Gambar ASLI dan SAHIH Batu Terapung yang disebut dalam Peristiwa Isra’ Mikraj.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog..
Gambar-gambar Batu Terapung dalam peristiwa
Isra' Mikraj Nabi Muhammad SAW.
Isra' Mikraj Nabi Muhammad SAW.
Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj Nabi Muhammad SAW.
Berikut adalah soal-jawab dari seorang hamba
Allah dengan Dato’ Dr. Haron Din mengenai Batu Terapung / Tergantung
seperti yang dinyatakan dalam sejarah Isra’ Mikraj baru-baru ini.
SOALAN:
Dato’, saya telah melihat gambar dalam
internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah
menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa,
Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gantung (tidak berpihak
di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti. Pohon Dato’ perjelaskan
apakah yang sebenarnya. – ZAINAL AHMAD
JAWAPAN Dato’ Dr Haron Din:
Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan.
Ulama umumnya berpendapat Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis
yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.
Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi.
Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid
Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi
bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud):
“Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan
(syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di
Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.
“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”
“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”
“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”
Inilah penulisan yang saya rujuk daripada
penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi.
Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat
Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tergantung-gantung.
Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam
kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan
tadi.
Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din.
Ada pun mutakhir ini, saya sendiri
berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang
tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.
Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan
dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid
dengan Qubbatul Sakhrah ini.
Satu lagi gambar asli dan sahih Batu Terapung.
Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung.
Meneliti Batu Terapung.
Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang
melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar
wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini,
batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung
besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan
keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika
untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.
Keadaan Berubah.
Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati
ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di
segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia
tergantung seperti yang dijelaskan di atas.
Semasa lawatan itu, saya
kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ,
di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu
besar yang macam payung itu tergantung-gantung.
Kegerunan Hati Manusia.
Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun
dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu
itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap.
Memandangan hal
keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan
orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil
tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.
Gambar simpanan lama Batu Terapung dari sudut atas.
Mengapa Berubah..?.
Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya.
Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak
lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah
bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah
batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua’lam.
SEBARKAN: Sila copy dan paste pesanan di bawah ini bermula dari tanda ** hingga ** serta
sebarkan kepada kenalan anda melalui e-mail, messenger, blog atau laman
sesawang yang anda kenali bagi menyampaikan info yang benar ini kepada
kenalan anda dan kenalan-kenalan mereka.
** Salamun’alaik.. Mohon kongsi dgn para jemaah sekalian..
Ramai sgt yg sebar gambar palsu.. Ini gambar sahih terkini dari bumi Palestine..[GAMBAR TERKINI] BENARKAH: Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj Di Palestin..? Sila ke;
http://qhazanah.wordpress.com/2009/07/21/benarkah-batu-terapung-dalam-peristiwa-isra-mikraj-di-palestin/
Syukran.. **
Untuk menerokai keadaan lebih jelas di
sekitar Masjid Al Aqsa dan Qubbatul Sakhra serta melihat keadaan sebenar
di bawah Batu Terapung seolah-olah anda berada di Palestine sila klik di sini.
Terima kasih buat antum semua yang sudi menziarahi halaman Qhazanah, ada buah tangan menanti. Dapatkan wallpaper sempena menghayati sejarah Isra’ Mikraj. Sila klik di sini.
HAYATI AR RUH ISRA’ MKRAJ..
Sempena kehadiran sejarah peristiwa
mukjizat Allah ini, semoga dapatlah kita hayati intipati ruhnya, demi
memperbaiki amalan kita sebagai hamba-NYA. Mohon teman-teman sekalian
beri komen membina ya.. Syukran..
========= Gambar Palsu tertera di bawah ================
Setiap kali menjelang kalendar Rejab sempena
kedatangan tarikh peristiwa Isra’ Mikraj, pasti gambar-gambar ini
disebarkan ke serata dunia maya dan hasilnya, ramailah yang
mempercayainya..
Berikut adalah gambar-gambar palsu yang kononnya
ia adalah Batu Terapung atau Batu Tergantung seperti yang tercatat
dalam peristiwa Israk Mikraj, tersebar meluas di dalam internet. Dan
juga.. Ia diguna pakai dalam khutbah multimedia di masjid-masjid di
KL..!
Gambar PALSU 1 - Gambar
PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestine ini
terus
disebarkan dan amat kurang bagi mereka yang bertanya akan kesahihannya.
(He-eh..? Kan terapung tu ustaz..? )
Gambar PALSU 5 - Tadaa.. ‘Breaking The Magician Code: The Magic Secret Reavealed’. Teknik murahan rupanya.. Guna Photoshop..
Sumber rujukan:
Gambar ASLI dan SAHIH Batu Terapung yang disebut dalam peristiwa Isra’ Mikraj..
Baca Juga:
1139. Antara Batu Terbang, Masjid al Aqsha dan Kubah Emas di Yerusalem.
Rampaian rujukan:
www.allahmahabesar.wordpress.com .
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
vmct7.
7tcmv.
No comments:
Post a Comment