Nur Muhammad Menurut Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Tarikh Keputusan:
22 Jan, 2002
Huraian Tajuk/Isu:
Setelah dibincang ahli mesyuarat membuat kesimpulan dan cadangan bahawa :
Keputusan:
i. Tidak semua fahaman dan pegangan kepada 'Nur Muhammad' itu sesat,
kerana sebahagian ulama muktabar seperti Imam Ibnu Hajar Al-Haitami,
Syaikh Ibrahim Al-Baijuri, Sayyidis-Syaikh Ja'far Al-Barzanji, Sulthanul
Awliya' Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani dan ramai lagi, menerima konsep
ini dengan penafsiran yang sewajarnya tanpa melampaui batas aqidah dan
syariah Islam. Dalam penafsiran mereka 'Nur Muhammad' adalah seawal-awal
makhluk ciptaan Allah s.w.t bersifat dengan sifat baharu (bukannya
qadim) dan sekali-kali tidak mempunyai unsur-unsur ketuhanan
ii. Kesalahfahaman dan penyelewengan banyak berlaku kerana
sebahagian kelompok telah tersalah atau dengan sengaja memberikan
tafsiran yang salah kepada hadith-hadith yang menyebut bahawa 'Nur
Muhammad' ini diciptakan daripada 'nur allah' atau denga tafsiran yang
seolah-olah 'Nur Muhammad' itu adalah satu juzuk daripada zat Allah
s.w.t, yang mana tafsiran ini adalah nyata bercanggah dengan aqidah
Islam dan tidak ada seorang pun ulama mu'tabar yang berpegang dengan
penafsiran sedemikian. Tafsiran sebeginilah yang sesat lagi menyesatkan
dan semestinya dibendung
iii. Konsep 'Nur Muhammad' sebagaimana yang dipegang oleh sebahagian ulama mu'tabar, sewajarnya diletakkan dalam perkara khilafiyyah yang sepatutnya ditanggapi diterima dengan fikiran terbuka dan rasa tasmuh yang tinggi. Percaya atau tidak kepada hal yang demikian tidaklah merosakkan aqidah
iv. Oleh kerana tidak semua pegangan terhadap konsep 'Nur Muhammad' itu sesat, maka sewajarnya kita janganlah bermudah-mudah untuk menyesatkannya tanpa usul periksa terlebih dahulu. Menyesatkan konsep 'Nur Muhammad' secara keseluruhan akan mengakibatkan hukuman sesat kepada ramai ulama mu'tabar yang menjadi sandaran ummat

Negeri/Group:
- 30721 reads
No comments:
Post a Comment