Tanda malam Lailatul Qadar 2015
سورة القدر
بِّسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
﴿١﴾وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ
﴿٢﴾لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
﴿٣﴾تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ
﴿٤﴾سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ
﴿٥﴾
Al-Qadr
بسم الله الرحمن الرحيم
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
(1)
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
(2)
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
(3)
Pada
Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana
membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang
berikut);
(4)
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
(5)20:53
10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu
Bulan Ramadhan, Al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan Hadis Rasulullah s.a.w di antaranya firman Allah SWT
TANDA MALAM LAILATUL QADAR
Ada beberapa pendapat yang memaklumkan tentang tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar antaranya seperti berikut
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud
- Ahad atau Rabu, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29
- Jumaat atau Selasa, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27
- Khamis, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan
- Sabtu, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23
- Isnin, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21
Di ambil dari http://www.mysumber.com/tanda-malam-lailatul-qadar.html