Nabi Muhammad s.a.w.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muhammad bin Abdullāh
محمد بن عبد الله |
Nama "Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam" dalam seni khat.
|
Kelahiran |
Muhammad bin Abdullah
sekitar 570/571 Masihi |
Perkuburan |
Makam Nabi di Masjid Nabawi, Madinah |
Nama lain |
Al-Amin, As-Saadiq, Rasul Allāh dan Abu al-Qasim |
Terkenal kerana |
Pembawa agama Islam |
Agama |
Islam |
Pasangan |
- Khadijah binti Khuwailid (595-619)
- Saudah binti Zam'ah (619-632)
- Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq (619-632)
- Hafsah binti Umar Al-Khattab (624-632)
- Zainab binti Khuzaimah (625-627)
- Zainab binti Jansyin (627-632)
- Juwairiah binti Al-Harith (628-632)
- Ramlah binti Abu Sufian (628-632)
- Hindun binti Abi Umaiyah (629-632)
- Raihanah binti Zaid (629-631)
- Safiyah binti Huyay (629-632)
- Maimunah binti Al-Harith (630-632)
- Maria al-Qibtiyyah (630-632)
|
Ibu bapa |
Ayah: Abdullah bin Abdul Muttalib
Ibu: Āminah bt Wahab |
Saudara |
Ahlul Bait |
Muhammad bin Abdullah (
Arab/
Jawi:
محمد بن عبد الله;
disebut [mʊħɑmmæd] ( dengar)) (570
M-8 Jun 632 M)
[1] merupakan
nabi dan
rasul yang terakhir bagi umat Islam.
[2] Lebih dikenali sebagai
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (
Arab/
Jawi: نبي محمد صلى الله عليه وسلم), baginda juga adalah pemimpin yang menyatukan
Semenanjung Arab kepada satu
tatanegara di bawah pemerintahan
Islam.
[3] Muhammad dianggap oleh umat Islam sebagai pemulih keimanan
monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu yang dibawa oleh
Nabi Adam,
Nuh,
Ibrahim,
Musa,
Isa dan nabi-nabi yang lain.
[4][5][6][7]
Dilahirkan di
Makkah,
Semenanjung Arab,
[8][9] baginda adalah anak yatim piatu sejak kecil lagi dimana baginda dijaga oleh
datuknya,
Abdul Muttalib bin Hasyim dan seterusnya bapa saudara baginda,
Abu Talib bin Abdul Muttalib.
Baginda juga pernah bekerja sebagai pengembala kambing dan saudagar
serta perkahwinan pertamanya adalah ketika berusia 25 tahun dimana
baginda telah
bernikah dengan
Khadijah binti Khuwailid (40 tahun). Ketika Muhammad berumur 40 tahun, baginda telah menerima
wahyu yang pertama daripada Tuhan melalui
malaikat Jibril ketika sedang berada di
Gua Hira.
Tiga tahun setelah kejadian itu, baginda mula berdakwah secara terbuka
kepada penduduk Makkah dengan mengatakan "Tuhan itu Esa" dan hendaklah
menyerahkan diri sepenuhnya kepada
Allah (secara harfiahnya membawa maksud
Islam) dan ia adalah satu cara hidup (الدين
ad-Din) yang diterima Allah sahaja.
Muhammad menerima beberapa orang pengikut pada awalnya yang terdiri
daripada pelbagai golongan. Ajaran yang dibawa oleh baginda mendapat
tentangan yang hebat dalam kalangan penduduk Makkah malahan mereka
dilayan dengan teruk dan zalim. Oleh itu, Muhammad telah
menghantar beberapa orang pengikutnya ke
Habsyah pada 614 M sebelum baginda dan pengikutnya lain di Makkah
berhijrah ke
Madinah (dahulu dikenali sebagai Yathrib) pada tahun 622 M. Peristiwa
penghijrahan Muhammad itu menandakan permulaan bagi
kalendar Islam atau takwim Hijrah. Di Madinah, Muhammad telah menyatukan semua suku kaum dibawah
Piagam Madinah. Setelah bersengketa dengan penduduk Makkah selama 8 tahun, baginda membawa 10,000 pengikutnya ke Makkah serta
membukanya. Muhammad dan para pengikutnya telah memusnahkan patung berhala yang terdapat di Makkah.
[10]
Pada tahun 632 M, beberapa bulan selepas peristiwa Haji Wida atau Haji
Perpisahan, Muhammad telah jatuh sakit lalu wafat. Ketika kematiannya,
hampir seluruh Semenanjung Arab berada di bawah naungan Islam dan
bersatu dengan
tatanegara Islam.
[11][12]
Kelahiran
Baginda lahir dari Keturunan Quraisy (Bahasa Arab
قريش). Nabi Muhammad telah diputerakan di
Makkah, pada hari
Isnin,
12 Rabiulawal[13] (
20 April 571M). Ibu baginda, iaitu
Aminah binti Wahab, adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya,
Abdullah, ialah anak kepada
Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi
Ismail, anak kepada Nabi
Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya
meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya
seorang
anak yatim piatu. Menurut tradisi keluarga atasan
Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama
Halimahtus Sa'adiah حلمة السعديه
di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam
tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi
ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul
Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa
saudaranya,
Abu Talib.
Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing
bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya
dalam urusan perdagangan ke Syam (
Syria).
Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah
terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan
penuh kekufuran
Masa remaja
Dalam masa remajanya, Nabi Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan
Allah.
Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat
angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda
dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha
menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi
amalan biasa di kalangan para
belia pada masa itu seperti
berjudi, meminum
minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai
As Saadiq (yang benar) dan
Al Amin
(yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada
dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.
Berumahtangga
Sebahagian dari siri mengenai |
Nabi Muhammad s.a.w. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
-
Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan
baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang
dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima
bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (
Syria). Baginda mengelolakan
urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.
Khadijah
begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong
beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima
lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 6
orang anak (2 lelaki dan 4 perempuan) tetapi kedua-dua anak lelaki
mereka, Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil. Manakala anak
perempuan baginda ialah
Ruqayyah,
Zainab,
Ummu Kalsum dan
Fatimah az-Zahra.
Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah Khadijah
meninggal pada usia 64 tahun. Seorang lagi anak baginda adalah hasil
perkahwinan baginda dengan
Maria al-Qibtiyyah. Putera baginda bersama Maria bernama Ibrahim itu juga meninggal semasa kecil. Menurut rekod Nabi Muhammad
mempunyai 13 orang isteri. Isteri-isteri baginda dikenali sebagai "Ummul Mukminin" yang bermaksud "ibu orang-orang beriman".
Bapa dan ibu saudara Nabi Muhammad
- Al-Harith bin Abdul Muttalib
- Muqawwam bin Abdul Muttalib
- Zubair bin Abdul Muttalib
- Hamzah bin Abdul Muttalib
- Al-Abbas bin Abdul Muttalib
- Abu Thalib bin Abdul Muttalib
- Abu Lahab bin Abdul Muttalib
- Abdul Kaabah bin Abdul Muttalib
- Hijl bin Abdul Muttalib
- Dzirar bin Abdul Muttalib
- Ghaidaq bin Abdul Muttalib
- Safiyah binti Abdul Muttalib
- 'Atikah binti Abdul Muttalib
- Arwa binti Abdul Muttalib
- Umaimah binti Abdul Muttalib
- Barrah binti Abdul Muttalib
- Ummi Hakim al-Bidha binti Abdul Muttalib
Kerasulan
Gua Hira tempat pertama kali Nabi Muhammad memperoleh wahyu.
Muhammad SAW telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah.
Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke
Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebgai
Jabal al-Nour
untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi
masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam,
memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian
berleluasa.
Pada suatu malam hari Isnin 21 Ramadan (bersamaan 10 Ogos 610),
[14] ketika baginda sedang bertafakur di
Gua Hira,
Malaikat Jibril
mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu
Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya
tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk
membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan
manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat
Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca).
Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
Ini merupakan
wahyu
pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40
tahun setengah. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa
dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut
panduan yang diberikan Rasulullah dan dikumpulkan dalam buku bernama
Al Mushaf yang juga dinamakan
Al-Quran
(bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas.
Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain.
Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui
percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama
Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.
Marhalah dakwah Rasulullah
Marhalah dakwah baginda boleh dibahagikan mengikut fasa:
[15]
- Fasa Makkah: hampir 13 tahun
- Dakwah rahsia: 3 tahun
- Dakwah terbuka di Makkah: hampir 7 tahun
- Dakwah kepada semua: 3 tahun
- Fasa Madinah: 10 tahun
Perjuangan dakwah Rasulullah juga boleh diringkaskan sebagai berikut:
- Pertama: Marhalah Tasqif - tahap pembinaan dan pengkaderan untuk melahirkan individu-individu yang menyakini pemikiran (fikrah) dan metod (thariqah) parti politik guna membentuk kerangka gerakan.
- Kedua: Marhalah Tafa’ul ma’al Ummah - tahap berinteraksi dengan umat agar umat turut sama memikul kewajiban dakwah
Islam, sehingga umat akan menjadikan Islam sebagai panduan utama dalam
hidupnya serta berusaha untuk menerapkannya dalam kehidupan bernegara
dan bermasyarakat.
- Ketiga: Marhalah Istilamil Hukmi - tahap pengambilalihan kekuasaan,
dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya
sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru dunia.
Thalabun Nusrah
Thalabun Nusrah adalah detik bersejarah yang dapat dinukil didalam
kitab sirah dan merupakan satu aktiviti penting dalam marhalah kedua
perjuangan Rasulullah Lestari atau tidaknya dakwah ditentukan olehnya
kerana keberlangsungan dakwah memerlukan dua aspek penting:-
- Pertama, untuk mendapatkan perlindungan (himayah) sehingga tetap
dapat melakukan aktiviti dakwah dalam keadaan aman dan terlindung.
- Kedua, untuk mencapai tampuk pemerintahan dalam rangka menegakkan Daulah Islamiyah
(Negara Islam) dan menerapkan hukum-hukum berdasarkan apa yang telah
diturunkan Allah SWT dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.
Cabaran-cabaran
Apabila Rasulullah menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang
mendengar seruannya. Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari anggota
keluarganya dan dari golongan masyarakat bawahan, Antara mereka ialah
Khadijah,
Ali,
Zaid dan
Bilal. Apabila baginda memperhebat kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara terbuka agama
Islam
yang disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya. Tetapi pada
masa, baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan
para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit
bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka.
Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil
masyarakat yang dihormati di
Makkah menganut agama Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar,
Uthman bin Affan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi.
Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekah, sebahagian orang
Islam disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa
bersabar dan mencari perlindungan untuk pengikutnya. Baginda meminta
Negus Raja
Habsyah,
untuk membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke negaranya. Negus
mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah
kepada penguasa di Makkah.
Hijrah
Di Makkah terdapat
Kaabah yang telah dibina oleh
Nabi Ibrahim a.s.
beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada
Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat
sembahyang selain dari Allah. Mereka datang dari berbagai daerah Arab,
mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka
sebagai sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan
kegiatan-kegiatan
tradisi
mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk
menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda
ialah sekumpulan orang dari
Yathrib. Mereka menemui Rasulullah dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama
Aqabah
secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah
untuk melindungi Islam, Rasulullah dan orang-orang Islam Mekah.
Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang
lagi ke Makkah. Mereka menemui Rasulullah di tempat yang mereka bertemu
sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib, pakcik baginda yang
belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu. Mereka mengundang
baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka
berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seagama. Dialog yang
memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan
pakcik Rasulullah untuk memastikan mereka sesungguhnya berhasrat
mengalu-alukan masyarakat Islam Mekah di bandar mereka. Rasulullah
akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu.
Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah,
masyarakat jahiliyah Mekah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke
Yathrib.
Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi
peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan agama mereka ke
daerah-daerah yang lain.
Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali Rasulullah,
Abu Bakar,
Ali
dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah
kemudian memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak
berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Rasulullah
akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali
sebagai, 'Bandar Rasulullah'.
Madinah
Di
Madinah, kerajaan Islam diwujudkan di bawah pimpinan Rasulullah Umat Islam bebas mengerjakan
solat
di Madinah. Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini kemudiannya
melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya
ditangkis dengan mudah oleh umat Islam. Satu perjanjian kemudiannya
dibuat dengan memihak kepada pihak Quraish Makkah. Walau bagaimanapun
perjanjian itu dicabuli oleh mereka dengan menyerang sekutu umat Islam.
Orang
Muslim
pada ketika ini menjadi semakin kuat telah membuat keputusan untuk
menyerang musyrikin Makkah memandangkan perjanjian telah dicabuli.
Pembukaan Kota Makkah
-
Pada tahun kelapan selepas penghijrahan ke Madinah berlaku, Nabi
Muhammad berlepas ke Makkah. Tentera Islam yang seramai 10,000 orang
tiba di Makkah dengan penuh bersemangat. Takut akan nyawa mereka
terkorban, penduduk Makkah bersetuju untuk menyerahkan kota Makkah tanpa
sebarang syarat. Nabi Muhammad kemudian mengarahkan supaya kesemua
berhala dan patung-patung di sekeliling Kaabah dimusnahkan.
Meneladani perbuatan Rasulullah
Perbuatan-perbuatan yang dilakukan Rasulullah dibagi menjadi dua
macam. Ada yang termasuk perbuatan-perbuatan jibiliyah, iaitu perbuatan
yang dilakukan manusia secara fitri, dan ada pula perbuatan-perbuatan
selain jibiliyah. Perbuatan-perbuatan jibiliyah, seperti berdiri, duduk,
makan, minum dan lain sebagainya, tidak ada perselisihan bahawa status
perbuatan tersebut adalah mubah (harus), baik bagi Rasulullah maupun
bagi umatnya. Oleh kerana itu, perbuatan tersebut tidak termasuk dalam
kategori mandub (sunat).
Sedangkan perbuatan-perbuatan yang bukan jibiliyah, boleh jadi
termasuk dalam hal-hal yang ditetapkan khusus bagi Rasulullah, dimana
tidak seorang pun diperkenankan mengikutinya (haram); atau boleh jadi
tidak termasuk dalam perbuatan yang diperuntukkan khusus bagi beliau.
Apabila perbuatan itu telah ditetapkan khusus bagi Rasulullah, seperti
dibolehkannya beliau melanjutkan puasa pada malam hari tanpa berbuka,
atau dibolehkannya menikah dengan lebih dari empat wanita, dan lain
sebagainya dari kekhususan beliau; maka dalam hal ini kita tidak
diperkenankan mengikutinya. Sebab, perbuatan-perbuatan tersebut telah
terbukti diperuntukkan khusus bagi beliau berdasarkan
Ijmak Sahabat. Oleh kerana itu tidak dibolehkan meneladani beliau dalam perbuatan-perbuatan semacam ini.
Akan halnya dengan perbuatan beliau yang kita kenal sebagai penjelas
bagi kita, tidak ada perselisihan bahawa hal itu merupakan dalil. Dalam
hal ini penjelasan tersebut boleh berupa perkataan, seperti sabda
beliau:
صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَليِّ
“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat”
خُذُوْا عَنِّيْ مَنَاسِكَكُمْ
"Laksanakan manasik hajimu berdasarkan manasikku (apa yang telah aku kerjakan)"
Hadis
ini menunjukkan bahawa perbuatan beliau merupakan penjelas, agar kita
mengikutinya. Penjelasan beliau bisa juga berupa qaraain al ahwal, yakni
qarinah/indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, seperti memotong
pergelangan pencuri sebagai penjelas firman Allah SWT:
فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا
"Maka potonglah tangan keduanya." (Surah Al-Maidah : 38)
Status penjelas yang terdapat dalam perbuatan Rasulullah, baik berupa
ucapan maupun indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, dapat
mengikuti hukum apa yang telah dijelaskan, apakah itu wajib, haram,
mandub(sunat) atau mubah(harus) sesuai dengan arah penunjukan dalil.
Sedangkan perbuatan-perbuatan beliau yang tidak terdapat di dalamnya
indikasi yang menunjukkan bahawa hal itu merupakan penjelas, bukan
penolakan dan bukan pula ketetapan. Maka dalam hal ini perlu
diperhatikan apakah di dalamnya terdapat maksud untuk bertaqarrub
(mendekatkan diri kepada Allah) atau tidak. Apabila di dalamnya terdapat
keinginan untuk bertaqarrub kepada Allah maka perbuatan itu termasuk
mandub(sunat), di mana seseorang akan mendapatkan pahala atas
perbuatannya itu dan tidak mendapatkan balasan jika meninggalkannya.
Misalnya Solat Duha. Sedangkan jika tidak terdapat di dalamnya keinginan
untuk bertaqarrub, maka perbuatan tersebut termasuk mubah(harus).
Pesanan terakhir Rasulullah SAW (Isi khutbah terakhir Rasulullah SAW)
Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9
Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda
menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi
dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:
- "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan,
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua
selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan
sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada
hari ini.
- "Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota
ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai
amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada
pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain
tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan
menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala
amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang
melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
- "Berwaspadalah terhadap syaitan
demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan
kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak
mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
- "Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu,
mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan
hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan
pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan
baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka
adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka
ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak
sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
- "Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji
sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara
kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang
lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
- "Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk
dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh
itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan
kebenaran selepas ketiadaanku.
- "Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul
yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu
wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang
telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu
dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti
kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
- "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula
kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari
mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya
telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
Kronologi perkembangan Islam
Perkataan "محمد" di dalam Al-Quran
Dalam
Surah Al-Saf ayat
ke-6, disebut "احمد" yang bermaksud Yang Terpuji = "محمد"
Terlalu banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran berkaitan dengan Nabi
Muhammad S.A.W, tetapi Allah menyebut dengan panggilan yang lain seperti
" يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ " ( Wahai Nabi ), "
بَشِيرً" [ Pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) ], "
شَاهِدً" ( Saksi ), "
نَذِيرٌ" [ Pemberi amaran ( kepada orang-orang yang ( ingkar ) ) ], "
مُذَكِّرٌ" ( Pemberi ingatan ), "
نُورٌ"
[ Cahaya ( kebenaran ) ], "خَاتَمَ النَّبِيِّينَ" ( Kesudahan
Nabi-Nabi). Nabi Muhammad S.A.W kadang-kadang dipangil dengan sebutan
yang diperoleh dari keadaan/masa ketika Baginda ditujukan: maka Baginda
di panggil "
الْمُدَّثِّرُ","
الْمُزَّمِّلُ" ( Yang berselimut ), dll.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Muhammad_s.a.w.