- Hibatullah Yusof Al-Haj Salam Saudaraku Ujang Basar. Kejadian nampak waktu berulang angkanya 11:11 dan diulang dua malam berturut-turut, itu amat mudah bagi Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. Kemudian Dia menentukan agar saudara memperhatikan maksud Surah Hud 11:11.Wednesday at 2:37pm · · 2Loading...
- Hibatullah Yusof Al-Haj Untuk memahami maksudnya dengan lebih baik, perhatikan maksud Surah Hud 11:1 hingga 11:12:
[1474] Hud 11:1. Alif, Laam, Raa'. Al-Qur’an sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.
[1475] Hud 11:2. (Al-Qur’an yang demikian sifatnya diturunkan oleh Allah) supaya janganlah kamu menyembah sesuatupun melainkan Allah. (Katakanlah wahai Muhammad): Sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman).
[1476] Hud 11:3. Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya, supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Dia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya).
[1477] Hud 11:4. Kepada Allah jualah kembalinya kamu dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[1478] Hud 11:5. Ketahuilah! Sesungguhnya mereka yang ingkar itu membongkokkan badan mereka untuk menyembunyikan (perasaan buruk yang ada dalam dada mereka) daripada Allah. Ketahuilah! Semasa mereka berselubung dengan pakaian mereka sekalipun, Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
[1479] Hud 11:6. Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).
[1480] Hud 11:7. Dan Dialah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, sedang ArasyNya berada di atas air (Dia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) berkata: Bahawa kamu akan dibangkitkan hidup kembali sesudah mati tentulah orang-orang yang ingkar akan berkata: Ini tidak lain, hanyalah seperti sihir yang nyata (tipuannya).
[1481] Hud 11:8. Dan demi sesungguhnya! Jika kami tangguhkan azab daripada menimpa mereka hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah mereka akan berkata (secara mengejek): Apakah yang menghalangnya? Ketahuilah! Pada hari datangnya azab itu kepada mereka, tidak akan dapat ditolak daripada menimpa mereka dan tentulah mereka akan diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-ejek itu.
[1482] Hud 11:9. Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.
[1483] Hud 11:10. Dan demi sesungguhnya! Kalau Kami memberinya pula kesenangan sesudah dia menderita kesusahan, tentulah dia akan berkata: Telah hilang lenyaplah dariku segala kesusahan yang menimpaku. Sesungguhnya dia (dengan kesenangannya itu) riang gembira, lagi bermegah-megah (kepada orang ramai).
[1484] Hud 11:11. Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.
[1485] Hud 11:12. Jangan-jangan engkau (wahai Muhammad) tidak menyampaikan sebahagian dari apa yang diwahyukan kepadamu serta merasa sempit dada untuk menyampaikannya disebabkan orang-orang yang ingkar itu berkata: Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) perbendaharaan (harta benda yang banyak) ataupun datang bersama-sama dengannya malaikat (untuk menolongnya menyiarkan Islam)? Kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada orang-orang yang ingkar dan Allah jualah Pentadbir yang menguruskan tiap-tiap sesuatu (maka berserahlah diri kepadaNya). - Hibatullah Yusof Al-Haj Pada hemat saya, saudara Ujang Basar faham maksud Ayat-Ayat di atas, yang menyeru kita agar berpegang teguh pada Tauhid dan bertaqwa kepadaNya. Susah dan senang adalah ujian dariNya, kerana itu kita jangan megah bila diberi kesenangan dan jangan putus asa bila ditimpa kesusahan. Doa, usaha, tawakal. والله اعلم
Saturday, November 12, 2011
Tarikh 11.11.11dan jam 11.11, Cuba kita fahami maksud ayat 11dari surah 11 AlQuran!
Subscribe to:
Posts (Atom)
kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal saleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar.... (maaf tuan semalam sy melihat jam di hp saya pkl 11:11 dan mlm ini ianya serupa 11:11 dan sy mencari surah ke 11 (surah hud) ayat ke 11 dan diatas lah jwpnnya boleh terangkan skit...terima kasih)