuba untuk tadabbur faham maknanya. Penting untuk kita selalu membaca tafsir dan terjemah Alquran untuk meningkatkan kefahaman AlQuran dan bahasa Arab.

6. Kita bersolat, sedang kita berbicara dengan Allah, mengadu dengannya. meminta denganNya, yaqin dengan pertolongan dan dimaqbulkan permintaan kita.

7. Bersolat sebagai mana solat nabi. Solat untuk mengingatiNya . Supaya kita selalu senantiasa dekat dengannya.

Sama2 kita tahsin(perbaiki) solat kita.