وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ﴿١٢٧﴾ رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
﴿١٢٨﴾
رَبَّنَا
وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِكَ
وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
﴿١٢٩﴾
وَمَن يَرْغَبُ عَن مِّلَّةِ إِبْرَاهِيمَ إِلَّا مَن سَفِهَ نَفْسَهُ ۚ وَلَقَدِ اصْطَفَيْنَاهُ فِي الدُّنْيَا ۖ وَإِنَّهُ فِي الْآخِرَةِ لَمِنَ الصَّالِحِينَ
﴿١٣٠﴾
إِذْ قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ ۖ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ
﴿١٣١﴾
وَوَصَّىٰ
بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّـهَ
اصْطَفَىٰ لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
﴿١٣٢﴾
أَمْ
كُنتُمْ شُهَدَاءَ إِذْ حَضَرَ يَعْقُوبَ الْمَوْتُ إِذْ قَالَ لِبَنِيهِ
مَا تَعْبُدُونَ مِن بَعْدِي قَالُوا نَعْبُدُ إِلَـٰهَكَ وَإِلَـٰهَ
آبَائِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِلَـٰهًا وَاحِدًا
وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ
﴿١٣٣﴾
تِلْكَ أُمَّةٌ قَدْ خَلَتْ ۖ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَلَكُم مَّا كَسَبْتُمْ ۖ وَلَا تُسْأَلُونَ عَمَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ
﴿١٣٤﴾
Dan
(ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan
binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa
dengan berkata: "Wahai Robb kami! Terimalah daripada kami (amal kami);
sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;
(127)
"Wahai Robb kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah
diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang
berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan
cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah
Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;
(128)
"Wahai Robb Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka
sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan
mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat
kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan
maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
(129)
Tidak
ada orang yang membenci ugama Nabi Ibrahim selain dari orang yang
membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih
Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari
akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi
martabatnya).
(130)
(Ingatlah)
ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Serahkanlah diri (kepadaKu wahai
Ibrahim)!" Nabi Ibrahim menjawab: "Aku serahkan diri (tunduk taat)
kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".(131)
Dan
Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan
(demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya:
"Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini
menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam
keadaan Islam"(132)
(Demikianlah
wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai
orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati,
ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apakah yang kamu akan sembah
sesudah aku mati?" Mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan
datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa,
dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)". (133)
Mereka
itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan)
apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang
kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan)
tentang apa yang telah mereka lakukan.
(134)
No comments:
Post a Comment