Search Al Quran Here / Cari Al Quran di sini

http://www.quranexplorer.com/quran/

Search This Blog

AlQuran

AlQuran
Tafsir Per Kata

Friday, September 19, 2014

Nabi Khaidir. Apa nama sebenarnya? MAsih hidupkah dan Keramatkah dia?

Khidir alaihissalam

Di petik dari http://darisrajih.wordpress.com
Nama sebenar
Balya bin Malkan bin Paligh bin ‘Aber bin Shalikh bin Arfhashad bin Sam bin Nuh alaihissalam.
Gelaran beliau juga dalam bahasa arab ialah Abu Abbas .
Ayahnya berketurunan raja.
Sebab digelar Khidir
Hidhir dari perkataan Khudrun bermakna hijau. Beliau digelar dengan panggilan Khidir kerana jika beliau duduk di atas suatu tempat,benda yang putih nescaya akan bertukar warnanya menjadi hijau.
Juga dikatakan jika beliau solat, warna sekelilingnya akan bertukar menjadi hijau.
Pendapat yang pertama lebih tepat.
Kedudukan Nabi Khidir
Beliau adalah guru nabi-nabi
Keadaan Nabi Khidir
Beliau adalah seorang Nabi yang mempunyai umur yang panjang dan dilindungi dari pandangan.
Bersama Nabi Ilyas alaihissalam
Beliau bersama Nabi Ilyas alaihissalam masih hidup lagi sekarang ini sehingga diangkat Al Quraan dari bumi ini sebelum Qiamat. Apabila terangkat Al Quraan maka keduanya telah meninggal ketika itu.
Kisah beliau dengan dajjal
Beliau juga adalah yang akan  cuba dibunuh oleh dajal. Badannya akan digergaji dua dan kemudian dicantumkan kembali.
Bertemu Nabi Muhammad sallawaalaihiwasallam
Ada kalangan ulama yang memasukan beliau di dalam nama-nama sahabat kerana belaiu pernah hidup bersama Nabi sallawaalaihiwasalam dan menemuinya.
Pada waktu Nabi Muhammad alaihissalam diutus sebagai Rasul, beliau tidak menerima wahyu seperti sebelum Nabi Muhammad alaihissalam diutus. Namun kenabiannya tidak gugur.
Dalam musnad Imam Syafie ada dinyatakan bahawa beliau pernah menemui Nabi Muhammad alaihissalam.
Adakah mungkin ada manusia yang berumur panjang dan masih hidup hingga sekarang?
Tidak timbul masalah kerana sekarang ini masih ada Nabi selain Nabi Khidir yang masih hidup dan dinyatakan dalam Al Quraan seperti Nabi Isa alaihissalam.
Begitu juga tersebut dalam Al Quraan iaitu kisah Nabi Yunus dinyatakan sekiranya beliau tidak bertasbih dan menyedari kesilapannya nescaya beliau akan terus berada kekal di dalam perut ikan Nun hingga ke hari Qiamat. Maka tidak mustahil jika Nabi Khidir dipanjangkan umur. 
Ada yang memberi alasan dipanjangkan umur beliau kerana dua sebab :
  • Setelah bah besar yang berlaku zaman Nabi Nuh  alaihissalam  kering beliau telah mengebumikan semula jasad Nabi Adam  alaihissalam dan dengan jasanya itu Nabi Adam mendoakan beliau hidup lama.
  • Beliau pernah meminum Maul Hayat di  tempat pertemuannya dengan Nabi Musa  alaihissalam .

Pendapat Pertama
Warna merah adalah tempat pertemuan antara Nabi Musa dan Nabi Khidir alaihimassalam
Pendapat ini dikatakan lebih kuat.

Pendapat Kedua
Warna hijau adalah tempat pertemuan antara Nabi Musa dan Nabi Khidir alaihimassalam


Antara doa yang diajar oleh Nabi Khidir alaihissalam
Dibaca waktu pagi dan petang

 بسم الله ما شاء الله لا يسوق الخير إلا الله، بسم الله ما شاء الله لا يصــرف السـوء إلا الله، بسـم الله مـا شـاء الله ومـا بـكـم مـن نعمــة 
فـمــن الله، بسـم الله مـا شـاء الله لا يـأتـي بـالحسنـات إلا الله، بسم الله ما شاء الله لا حول ولا قوة إلا بالله،
Dibaca 3x 
 اللهم لا تشمت أعدائي بدائي، واجعل القرآن العظيم شفائي ودوائي، فأنا العليل وأنت المداوي
Dibaca 7x 
 اللهم يا رب بجاه سيدنا محمد بن عبد الله صلى الله عليه وسلم اجمع بيني وبين سيدنا محمد بن عبد الله صلى الله تعالى عليه وسلم في الدنيا قبل الآخرة.

 Ini adalah doa dari Guru saya Tn Haji Toha. Kelebihan doa ini agar terhindar dari tipu helah musuh atau merasa sedih dengan muslihat mereka.Juga agar sejahtera dari penyakit dan mendapat perlindungan dari perkara buruk atau perkara yang mengelirukan.
Kalau saya keliru, ragu-ragu  dengan sesuatu dan ingin ambil keputusan segera maka saya akan gunakan doa ini. Setelah baca bertawakal.

5 comments:

  1. Keperluan Yang Makin Mendesak

    Pada suatu malam, seorang penguasa tiran di Turkistan sedang mendengarkan kisah-kisah yang disampaikan oleh seorang darwis. Tiba-tiba bertanya tentang Nabi Khidir. Khidir, kata darwis itu, datang kalau diperlukan. Tangkap dan jubahkan ia kalau ia muncul, dan segala pengetahuan menjadi milik paduka. Apakah itu boleh terjadi pada siapa pun? Siapa pun boleh, kata darwis itu.

    Siapa pula lebih boleh dariku? fikir sang Raja; dan ia pun mengedarkan pengumuman: Barangsiapa boleh menghadirkan Khidir yang gaib, akan kujadikan orang kaya.

    Seorang lelaki miskin dan buta bernama Bakhtiar Baba, setelah mendengar pengumuman itu menyusun akal. Ia berkata kepada istrinya, Aku punya rencana. Kita akan segera kaya, tetapi beberapa lama kemudian aku harus mati. Namun, hal itu tidak mengapa, sebab kekayaan kita itu boleh menghidupimu selamanya.

    Kemudian Bakhtiar menghadap Raja dan mengatakan bahwa ia akan mencari Khidir dalam waktu empat puluh hari, kalau Raja bersedia memberinya seribu keping emas. Kalau kau boleh menemukan Khidir, kata Raja, kau akan mendapat sepuluh kali seribu keping wang emas ini. Kalau gagal, kau akan mati, dipancung di tempat ini sebagai peringatan kepada siapa pun yang akan mencoba mempermainkan rajanya.

    Bakhtiar menerima syarat itu. Ia pun pulang dan memberikan wang itu kepada istrinya, sebagi jaminan hari tuanya. Sisa hidupnya yang tinggal empat puluh hari itu dipergunakannya untuk merenung, mempersiapkan diri memasuki kehidupan lain.

    Pada hari keempat puluh ia menghadap Raja. Yang Mulia, katanya, kerakusanmu telah menyebabkan kau berfikir bahwa wang akan boleh mendatangkan Khidir. Tetapi Khidir, kata orang, tidak akan muncul oleh panggilan yang berdasarkan kerakusan.

    Sang Raja sangat marah, Orang celaka, kau telah mengorbankan nyawamu; siapa pula kau ini berani mencampuri keinginan seorang raja?

    Bakhtiar berkata, Menurut dongeng, semua orang boleh bertemu Khidir, tetapi pertemuan itu hanya akan ada manfaatnya apabila maksud orang itu benar. Mereka bilang, Khidir akan menemui orang selama ia boleh memanfaatkan saat kunjungannya itu. Itulah hal yang kita tidak menguasainya.

    Cukup ocehan itu, kata sang Raja, sebab tak akan memperpanjang hidupmu. Hanya tinggal meminta para menteri yang berkumpul di sini agar memberikan nasihatnya tentang cara yang terbaik untuk menghukummu.

    Ia menoleh ke Menteri Pertama dan bertanya, Bagaimana cara orang itu mati? Menteri Pertama menjawab, Panggang dia hidup-hidup sebagai peringatan.

    Menteri Kedua, yang berbicara sesuai urutannya, berkata, Potong-potong tubuhnya, pisah-pisahkan anggota badannya.

    Menteri Ketiga berkata, Sediakan kebutuhan hidup orang itu agar ia tidak lagi mau menipu demi kelangsungan hidup keluarganya.

    Sementara pembicaraan itu berlangsung, seseorang yang bijaksana yang sudah sangat tua memasuki rwang pertemuan. Ia berkata, Setiap orang mengajukan pendapat sesuai dengan prasangka yang tersembunyi di dalam dirinya.

    Apa maksudmu, tanya Raja.

    Maksudku, Menteri Pertama itu aslinya Tukang Roti, jadi ia berbicara tentang panggang memanggang. Menteri Kedua, dulunya Tukang Daging, jadi ia berbicara tentang potong memotong daging. Menteri Ketiga, yang telah mempelajari ilmu kenegaraan, melihat sumber masalah yang kita bicarakan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Catat dua hal ini, pertama, Khidir muncul melayani setiap orang sesuai kemampuan orang itu untuk memanfaatkan kedatangannya. Kedua, Bakhtiar, orang ini yang kuberi nama Baba (Bapak dalam bahasa Parsi, -red.) karena pengorbanannya- telah didesak oleh keputusasaannya untuk melakukan tindakan tersebut. Keperluannya semakin mendesak sehingga aku pun muncul di depanmu.

      Ketika orang-orang itu memperhatikannya, orang tua yang bijaksana itu pun lenyap begitu saja. Sesuai yang diperintahkan Khidir. Raja memberikan belanja teratur kepada Bakhtiar. Menteri Pertama dan Kedua dipecat, dan seribu keping wang emas itu dikembalikan ke kas kerajaan oleh Bakhtiar dan istrinya.

      (Catatan: Konon, Bakhtiar Baba adalah seorang sufi bijaksana, yang hidupnya sangat sederhana dan tak dikenal orang di Khurasan, sampai peristiwa yang ada dalam kisah itu terjadi. Kisah ini, dikatakan juga terjadi pada sejumlah besar syekh sufi lain dan menggambarkan pengertian tentang terjalinnya keinginan manusia dengan makhluk lain. Khidir merupakan penghubung antara keduanya. Judul ini diambil dari sebuah sajak terkenal karya Jalaluddin Rumi: Peralatan baru bagi pemahaman akan ada apabila keperluan menuntutnya/ Karenanya, wahai manusia, jadikan keperluanmu makin mendesak/ Sehingga engkau boleh mendesakkan pemahamanmu lebih peka lagi.)

      Delete
  2. Di petik dari http://darisrajih.wordpress.com

    ReplyDelete
  3. http://datoksirkronik.blogspot.my/2017/01/nabi-khidir_7.html

    ReplyDelete