Search Al Quran Here / Cari Al Quran di sini

http://www.quranexplorer.com/quran/

Search This Blog

AlQuran

AlQuran
Tafsir Per Kata

Monday, October 11, 2010

Ayat-ayat Al Quran yang elok diamal untuk pendinding rumah dll.

Untuk memagar Rumah, elok dibacakan ayat2 ini pada bekas air berisi air bersih.

Ayat2nya ialah:

1. Ta'awuz: A'uzubillah hi minasyaitonnirrajim

2. Bismillah dan AlFatihah

3. Ayatul qursi

4. 3 ayat terakhir Albaqarah dari 'Lillahi maa fis sama'.....

5. 3 Qul....

6. Selawat, antara selawat terbaik selawat tafrijiyyah/kamiliyyat. Yaitu
" Allahumma solli solatan kamilatan wasallim salaman tamman 'ala saidina Muhammad,
allazi tanhallu bihil 'ukad, watanfarijubihil kurab, wa tuqdabihil hawaa ij, watunaalubihil raghaa ib, wal husna hawaatim wa yustaskal ghammaamu bi wajhihil KAreeem, wa'ala alihi wa sohbihi fi kulli lamhatin wanafassin 'adada fi kulli ma'lumin lak.

Dihembuskan pada air dan diludah syarat sedikit. Kemudian renjiskan air tersebut kesetiap 4 penjuru utama rumah.

Wallahu'aklam, mohon dtambah atau diperbaiki jika ada salah dan silap. jika tuan ada apa ilmu, elok ditambah dan dikongsi bersama kami.

Saturday, July 3, 2010

Rahsia Anak Pintar dari Perspektif Islam- Amalkan kita juga akan pintar.

Rahsia Anak Pintar Dari Perspektif Islam
May 27, 2010 Fadzilah Kamsah

BUKAN sedikit ibu bapa yang mengidamkan anak seperti Sufiah Yusof, 24, yang memasuki universiti pada usia 13 tahun dan Adi Putra Abdul Ghani yang mengejutkan ramai pihak kerana kemampuan menyelesaikan masalah matematik. Tidak kurang juga yang mengidamkan anak seperti Muhammad Ahmad Zahid yang bergelar hafiz muda pada usia 13 tahun.

Semua pasti mahukan zuriat yang pintar kerana inilah ‘tiket’ kepada masa depan lebih cerah. Penat lelah membesarkan mereka seakan berbaloi apabila si anak membawa pulang kejayaan. Namun, apakah mereka ini pintar, berbakat, genius atau pun prodigy? Jangan keliru kerana inilah takrifan sebenar keupayaan mereka berdasarkan istilah psikologi.

Seperti kata-kata ‘serupa tapi tak sama,’ pakar linguistik dan Pengasas PTS Publications and Distributors Sdn Bhd, Ainon Mohd, berkata masih ramai yang tidak dapat membezakan istilah sebenar ini.

“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak”

Fadzilah Kamsah – Pakar motivasi

“Aspek berbakat, pintar dan genius adalah antara perkataan yang kerap digunakan untuk menggambarkan kebolehan seseorang anak kecil mengatasi usia tanpa menyedari ia sebenarnya merujuk kepada makna yang kurang tepat.

“Genius adalah individu normal, tetapi mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah teknikal yang sukar atau tidak dapat diselesaikan pakar lain. Contoh paling tepat menggambarkan seseorang yang dianggap genius ialah Albert Einstein dalam bidang sains fizik manakala Thomas Edison dalam bidang elektrik,” katanya yang berkelulusan ijazah sarjana muda linguistik Universiti Malaya dan sarjana dalam bidang sama Leeds University.

Beliau yang pernah mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang psikologi, berkata seseorang itu disebut genius apabila dapat menyelesaikan masalah yang tidak mampu diselesaikan mereka yang normal. Justeru Einstein dan Edison layak digelar genius disebabkan mereka berjaya menyelesaikan masalah yang gagal diselesaikan saintis dan jurutera lain.

“Kanak-kanak yang layak digelar genius adalah kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah yang gagal diselesaikan orang dewasa. Jika tidak, mereka setakat digelar berbakat atau pintar, bukan genius. Mereka yang dapat menghafal al-Quran pada usia tujuh tahun adalah berbakat, bukan genius.

“Istilah genius tidak boleh digunakan kepada kanak-kanak kerana belum ada kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah setaraf orang dewasa. Einstein menyelesaikan masalah teori relativiti pada usia 25 tahun, selepas lulus universiti,” katanya.

Ainon mendakwa, disebabkan genius adalah pakar dalam sesuatu bidang, tiada kanak-kanak genius kerana anak kecil itu tidak mempunyai kepakaran ilmu. Oleh itu, baginya, tiada kanak-kanak genius dalam bidang sains, kejuruteraan, kedoktoran ataupun perfileman atau yang bergelar pakar bedah.

Satu lagi istilah ‘prodigy’ yang merujuk keupayaan kanak-kanak melakukan perkara yang hanya dapat dilakukan orang dewasa.

“Kanak-kanak pada usia lapan tahun yang dapat mengikuti pelajaran matematik peringkat universiti atau mencipta muzik seperti pemuzik dewasa, selayaknya digelar ‘prodigy.’ Mereka ini hanya ada dalam dua bidang iaitu matematik dan muzik. Kanak-kanak prodigiy mempunyai kepintaran orang dewasa dalam bidang matematik ataupun muzik saja. Dalam lain-lain hal, mereka adalah kanak-kanak seperti budak lain,” katanya.

Persoalannya, apakah ada sebarang petua mendapatkan anak pintar ini? Pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, berkata ini terletak kepada usaha ibu bapa mencari dan memperbaiki kelemahan diri terlebih dulu selain mengamalkan doa dan ajaran berlandaskan al-Quran dan Sunnah.

“Doa adalah senjata umat Islam dan sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan bacaan surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Bapa juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut isteri.

“Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran. Apabila hati terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Ibu juga digalakkan membaca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur,” katanya.

Katanya, satu perkara perlu diingati oleh semua ibu bapa iaitu semua anak dilahirkan pintar cuma cara merangsang yang membezakan impaknya. Ini wujud dalam bentuk pakej iaitu mesti membetulkan hati, otak, makanan, persekitaran dan didikan.

Beliau menegur sikap kebanyakan ibu bapa yang tidak mempunyai misi jelas dalam usaha memulakan keluarga.

“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Bagi tujuan itu, ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak sebagai doktor misalnya. Ibu dan bapa perlulah memupuk minat anak menjadi doktor dengan membaca buku berkaitan perubatan sejak hamil.

“Wanita Yahudi misalnya, mendidik anak sejak dalam kandungan. Sebaik hamil, mereka akan membuat latihan matematik, mendengar muzik dan bermain muzik untuk merangsang perkembangan anak. Ia terbukti berkesan dan jangan hairan jika anak-anak Yahudi dilahirkan bijak. Kita juga boleh berbuat demikian. Malah sebagai orang Islam kita mempunyai 1,001 cara untuk membentuk anak menjadi pintar dan soleh pada masa sama,” katanya.

Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkata, dia sendiri pernah bertemu dengan seorang wanita yang tidak pernah lalai membaca sehingga satu juzuk al-Quran setiap hari sepanjang hamil.

“Jika dia keletihan, suaminya akan menyambung membaca dan pahala dihadiahkan kepada bayi dalam kandungan. Anak itu dilahirkan dan membesar menjadi seorang lelaki yang bijak, pintar dan tinggi akhlaknya. Ini bukti betapa ayat Quran dan doa cukup berkesan dalam usaha membentuk anak pintar. Jika tidak berkesempatan mendidik anak dari dalam perut, belum terlambat untuk berbuat demikian walaupun mereka sudah menjejak alam persekolahan,” katanya.

Malah, baginya, antara saat paling mustajab mendidik anak ialah ‘hypnagogic moment’ iaitu masa antara anak berada dalam keadaan antara sedar dan tidak ketika hendak tidur.

“Ketika itu, mereka seolah-olah terpukau dan apa saja yang disebutkan ketika itu akan meresap masuk ke dalam hati. Rebut peluang untuk membisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan ketika mereka dalam keadaan itu dan Insya-Allah anak-anak akan menurut apa yang dikatakan.

“Waktu lain yang turut memberi impak besar kepada usaha ibu bapa memberi didikan ialah sebelum anak-anak tidur, sedang tidur dan baru bangun tidur. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat,” katanya.

Beliau turut menegur tindakan ibu bapa yang selalu terlanjur mengeluarkan perkataan negatif ketika marah.

“Kata-kata itu satu doa. Anak boleh dimarah dan kena dimarah tetapi biarlah marah itu berunsurkan positif. Jangan sesekali keluarkan perkataan degil, keras kepala kepada anak. Sebaliknya jika mereka melakukan sesuatu kesilapan, katakan kepada mereka: “Kamu anak baik. Kamu anak bijak. Mengapa lakukan perkara itu,” katanya.

‘Formula Adi Putra berasaskan kiraan Islam’

IMPIAN untuk bertentang mata dengan Adi Putra Abdul Ghani, 11, tidak kesampaian kerana dia berada di kampung neneknya yang baru meninggal dunia. Namun peluang bertemu ayahnya memberi kesempatan mengenali siapa sebenarnya Adi Putra yang mendapat pengiktirafan antarabangsa dan sehingga kini sudah mencipta 228 formula menyelesaikan masalah matematik.

Kisah kepintaran Adi Putra menyelesaikan masalah matematik sudah terlalu banyak diperkatakan tetapi kali ini penulis dihidangkan dengan sisi lain budak cerdik itu.

Menerusi paparan cakera padat, Adi Putra hanya menonjol dalam matematik tetapi pelbagai bidang lain yang melampaui usia sebenarnya.

“Ia satu anugerah Allah yang wajar kita syukuri. Ia juga satu bukti kehebatan Allah yang mampu memilih sesiapa saja untuk diberikan keistimewaan biarpun makhluk itu semuda Adi Putra,” kata Abdul Ghani ketika ditemui baru-baru ini.

Menariknya mengenai Adi Putra ialah semua formula matematiknya berasaskan cara kiraan Islam 100 peratus dan cara penyelesaiannya berdasarkan cakerawala, peredaran bulan, matahari, bumi serta menggunakan semua ciptaan Allah SWT di muka bumi ini seperti bukit dan tidak ketinggalan mengguna pakai perkiraan orang dulu.

Abdul Ghani mendakwa, kaedah pengiraan itu diiktiraf pakar antarabangsa malah di luar negara satu formula Adi Putra dinilai bersamaan RM1 juta dan modul sifir yang dihasilkannya bernilai berbilion ringgit.

“Jangan anggap Adi Putra budak kecil kerana selain pintar dalam matematik, dia juga mampu mengajar, petah berbicara walaupun ketika ditemubual stesen televisyen antarabangsa malah tidak kekok bersama dengan pembesar negara,” katanya.

Katanya, anaknya itu juga diiktiraf memiliki pengetahuan ilmu matematik berusia 400 hingga 500 tahun dulu yang pernah dikuasai ilmuwan Islam. Adi Putra bukan hanya menguasai formula matematik sebaliknya mengkaji setiap nombor.

“Kita dianugerahkan jari dan pelbagai bentuk bantuan semula jadi untuk mengira. Adi Putra juga menggariskan tiga perkara yang merosakkan dan melemahkan minda umat Islam iaitu terciptanya kalkulator, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan permainan video.

“Matematik dan sains tidak dimonopoli sesuatu bangsa sebaliknya terpulang kepada kita untuk menguasainya. Ilmuwan Islam terdahulu sudah membuktikan betapa kita sebenarnya menguasai matematik, bukan orang lain.

“Apa yang penting ialah bukan sekadar anak kita bijak tetapi juga kreatif. Adi Putra mengajar budak lain untuk turut kreatif mencari penyelesaian kepada masalah matematik dengan tempoh paling cepat,” katanya.

Malah, kata Abdul Ghani, salah seorang pelajarnya cuma mendapat satu markah daripada 50 soalan matematik dan selepas mengikuti kelas Adi Putra, dia mampu memperoleh 100 peratus selepas dua hari.

INFO: Tip untuk ibu bapa

Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah.
Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.
FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam

Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”


Incoming search terms for the article:
rahsia anak pintar
mendidik anak menjadi pintar
ayat-ayat quran menjadikan anak cerdik
mendidik anak pintar
memupuk minat ilmu fizik kepada anak sejak kecil
ayat al-quran membentuk akhlak anak-anak soleh
DIDIK ANAK PINTAR
doa petah berkata- kata
CONTOH KATA KATA DATO FADZILAH KAMSAH DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK
rahsia membentuk anak pintar
DOA DARI AYAT SUCI AL QURAN
didik anak jadi pintar
doa anak pintar
motivasi pelajar dr fadzilah kamsah mengenai rohani & akhlak
cara mendidik anak pintar
rahsi mendidik anak
Tip-tip menjadi pelajar cemerlang menurut islam
makanan untuk anak petah berkata-kata
ayat mendidik anak
rahsia quran
makanan anak pintar cara islam
doa untuk anak pintar dan soleh
membentuk anak pintar
rahsia bayi sihat dan bijak
pakar motivasi-cara mendidik anak
pelajar pintar soleh
makan cara islam
pemakanan bayi dalam islam
makanan anak pintar
makanan menurut perspektif islam
makanan cara islam
merangsang perkembangan bayi dalam kandungan
membesarkan bayi cara islam
mendidik anak cara islam
makanan yang baik untuk bayi menurut agama islam
mendidik anak mengikut perspektif islam
makanan untuk bayi dalam islam
makanan untuk anak pintar
menjadikan anak pintar
membentuk anak soleh dan solehah
news feryco
perspektif gangguan mental
www news@feryco com
rahsia sejarah solat lima waktu
rahsia surah al-fatiha
rahsia surah kursi
surah al-quran untuk anak2
surah anak bijak
surah anak soleh
surah untuk dapat anak yang bijak
tafsiran dr fadzillah kamsah untuk anak yang lahir bulan april
tips mendidik anak cemerlang
tips mengajar anak pintar
tips menjadi anak solehah
tips ustazah siti nor bahyah tentang berbuat baik kepada ibu bapa
rahsia pelajar cemerlang menurut fadilah kamsah
rahsia menjadi pelajar cerdik
rahsia matematik
petua mendidik anak menjadi soleh
PETUA MENJADIKAN ANAK PINTAR
petua untuk mendapat anak cemerlang dan soleh solehah
Psikologi kanak-kanak cara islam
psikologi perkembangan kanak-kanak menurut islam
rahsia anak bijak
rahsia ayat kursi
rahsia ayat quran pintar
rahsia ayat suci al-quran
rahsia bola jabulani
rahsia islam
rahsia jabulani
rahsia makanan nabi muhammad
vidio surah doa berhasiat
1oo1 petua kejayaan dalam pelajaran by dr fadilah kamsah
cache:vnEFSwwe6a8J:feryco com/tag/rahsia cergas otak anak kaedah ayat alquran
cara bangsa yahudi mendidik anak sejak umur 2 tahun
cara buat penerang hati dengan ayat kuran
cara didik anak jadi pintar
cara makanan nabi
cara membentuk anak
cara membentuk anak pintar
cara mendapat anak yang bijak dari perspectif islam
cara mendapat anak yang pintar
cara mendidik anak menjadi anak yang soleh dan pintar
cara mendidik anak menjadi hafiz
CARA MENDIDIK ANAK MNJADI BIJAK
cara mendidik sains kanak
cache:UIyT9bmQiXkJ:feryco com/rahsia-anak-pintar surah alquran untuk anak bijak
cache:3BW-RqDRi_EJ:feryco com/63-petua-keluarga-bahagia petua anak pintar ustaz fadzilah
http://feryco.com/rahsia-anak-pintar
http://feryco.com/rahsia-anak-pintar

Sunday, June 13, 2010

Cara Haqikat Solat.

Rezeqi dari Allah. Yang penting kita kena mintak doa denganNya dengan rendah hati, kerana hati hambanya juga ada dalam peganganNya. Dia lah yang membuka hati hamba2nya untuk menerima kita sebagai pasangan hidupnya.

Cuba solat Khusyu' dengan cara dapatkan Haqikat solat seperti

1.Niat Bersihkan diri zahir dan batin semasa mandi dan ambil wudhu'

2. Pakai pakaian bersih dan berdiri untuk solat mengadap Pencipta seolah2 berdiri untuk solat kali terakhir (solat wida'/ perpisahan dengan dunia)

3. Berdiri seolah2 seperti anggapkan kita berdiri diatas titian Shirot, dikanan kita Syurga , dikiri kita Neraka.

4. Bersolat kita seolah kita sedang mengadap dan melihat Allah Yang Maha Kuasa (Allah JallallLah ), atau kita tahu Allah sedang melihat kita.

5. Dibaca bacaan solat kita dengan tartil(perlahan dan tenang) dan dicuba untuk tadabbur faham maknanya. Penting untuk kita selalu membaca tafsir dan terjemah Alquran untuk meningkatkan kefahaman AlQuran dan bahasa Arab.

6. Kita bersolat, sedang kita berbicara dengan Allah, mengadu dengannya. meminta denganNya, yaqin dengan pertolongan dan dimaqbulkan permintaan kita.

7. Bersolat sebagai mana solat nabi. Solat untuk mengingatiNya . Supaya kita selalu senantiasa dekat dengannya.

Sama2 kita tahsin(perbaiki) solat kita.

Tuesday, March 2, 2010

Sunday, February 7, 2010

Dakwah Untuk Diri dan Mereka Sekarang

Assalammu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Dakwah adalah Sunnah Utusan Allah yang sangat besar. "Sampaikanlah daripapada ku walau satu ayat". "Hendaklah orang yang mendengar daripada ku menyampaikannya kepada yang lain, mungkin orang yang disampaikan itu lebih memahami daripada penyampai"-lebihkurang maksud hadis NAbi Muhammad di Khutbah Wida. Saya ingin mencadangkan supaya setiap dari kita berdakwah mengikut kemampuan dan kapasiti ilmu masing2. "Berilah peringatan maka sesungguhnya peringatan kamu bermanfaat kepada orang yang percaya(beriman)". Dakwah termasuk amar maaruf dan nahi mungkar atau menyuruh membuat kebaikan dan mencegah kejahatan/kesalahan. Pertama. Sekarang kita boleh berdakwah, mulakan dengan diri kita, keluarga kita, staf kita, dan orang-orang yang dibawah tanggungjawab kita secara bijaksana, dan ini tentu mestilah kita belajar dan ada ilmu pengetahuan. Jadi kita sebagai khalifah yang dipertanggungjawab memakmurkan bumi ini perlu senantiasa melengkapkan diri dan menambah Ilmu pengetahuan. Sumber utama Ilmu ialah Allah Tuhan Pencipta melalui Rasulnya. mengajar manusia melalui Kitab AlQuran (kata-kata Allah) dan juga melalui Hadis (kata-kata Rasul yang diilhamkan oleh Allah). Kedua, kita juga perlu berdakwah menyebarkan kebaikan Islam kepada jiran kita, dan juga orang awam yang mana kita selalu berhubung dengan mereka melalui Facebook atau email kerana dalam satu pesanan Rasulullah bermaksud "Tidak halal bagi orang beriman jika bersendirian bersama dengan orang Nasrani, Majusi... tetapi tidak mengajak mereka mengesakan(menyembah) Allah". Oleh itu kewajiban kita berdakwah itu sangat luas caranya. Mesti Cara yang hikmah kerana jika kita berkasar dengan mereka yang hendak menerima, mereka akan menolak. Oleh itu kita kena belajar berdakwah ikut sunnah nabi. Kita perlu mengemukakan bukti-bukti yang jelas dan nyata tentang kebenaran apa yang kita nyatakan seperti bukti ayat Al Quran sendiri yang tiada kesalahan, juga melalui hujah-hujah dari kitab agama mereka sendiri Injil, kitab Hindu atau kitab Budha yang menyatakan kedatangan Penyelamat (Muhammad) dan Keesaaan Tuhan (rujuk www.beautifulislam.net ). Sekarang media internet sudah ada dan hendaklah kita pergunakan untuk berdakwah. Sama-sama kita kearah hidup yang lebih baik dengan cara terbaik Rasulullah ajarkan. Mulakan dakwah kepada diri, keluarga dan mereka yang bersama kita. Juga Selamat berdakwah ke seluruh dunia melalui internet. akhir kata petikan dari imam Hasan Al Bannna "Perbaikilah dirimu dan perbaiki (orang) yang lain."

Monday, January 11, 2010

Penerang Hati Kuat Ingatan, Murah Rezeki, dan Badan Ringan Beribadah

Surah Al Insyirah.
Bacalah 3x Surah Al Insyirah " Alam nasyrah laka sadroq.. hingga akhir selepas solat fardu 5x sehari, juga elok sebagai zikir.

Terbukti sangat berkesan. Adiputra telah menggesa seorang wartawan yang bertanya apa amalannya, supaya selalu membaca surah Al Insyirah.

Ayat 35 Surah Annur.

Ayat ini sangat bagus menerangkan Allah sumber cahaya penerang Langit dan Bumi. Elok dibaca untuk tambahan air penawar supaya untuk terang hati.

"Allahu Nurrus sama'wa tiwalArd, masala nuurrihi kamissykatin fiihal misbah, Al Misbahu fi jujajah,al zujajatun kaannaha kaukabun Durriyun yuqad min sajaratimmubaraqah, Almubaraqatun zaitunatil laa syarkiyah wa laa garbiyyah. Yakadu zaituha yuDhi walau lamtas hunnar, Nurun'ala nuur, yahdillah hu linuurihi maiyasak,wayadribulLah amsalla linnas walLAhu bi kulli syaiin kaadiir." Sila semak tafsir dan ayat Quran.

Monday, January 4, 2010

Cari Jodoh dengan ayat Al Quran

Assalammu'alaikum,
Amalkan baca surah Toha ayat 131 dan 132 selepas solat fardu mulai "Wa latamudanna'ainaika...." dan juga sebagai zikir.

Testimoni:

Saya dan adik saya amalkan dalam setahun kami dapat jodoh masing2.
Kawan saya seorang Doktor Dr Sh Khadijah (Sibu sarawak) telah kongsikan ayat ini dengan kakaknya yang telah ajarkan kepada kawan gurunya. Setelah amal guru ini dalam 30-40an 3 hari ada orang masuk meminang.

Sunday, January 3, 2010

Why People Embraced Islam?

http://www.beautifulislam.net/christianity/
What are the verses in the Bible explaining the coming of Prophet Muhammad (Peace be upon him) ?
What are the fundamentals of Islam?
What are the Frequently Asked Questions and the Answers about Islam?
Why are people misunderstanding Islam? The Answers...

Friday, January 1, 2010

Amalan Surah Al Quraisy Untuk Temuduga

Sebelum keluar rumah untuk temuduga bacalah surah al Al Quraisy .. "Li ila fi Quraiyshin(1), ila fihim(2) rihlatash syito iwas soif(3), falya'budu robbaha zal baitil lazi at 'amahum min juu' (4), wa amanahum min hauf(5).

Ertinya : Kerana Kebiasaan Orang Quraisy. Kebiasaan mereka belayar untuk meniaga pada musim panas dan sejuk. Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang empunya rumah(kaabah) yang memberi mereka makan pabila kelaparan. Dan memberi keamanan apabila mereka ketakutan.

Buku AlQuran The Law Of Attraction



Saya telah dicadangkan untuk membaca buku ini 2 bulan yang lalu, cuma baru membelinya 2 hari lepas. Buku ini sangat bagus untuk dibaca, meningkatkan potensi diri dengan daya tarikan berasaskan Alquran. Hanya RM13.90 di kedai buku.





Sila lihat komen buku http://hsyafeart.blogspot.com/2009/12/ulasan-buku-quranic-law-of-attraction.html