Search Al Quran Here / Cari Al Quran di sini

http://www.quranexplorer.com/quran/

Search This Blog

AlQuran

AlQuran
Tafsir Per Kata

Wednesday, February 22, 2017

TAJDiD FiQH MAZHAB SYAFi'i Di MALAYSiA :Sumber hukum mengikut Imam Syafi‘i ialah: al-Quran, al-Sunnah, Ijma’ dan al-Qiyas.

Tajd id Fiqh Mazhab Syafyaf i‘i
 
Tajdid boleh diertikan sebagai pembaharuan (renewal); memulih (islah) atau merangka semula (reshape). Dalam konteks kertas kerja ini tajdid mungkin boleh merujuk kepada usaha merangka semula fiqh Syafi‘i di Malaysia sebagai respon kepada pelbagai cabaran, sama ada konflik kaum tua-kaum muda, pendekatan “tidak bermazhab”, mempermudahkan urusan agama, Syafi‘i, al-Syafi‘iyyah dan lain-lain.
Dalam sejarah perkembangan mazhab Syafi‘i sendiri, ia telah melalui beberapa proses pembaharuan, tajdid, tanqih dan tahdhib. Sebagai contoh, Dr Akram Yusuf ‘Umar al-Qawasimi menjelaskan dua kali tanqih6 telah berlaku dalam mazhab Syafi‘i. Tanqih

5 Penyelidikan Fundamental UM. Diketuai oleh PM Dr Anisah Ab. Ghani dan dianggotai oleh Dr Raihanah Hj Azahari, PM Dr Noor Naemah Abdul Rahman, PM Dr Abdul Karim Ali, Dr Saadan Man, Dr Luqman Hj Abdullah dan Shahidra Abdul khalil. Mereka merupakan kakitangan akademik Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

6 Tanqih dari segi bahasa bermaksud tahdhib; menyucikan dari benda-benda kotor. Al-Razi (1979), Mukhtar al-Sihhah. Damsyik: al-Maktabah al-Sya’biyyah, h. 675.

Tajdid Mazhab Syafi‘i
pertama (505-676H) diketuai oleh al-Imam al-Rafi‘i (557-623H) dan al-Imam al-Nawawi (631-676H) manakala tanqih yang kedua (676-1004H) dipimpin oleh Imam Ibn Hajar al-Haytami (m.973H) dan Imam al-Ramli (m.1004H). Tanqih al-madhhab boleh difahami sebagai menyucikan mazhab dari pendapat-pendapat yang pelik (shadh) dan marjuh atau menerangkan qawl mu‘tamad para fuqaha mazhab dalam semua bab fiqh.7 Faktor tanqih di atas merujuk kepada beberapa sebab terutamanya “lambakan karya fiqh, takhrij fiqh yang menyalahi usul mazhab, istinbat yang marjuh atau ijtihad yang shadh taksub mazhab dan sebagainya.8
Terdapat seruan agar pengamalan Islam di Alam Melayu ini termasuk Malaysia ditegakkan di atas asas Mazhah Syafi‘i dalam bidang fiqh, mazhab Asy‘ari dalam aqidah dan pendekatan al-Ghazali dalam tasawuf. Kalau diambilkira pandangan ini, maka bagi mempertahan dan mengembangkan kesinambungan serta keutuhan mazhab Syafi‘i di Malaysia,

Sumber hukum mengikut Imam Syafi‘i ialah:
 al-Quran,
al-Sunnah,
 Ijma’ dan
al-Qiyas.

Hubung-kait di antara sumber-sumber ini perlu difahami secara mendalam dan menyeluruh. Begitu juga konsep al-bayan yang dihuraikan dengan terperinci oleh al-Syafi‘i. Di samping itu, asas pemikiran Imam Syafi‘i juga perlu diambil-kira seperti ihtiyat, zahir al-nas, bahasa Arab, qawa‘id fiqhiyyah, qawa‘id usuliyyah dan lain-lain.9

Dr. ‘Abd al-Wahhab Ibrahim Abu Sulayman menjelaskan ciri metodologi dalam fiqh Imam Syafi’i  ialah:
i. Istiqra’ Ayat-ayat al-Qur’an
ii. Istiqra’ sunnah Nabi SAW dan athar Sahabat RA
iii. Berpegang kepada bahasa Arab dalam memahami nas
iv. Aplikasi al-qawa‘id al-usuliyyah
v. Istidlal bi al-Ma‘qul wa Mazahirih
vi. Mengaitkan masalah dan hukum dengan qawa‘id serta dawabit fiqhiyyah
vii. Metodologi dalam fiqh Muqarin
viii. Adab Khilaf
Sekiranya pendekatan ini digunakan, pandangan-pandangan hukum akan terus berkembang dan bertambah di samping khazanah fiqh yang telah sedia ada. Sebaliknya, jika kita hanya merujuk khazanah fiqh sahaja tanpa keluar dari lingkungan itu, maka pengkayaan khazanah fiqh pasti kurang berlaku. Dalam kerangka pembinaan hukum Islam semasa dan Fiqh Malaysia, pembinaan hukum-hukum baru sepatutnya menggunakan kerangka mazhab Syafi‘i dari aspek usul, kaedah, metodologi dan pemikiran dan bukannya hanya bertaqlid kepada fiqh (furu‘) sahaja;

...hg akhir.


Di petik sebahagian  (copy and paste)  dari Rujukan Kertas pembentangan
http://fiqh.um.edu.my/filebank/published_article/4010/tajdid_mazhab_syafii.pdf
 Oleh:
Abdul Karim bin Ali*


* Prof. Madya, Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

....

No comments:

Post a Comment