Search Al Quran Here / Cari Al Quran di sini

http://www.quranexplorer.com/quran/

Search This Blog

AlQuran

AlQuran
Tafsir Per Kata

Wednesday, July 1, 2015

Tanda malam Lailatul Qadar 2015



Tanda malam Lailatul Qadar 2015

سورة القدر
بِّسْمِ اللَّـهِ الرَّ‌حْمَـٰنِ الرَّ‌حِيمِ
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ‌ ﴿١وَمَا أَدْرَ‌اكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ‌ ﴿٢لَيْلَةُ الْقَدْرِ‌ خَيْرٌ‌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ‌ ﴿٣تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّ‌وحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَ‌بِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ‌ ﴿٤سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ‌ ﴿٥
Al-Qadr
بسم الله الرحمن الرحيم
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (3) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (5)
 
20:53 Redaksi Admin


Tanda Malam Lailatul Qadar
10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu
Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin
Bulan Ramadhan, Al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan Hadis Rasulullah s.a.w di antaranya firman Allah SWT
TANDA MALAM LAILATUL QADAR
Ada beberapa pendapat yang memaklumkan tentang tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar antaranya seperti berikut
  1. Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita
  2. Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat
  3. Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud
Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari:-
  • Ahad atau Rabu, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29
  • Jumaat atau Selasa, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27
  • Khamis, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan
  • Sabtu, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23
  • Isnin, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21
Sebagai kesimpulannya, yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar

Pautan pantas selain informasi Tanda malam Lailatul Qadar 2015

Di ambil dari  http://www.mysumber.com/tanda-malam-lailatul-qadar.html

No comments:

Post a Comment