Search Al Quran Here / Cari Al Quran di sini

http://www.quranexplorer.com/quran/

Search This Blog

AlQuran

AlQuran
Tafsir Per Kata

Wednesday, March 4, 2015

Doa Belajar oleh Imam al-Haddad

Doa Belajar oleh Imam al-Haddad

Niat adalah inti utama ibadat. Tanpa niat yang betul dan ikhlas, amalan yang baik sekalipun tidak akan diterima oleh Allah. Oleh itu, apabila kita mencari ilmu, tidak kira ilmu berkaitan Islam atau pun bukan, maka adalah penting bagi kita untuk sentiasa memeriksa niat kita itu. Sesuatu ilmu itu menjadi ilmu sekular apabila ia membawa kita jauh dari mengingati Allah, sama ada Geografi, Fizik, Matematik, bahkan ilmu fiqh, hadith, al-Quran, dan sebagainya.

Oleh itu, Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad (iaitu Imam al-Haddad; 1044-1132H) sangat menggalakkan anak-anak muridnya untuk membaca satu doa yang dibaca sebelum memulakan sesi pembelajaran.

Ini pula terjemahan kepada doa ini:
Aku niatkan untuk belajar dan mengajar,
Mengambil dan memberi manfa'at,
Mengambil dan memberi peringatan,
mengambil faedah dan memberi faedah,
Berpegang teguh pada Kitab Allah
Dan sunnah Rasulullah sallahu alayhi wassalam,
Menyeru kepada petunjuk,
Menunjuk ke arah kebaikan,
Menuntut dan mencari keredhaan Allah,
Mendekatkan diri dan mendapatkan balasan dari-Nya.
Amin.
Oleh itu, pastikan kita selalu memeriksa niat kerana niat itu terletak di hati, dan hati pula adalah satu tempat yang sangat senang untuk berubah-ubah dan berbolak-balik sifatnya. Niat yang ikhlas akan membawa hasil yang berkat.

Ibnu Muslim: Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad juga merupakan pengarang Kitab An-Nasoih Ad-Diniyyah Wal Washoya Al-Imaniyyah (Nasihat Agama Dan Wasiat Iman)...
Kuliah huraian/ulasan kitab ini di sampaikan oleh Ibnu Muslim di Surau al-Ikhlas Bandar Sungai Buaya Rawang pada setiap hari Sabtu selepas Maghrib. JOM BELAJAR & BERAMAL.
-----------------------------------------------------
Sekilas Biografi Al-Imam Abdullah Al-Haddad (Shohibur Ratib)

Imam Al-Allamah Al-Habib Abdullah bin 'Alawy Al-Haddad, lahir pada hari Rabu, Malam Khamis tanggal 5 Safar 1044 H di Desa Sabir di Kota Tarim, Wilayah Hadhromaut, Negeri Yaman.

Nasab/Keturunan
Beliau adalah seorang Imam Al-Allamah Al-Habib Abdullah bin Alawy Al-Haddad bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah bin Muhammad bin Alwy bin Ahmad bin Abu Bakar Al–Thowil bin Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin Ahmad Al-Faqih bin Abdurrohman bin Alwy bin Muhammad Shôhib Mirbath bin Ali Khôli’ Qosam bin Alwi bin Muhammad Shôhib Shouma’ah bin Alwi bin Ubaidillah bin Al-Muhâjir Ilallôh Ahmad bin Isa bin Muhammad An-Naqîb bin Ali Al-Uraidhi bin Imam Jakfar Ash-Shodiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Imam As-Sibth Al-Husein bin Al-Imam Amirul Mukminin Ali bin Abi Tholib suami Az-Zahro Fathimah Al-Batul binti Rasulullah Muhammad SAW.

WALLAHUA'LAM

No comments:

Post a Comment