Search Al Quran Here / Cari Al Quran di sini

http://www.quranexplorer.com/quran/

Search This Blog

AlQuran

AlQuran
Tafsir Per Kata

Wednesday, March 25, 2015

Hikmah Dan Kebaikan Yang Terdapat Dalam Doa Qunut

Hikmah Dan Kebaikan Yang Terdapat Dalam Doa Qunut

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ahli fuqaha berselisih pendapat dalam menetukan masaalah doa qunut ketika solat Subuh. Ada di antara mereka menganggap doa qunut sebagai sunah Rasulullah SAW, manakala yang lainnya tidak berpendapat sedemikian.

Rasulullah SAW sendiri membaca doa qunut ketika solat Subuh sebagaimana terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a.

Dari Muhammad bin Sirin, bahawa ia berkata, “Aku berkata kepada Anas bin Malik r.a, “Apakah Rasulullah SAW. qunut pada solat subuh? ‘Ia menjawab, ‘Ya, sesaat setelah rukuk.” (Hadis Sahih Riwayat Muslim ( I:468no.298)

Di dalam hadis yang lain : Dikatakan oleh Umar bin Ali Al Bahiliy, dikatakan oleh Khalid bin Yazid, dikatakan Abu Ja’far Ar-Razy, dari Ar-Rab i’ bin Anas berkata : Anas r.a ditanya tentang qunut Nabi SAW bahawa apakah betul baginda SAW berqunut sebulan, maka berkata Anas ra : Baginda SAW selalu terus berqunut hingga wafat, lalu mereka mengatakan maka qunut Nabi SAW pada solat subuh selalu berkesinambungan hingga baginda SAW wafat, dan mereka yang meriwayatkan bahawa qunut Nabi SAW hanya sebulan kemudian berhenti maka yang dimaksud adalah qunut setiap solat untuk mendoakan kehancuran atas musuh-musuh, lalu (setelah sebulan) baginda SAW berhenti, namun qunut di solat subuh terus berjalan hingga baginda SAW wafat.

Berkata Imam Nawawi : Mengenai qunut subuh, Rasulullah SAW tidak meninggalkannya hingga baginda SAW wafat, demikian riwayat sahih dari Anas r.a. (Syarah Nawawi ala shahih Muslim)

Dan hadis tersebut juga disahihkan an-Nawawi dalam al-Majmu’-nya (III:504). Ia berkata, ‘Hadis tersebut sahih dan diriwayatkan oleh sejumlah penghapal hadis, dan mereka mensahihkannya. Diantaranya yang mensahihkannya adalah al-Hafizh Abu Abdillah Muhammad bin ‘Ali al-Balkhi, al-Hakim Abu ‘Abdillah dalam beberapa judul kitabnya, dan al-Baihaqi. Hadis itu diriwayatkan juga oleh ad-Daruquthni dari berbagai jalan periwayatan dengan sanad yang sahih”

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Anas bin Malik r.a katanya : "Sentiasalah Rasulullah SAW berqunut pada solat Subuh sehinggalah baginda wafat."

Diriwayatkan juga bahawa Saidina Umar membaca doa qunut pada solat Subuh di hadapan para sahabat dan selainnya.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW. senantiasa berqunut pada (solat) subuh sampai ia meninggalkan dunia ini”. (Hadis Riwayat Al-Hakim dalam kitab Al-Arba’in. la menyebutkan sebagai hadis sahih).

Sahabat yang dimuliakan,
Doa qunut adalah doa yang di baca ketika kita melakukan solat subuh pada rekaat ke dua setelah rukuk. Berikut adalah bacaan doa qunut dan maknanya untuk kita memahami hikmah dan kebaikannya.

أَللَّهُمَّ اهْدِنِيْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ,
ALLHUMMAHDINI FIIMAN HADAIT
Ya Allah tunjukkanlah aku bersama orang yang Engkau beri petunjuk.

وَعَافِنِيْ فِيْمَنْ عَافَيْتَ,
WA’AAFINII FIIMAN ‘AAFAIT
selamatkanlah aku bersama mereka yang telah Engkau beri keselamatan.(kesihatan)

وَتَوَلَّنِيْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ,
WA TAWALLANII FIIMAN TAWALLAIT
pelihara-lah aku bersama mereka yang telah Engkau pelihara.

وَبَارِكْ لِيْ فِيْمَا أَعْطَيْتَ,
WA BAARIKLLII FIIMAA A’THOIT
berikanlah keberkahan pada sesuatu yang Engkau berikan padaku.

وَقِنِيْ شَرَّ مَا قَضَيْتَ,
WAQINII SYARROMAA QODLOIT
Dan jagalah aku dari kejahatan apa saja yang telah Engkau tetapkan.

فَإِنَّكَ تَقْضِيْ وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ,
FAINNAKA TAQDHI WALA YUQDLO ‘ALAIK
kerana sesungguhnya Engkaulah yang menghukumi dan tidak dihukumi.

وَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ,
WAINNAHU LAA YADZILLU MAN WAALAIT
dan sesunguhnya tidak akan hina orang yang telah Engkau tolong.

تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ
TABAAROKTA ROBBANAA WATA’ALAIT
maka Maha Agunglah Engkau dan Maha luhurlah Engkau.

وَصَلَّى اللهُ اْلاُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
WA SHOLLALLOHU ‘ALAN NABI WA’ALA ALIHI WASOHBIHI WASSALAM
dan semoga Allah tetap mencurahkan keselamatan dan kesejahteraan pada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

رواه أبو داود والنسائى
(Hadis Riwayat An-Nasa’i dan Abu Dawud)

Semoga bacaan doa qunut ini boleh membantu kita dalam menjalankan ibadah Solat subuh. Solat adalah perkara utama yang akan di lihat oleh Allah SWT jika solatnya di terima maka barulah amalan-amalannya yang lain akan diterima, tetapi jika solatnya di tolak maka semua amalannya yang lain akan ditolak. Solat yang sempurna adalah solat yang dapat mencegah pelakunya daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.

Firman Allah SWT maksudnya :"Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Ankabut ayat 45)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita hayati dan memahami maksud yang terkandung di dalam doa qunut, doa yang kita baca semasa solat subuh selepas rukuk dalam rekaat kedua. Doa yang sungguh besar hikmah dan kebaikannya jika kita benar-benar menghayatinya. Wauallahualam.

1 comment:

  1. Ada seorang yang Arifbillah berkata Doa Qunut ini adalah doa terawal NAbi Adam setelah turun ke dunia bersyukur setelah diberi cahaya penerang kegelapan dunia! Wallahu aklam.

    ReplyDelete