Search Al Quran Here / Cari Al Quran di sini

http://www.quranexplorer.com/quran/

Search This Blog

AlQuran

AlQuran
Tafsir Per Kata
Showing posts with label Hikmah Al Quran dan Khasiat ayat-ayatnya.. Show all posts
Showing posts with label Hikmah Al Quran dan Khasiat ayat-ayatnya.. Show all posts

Thursday, April 23, 2015

ZIKIR ASMAUL HUSNA UNTUK ANAK YANG DEGIL DAN KERAS HATI

ZIKIR ASMAUL HUSNA UNTUK ANAK YANG DEGIL DAN KERAS HATI

GAMBAR HIASAN SHJ
Masalah remaja tidak kira anak lelaki atau anak perempuan yang degil dan keras hati cukup susah dinasihatkan oleh ibubapa. "Tak makan saman punya anak!" Kadang-kadang ibubapa dimarah balik dan ada yang sanggup maki dan pukul ibubapa sendiri. Baru-baru ini berlaku apabila anak lelaki memukul ibunya dengan kayu. Memanglah jadi anak derhaka macam tu!. 

Tapi jangan lekas putus asa dalam memperbetulkan dan mendidik anak kita yang sudah jadi begitu. Mungkin yang mengubah perangainya dan sikapnya kerana pergaulan dengan kawan-kawannya yang rosak akhlak. Mungkin juga kerana  masalah persekitaran serta kurang didikan agama oleh kita. 

Yang salah tetap ibubapa kerana kita diamanahkan oleh Allah untuk membentuk mereka samada nak jadikan mereka itu yahudi, nasrani atau seorang muslim yang taat pada Allah dan rasulnya.

Jangan berdoa minta anak-anak taat pada kita. Takut nanti anak-anak tidak taat pada Allah dan rasul. Minta doa supaya anak-anak taat pada Allah dan rasulnya. Maka secara langsung ia akan taat pada ibubapanya. 

Selain dari itu, selalu berdoa minta padaNya. Bacakan surah-surah yang ada diberikan. Klik DOA MUSTAJAB di menu bar. Diantaranya adalah Surah Taha: Ayat 1 -5.

Bagi yang tidak boleh membaca dengan baik. Ambil cara yang ini iaitu dengan berzikir Asmaul Husna "Ya, Syahiid". Maknanya "Yang Menyaksikan".




"Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya. 

(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al- Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi). 

Cara melakukan kepada anak-anak.

Semasa anak sedang tidur, zikir dan baca "Ya Shahid" sebanyak 313x kali dan tiup pada ubun kepalanya. Lakukan sebanyak 21 kali. Setiap sekali zikir hendaklah dibaca 313x "Ya Syahid". InsyaAllah anak anda akan menjadi anak yang mendengar cakap ibubapanya. (Keseluruhan zikir 313 x 21 =6573x zikir)

Nota:

Boleh baca sebanyak 313x atau 319x. 313x zikir, penulis dapat dari seorang bekas guru yang mengaji kitab di masjid memberitahu caranya. Boleh buat dalam masa 2 hari zikir ini atau ikut masa jika ada kesempatan. 

Semuga kita berkongsi sedikit ilmu ini untuk kebaikan bersama.

Wasallam.

Friday, December 25, 2009

Al Quran- Hikmahnya Terlalu banyak, Mari Berkongsi

Assalammu'alaikum,



AlQuran Kalamullah adalah mukjizat nabi Muhammad SAWyang diwariskan kepada umatnya, yakni kita. Allah maha luas Ilmunya dan setitis ilmunya di beri kepada manusia(Rujuk kisah nabi Musa mengikut Nabi Haidir).



Dikatakan AlQuran Ada 6,666 ayat, dan setiap ayat ada 6,666 maksud dan hikmah tersendiri.



AlQuran perlu difahami maksudnya dan di kaji ertinya. Ini adalah supaya kita lebih faham dan dapat mengamal suruhan serta meninggalkan larangan Allah.



Al Quran di dalam bahasa Arab, oleh itu kita mesti belajar bahasa Arab.


Syed Salleh Alatas Saya DAh ada Tafsir terbaru perkata dan asbabun nuzul, tersangat bagus. Sila lawat http://www.quranonline2u.com/2009/10/quran-tafsir-per-kata-asbabun-nuzul.html



DiDalam Blog ini, kita akan bersama berkongsi ilmu Allah tentang AlQuran:

1) maknanya

2) hikmahnya

3) Khasiatnya




QUR'AN TAFSIR PER KATA + ASBABUN NUZUL + TERJEMAHAN - BELI QUR'AN ONLINE
www.quranonline2u.com
BURAYA BLOG BAŞLIĞINIZI GİRİN



Sama -sama lah ya.


1. Khasiat ayat AlQuran untuk Murah Rezeki dan cepat Jodoh


Amat mujarab, ramai yang kita kongsikan amalan ini dan amalkan telah berjaya menemui jodoh . Amalkan baca ayat 131 dan 132 ,Surah Toha selepas solat fardu 5 waktu. Untuk mudah salinkan ayat diatas kertas dan selalu baca,cepat hafal. Cubalah. InsyaAllah. Boleh tambah juga dengan solat hajat 12 rakaat, insyaAllah kata RAsulullah hajat tidak tertolak. Caranya dengan 3 salam.