Search Al Quran Here / Cari Al Quran di sini

http://www.quranexplorer.com/quran/

Search This Blog

AlQuran

AlQuran
Tafsir Per Kata

Thursday, December 8, 2011

Bicara buat semua Lelaki terutama yang bergelar Suami (Perempuan pun kena baca)

Bicara Lelaki Bergelar Suami...

by Kelab Isteri Solehah on Wednesday, November 30, 2011 at 12:17pm

Kata pujangga

perempuan bagaikan angin

lembutnya melenakan

ributnya menggusarkan.

Adakalanya mereka seperti ibu

menyaji kasih, menghidang sayang

adakalanya mereka seperti anak

ingin dibelai, minta dimanjakan

adakalanya mereka seperti nenek

berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,

merekalah insan yang terhampir

teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.

bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

( i )

Psst....

Tiba-tiba isteri merajuk

pandai-pandailah memujuk

buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya

teliti dengan hati yang terseni

rasional atau emosi ?

andainya emosi, belailah emosi itu

jangan cuba dihadapkan secara rasional

kerana si dia tak akan terdaya

mengunyah hujah

berilah walau seribu sebab

lengkap dengan perangkaan statistik

atau dokumen saintifik

berserta dengan beberapa affidavit

dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini

fikiran telah ditawan perasaan

sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa

jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.

Masih gagal ?

cuba gunakan sentuhan

semarakkan belaian.

Masih gagal juga ?

Tunggu saja rajuknya reda

emosi isteri

bagai riak-riak air dalam cawan

jangan digoncang...... buat selamba

lambat laun, gelombang akan tenang

air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas.....

kalau ternyata, rajuknya berfakta

masamnya berdata, geramnya berilmiah

marahnya ada prima facie

rajuk taraf tinggi namanya

perlu ditangani berhati-hati

kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima

mengaku lalu berjanji serta berikrar

" Sayang abang tak ulang lagi "

bisikkan " Darling.. I lupa.."

hulurkan tangan, pinta kemaafan

pendekatan kasanova, tapi hati suci

Rajuk isteri seperti mangga muda

perisanya masam

tetapi...

kalau kena cicahnya

enaknya akan terasa.

ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

( ii )

Arghh...

tiba-tiba isteri merungut

malah kadangkala agak mengugut

minta aksesori serta perabut

minta Villa yang tersergam indah

atau mahligai di lereng bukit

sedangkan kita bukan Shah Jehan

yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya

tetapi isteri pula, persis Nur Jehan

yang meminta petanda keagungan cintanya

Katanya " Seabadi permata....

segermelapan intan " ...

sedangkan ditangan kita

cuma cincin tembaga.

Aduh...

peritnya mengukur cinta

dalam ukuran mayam atau menimbang setia

menerusi Bursa Saham papan utama

kasih isteri, turun naik

mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri

diakan dulu pilihan kita ?

semasa mekarnya

dia dihargai, dipuja-puji

dia kini sudah menjadi ibu

pada anak-anak kita

sudah takdir...

permata yang dipilih

perlu digilap semula.

Namun

putus asa jangan sekali

terimalah dia, dengan redha.

justeru isteri

pada hakikatnya

adalah bayang-bayang suami

wanita adalah tulang rusuk yang bengkok

luruskan dengan berhati-hati

bertegas tapi jangan berkeras

lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya

lalu pada saat yang kudus

setelah bersolat bersama

bisikkanlah " Duhai isteriku...

marilah kita bina perkahwinan ini

dengan cinta yang sejati

marilah kita kutip rezeki

dengan keringat tersuci

kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya

padamu isteri,istanamu, di hati ini

padamu sayang

kalung cintamu, di jiwa ini."

( iii )

Puuuh...

Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata

usia meningkat kecantikan tergugat

dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus

betis, tidak lagi bunting padi

pipi, bukan lagi pauh dilayang

apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?

jika berkurang, nyatalah cinta kita

selama ini cinta di mata bertapak di body

tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah

ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.

itulah cinta sejati.

Namun tidak salah

di samping menyanjung budi,

kita merampingkan 'body'

kalau ada kesempatan

ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat

tapi ingat niat kerana Tuhan

bukan kerana ingin kuruskan badan

tapi Tuhan Maha Penyayang

Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami

tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan

sama-samalah merampingkan badan

yang terlebih dikurangkan

jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh

apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara

tapi kini saat menghitung dosa

lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti

moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia

di dunia ini dan di akhirat nanti

itulah yang dikatakan

hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

( iv )

Uhhh....

Kekadang isteri mengamuk

dengan ombak prasangka dan taufan cemburu

Apa bukti setiamu suami ?

Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?

kekadang disergahnya kita

ketika keringat masih membasah

baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri

mungkin kita berdosa dengan Tuhan

atau bersalah dengan insan

mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan

yang telah kita lakukan

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan

secara 'indirect' dari Tuhan

hadapkanlah diri ke cermin hati

kaji diri satu persatu

kalau liar, berhentilah

kalau berdosa, bertaubatlah

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu

nasihatkanlah baik-baik

bukan senang nak senang

ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua

suami yang bersabar dengan isteri yang jahat

akan mendapat pahala Nabi Ayub

atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab

ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :

" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita.

Dia yang menyelamatkan kita

daripada amukan nafsu.

Dia yang membantu menjaga makan minum kita.

Dia yang mencuci kain baju kita

Dia yang membantu membersihkan rumah kita...

lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ?"

( v )

Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.

Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.

Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini

walaupun sudah berdekad-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita.

Marilah kita pertahankan bersama si dia.

si diaku, si diamu

cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,

biar setia kita makin waja.

Biarlah skrin-skrin internet atau intranet memaparkan

yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan

yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri

atau kad ulang tahun perkahwinan

atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...

Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu

pada malam nanti :

Aku hanya seorang suami yang menerima setulus hati seorang isteri.

Janji yang termeterai di akad nikah kita musim yang lalu.

Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur.

Bersamalah kita harungi derita yang datang.

Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang.

Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.

Biar kita rasa: rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya.

Isteri...

tidak kutagih setia, sesetia Hawa.

Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.

Terimalah kehadiranku di sudut tersuci di dalam hatimu.....

seorang isteri.

*Sajak ini saya terima daripada email beberapa tahun yang lalu.. tidak dapat dipastikan siapakah penulis asalnya.. jika dapat dicari, silalah maklumkan disini..

Saturday, November 12, 2011

Tarikh 11.11.11dan jam 11.11, Cuba kita fahami maksud ayat 11dari surah 11 AlQuran!

  • إِلَّا ٱلَّذِينَ صَبَرُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أُو۟لَٰٓئِكَ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ

    kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal saleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar.... (maaf tuan semalam sy melihat jam di hp saya pkl 11:11 dan mlm ini ianya serupa 11:11 dan sy mencari surah ke 11 (surah hud) ayat ke 11 dan diatas lah jwpnnya boleh terangkan skit...terima kasih)

  • Hibatullah Yusof Al-Haj Salam Saudaraku Ujang Basar. Kejadian nampak waktu berulang angkanya 11:11 dan diulang dua malam berturut-turut, itu amat mudah bagi Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. Kemudian Dia menentukan agar saudara memperhatikan maksud Surah Hud 11:11.
    Wednesday at 2:37pm · · 2Loading...
  • Hibatullah Yusof Al-Haj Untuk memahami maksudnya dengan lebih baik, perhatikan maksud Surah Hud 11:1 hingga 11:12:

    [1474] Hud 11:1. Alif, Laam, Raa'. Al-Qur’an sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.

    [1475] Hud 11:2. (Al-Qur’an yang demikian sifatnya diturunkan oleh Allah) supaya janganlah kamu menyembah sesuatupun melainkan Allah. (Katakanlah wahai Muhammad): Sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman).

    [1476] Hud 11:3. Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya, supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Dia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya).

    [1477] Hud 11:4. Kepada Allah jualah kembalinya kamu dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

    [1478] Hud 11:5. Ketahuilah! Sesungguhnya mereka yang ingkar itu membongkokkan badan mereka untuk menyembunyikan (perasaan buruk yang ada dalam dada mereka) daripada Allah. Ketahuilah! Semasa mereka berselubung dengan pakaian mereka sekalipun, Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

    [1479] Hud 11:6. Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).

    [1480] Hud 11:7. Dan Dialah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, sedang ArasyNya berada di atas air (Dia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) berkata: Bahawa kamu akan dibangkitkan hidup kembali sesudah mati tentulah orang-orang yang ingkar akan berkata: Ini tidak lain, hanyalah seperti sihir yang nyata (tipuannya).

    [1481] Hud 11:8. Dan demi sesungguhnya! Jika kami tangguhkan azab daripada menimpa mereka hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah mereka akan berkata (secara mengejek): Apakah yang menghalangnya? Ketahuilah! Pada hari datangnya azab itu kepada mereka, tidak akan dapat ditolak daripada menimpa mereka dan tentulah mereka akan diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-ejek itu.

    [1482] Hud 11:9. Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.

    [1483] Hud 11:10. Dan demi sesungguhnya! Kalau Kami memberinya pula kesenangan sesudah dia menderita kesusahan, tentulah dia akan berkata: Telah hilang lenyaplah dariku segala kesusahan yang menimpaku. Sesungguhnya dia (dengan kesenangannya itu) riang gembira, lagi bermegah-megah (kepada orang ramai).

    [1484] Hud 11:11. Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.

    [1485] Hud 11:12. Jangan-jangan engkau (wahai Muhammad) tidak menyampaikan sebahagian dari apa yang diwahyukan kepadamu serta merasa sempit dada untuk menyampaikannya disebabkan orang-orang yang ingkar itu berkata: Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) perbendaharaan (harta benda yang banyak) ataupun datang bersama-sama dengannya malaikat (untuk menolongnya menyiarkan Islam)? Kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada orang-orang yang ingkar dan Allah jualah Pentadbir yang menguruskan tiap-tiap sesuatu (maka berserahlah diri kepadaNya).

  • Hibatullah Yusof Al-Haj Pada hemat saya, saudara Ujang Basar faham maksud Ayat-Ayat di atas, yang menyeru kita agar berpegang teguh pada Tauhid dan bertaqwa kepadaNya. Susah dan senang adalah ujian dariNya, kerana itu kita jangan megah bila diberi kesenangan dan jangan putus asa bila ditimpa kesusahan. Doa, usaha, tawakal. والله اعلم

Tuesday, October 11, 2011

Kata2 Hikmah Terbaik Oleh Habib Umar (Ulama Waris Nabi dari YAman) Mesti baca !


Mutiara Habib Umar bin Hafiz
Penuhilah hatimu dengan kecintaan terhadap saudaramu niscaya akan menyempurnakan kekuranganmu dan mengangkat derajatmu di sisi Allah
... Barang siapa Semakin mengenal kepada allah niscaya akan semakin takut.
Barang siapa yang tidak mau duduk dengan orang beruntung, bagaimana mungkin ia akan beruntung dan barang siapa yang duduk dengan orang beruntung bagaimana mungkin ia tidak akan beruntung.
Barang siapa menjadikan kematiaannya sebagai pertemuan dengan sang kekasih (Allah), maka kematian adalah hari raya baginya.
Barang siapa percaya pada Risalah (terutusnya Rasulullah), maka ia akan mengabdi padanya. Dan barang siapa percaya pada risalah, maka ia akan menanggung (sabar) karenanya. Dan barang siapa yang membenarkan risalah, maka ia akan mengorbankan jiwa dan hartanya untuknya.
Kedekatan seseorang dengan para nabi di hari kiamat menurut kadar perhatiannya terhadap dakwah ini.
Betapa anehnya bumi, semuanya adalah pelajaran. Kukira tidak ada sejengkal tanah di muka bumi kecuali di situ ada ibrah (pelajaran) bagi orang yang berakal apabila mau mempelajarinya.
Sebaik-baik nafsu adalah yang dilawan dan seburuk-buruk nafsu adalah yang diikuti.
Tanpa menahan hawa nafsu maka manusia tidak akan sampai pada Tuhannya sama sekali dan kedekatan manusia terhadap Allah menurut kadar pembersihan jiwanya.
Jikalau sebuah hati telah terbuka, maka akan mendapatkan apa yang diinginkan.
Barang siapa yang mempunyai samudra ilmu kemudian kejatuhan setetes hawa nafsu, maka hawa nafsu itu akan merusak samudra tersebut.
Sesaat dari saat-saat khidmat (pengabdian), lebih baik daripada melihat arsy dan seisinya seribu kali.
Menyatunya seorang murid dengan gurunya merupakan permulaan di dalam menyatunya dengan Rasulullah SAW. Sedangkan menyatunya dengan Rasulullah SAW merupakan permulaan untuk fana pada Allah (lupa selain Allah)
Manusia di setiap waktu senantiasa terdiri dari dua golongan, golongan yang diwajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas sujud dan golongan yang di wajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas keingkaran.
Barang siapa yang menuntut keluhuran, maka tidak akan peduli terhadap pengorbanan.
Sesungguhnya di dalam sujud terdapat hakikat yang apabila cahanya turun pada hati seorang hamba, maka hati tersebut akan sujud selama-lamanya dan tidak akan mengangkat dari sujudnya.
Beliau RA berkata tentang dakwah, Yang wajib bagi kita yaitu harus menjadi daI dan tidak harus menjadi qodli atau mufti (katakanlah wahai Muhammad SAW inilah jalanku, aku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang jelas aku dan pengikutku) apakah kita ikut padanya (Rasulullah) atau tidak ikut padanya? Arti dakwah adalah memindahkan manusia dari kejelekan menuju kebaikan, dari kelalaian menuju ingat kepada Allah, dan dari keberpalingan kembali menuju kepada Allah, dan dari sifat yang buruk menuju sifat yang baik.
Syetan itu mencari sahabat-sahabatnya dan Allah menjaga kekasih-kekasih-Nya.
Apabila ibadah agung bagi seseorang maka ringanlah adap (kebiasaan) baginya dan apabila semakin agung nilai ibadah dalam hati seseorang maka akan keluarlah keagungan adat darinya.
Bila benar keluarnya seseorang (di dalam berdakwah), maka ia akan naik ke derajat yang tinggi.
Keluarkanlah rasa takut pada makhluk dari hatimu maka engkau akan tenang dengan rasa takut pada kholiq (pencipta) dan keluarkanlah berharap pada makhluk dari hatimu maka engkau akan merasakan kenikmatan dengan berharap pada Sang Kholiq.
Banyak bergurau dan bercanda merupakan pertanda sepinya hati dari mengagungkan Allah dan tanda dari lemahnya iman.
Hakikat tauhid adalah membaca Al Qur’an dengan merenungi artinya dan bangun malam.
Tidak akan naik pada derajat yang tinggi kecuali dengan himmah (cita-cita yang kuat).
Barang siapa memperhatikan waktu, maka ia akan selamat dari murka Allah.
Salah satu dari penyebab turunnya bencana dan musibah adalah sedikitnya orang yang menangis di tengah malam.
Orang yang selalu mempunyai hubungan dengan Allah, Allah akan memenuhi hatinya dengan rahmat di setiap waktu. :)
Dipetik dari Face book @Para Pecinta Habaib dan Ulama

Thursday, September 29, 2011

Khutbah terakhir RAsulullah -Pemimpin Manusia Teragung Dunia.

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SAW


Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah shalat lima waktu sehari semalam, Berpuasalah di Bulan Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.

SEMOGA YANG TERAKHIR LEBIH MEMAHAMI KATA-KATAKU DARI MEREKA YANG TERUS MENDENGAR DARI KU...

Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu."

Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)




SUMBER ; GRUP FACEBOOK KARYA PEMUDA - PEMUDI ISLAM > Dari Shobat Facebook Ahmad Fadli Hasibuan

Saturday, September 24, 2011

Wajah NAbi Muhammad SAW, Mimpi Melihatnya dan Kisah Mengenai Sahabat yang tidak mahu melihat Wajah RAsulullah?

Maka berkatalah As Syaikh Muhammad bin ‘Alawy Al Maliki Ar menukil salah satu riwayat sahabat bahwa Allah tidak menampakkan keindahan wajah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam secara keseluruhan di muka bumi, hanya 1 keindahan dari 10 bagian yang diperlihatkan, jika seandainya yang 9 bagian itu ditampakkan juga maka orang-orang akan mengiris hatinya tanpa terasa karena indahnya wajah sayyidina Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, dan itu kelak akan diperlihatkan di telaga Haudh. Semoga aku dan kalian memandang wajah yang indah itu, amin.

Hadirin hadirat yang dimuliakan Allah

Diriwayatkan dalam Shahih Al Bukhari bahwa sayyidina Anas bin Malik Ra berkata:

مَا نَظَرْناَ مَنْظَرًا كاَنَ أَعْجَبَ إِلَيْنَا مِنْ وَجْهِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Kami belum pernah melihat pemandangan yang lebih menakjubkan dari wajah nabi shallallahu ‘alaihi wasallam”

Dan beliau shallallahu ‘alaihi wasallam adalah orang yang banyak sekali dan sangat mudah dan suka mendoakan orang lain, dan beliau adalah makhluk yang paling indah, sebagaimana diriwayatkan dalam Shahih Al Bukhari bahwa salah seorang sahabat Ra berkata: “aku belum pernah mendengar suara yang lebih indah dari suara Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, hingga suara beliau membuat hati luluh dan ingin mendekat kepada Allah subhanahu wata’ala”. Dan Allah berfirman dalam Al qur’an menyifati indahnya bacaan sang nabi :

قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآَنًا عَجَبًا ، يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ فَآَمَنَّا بِهِ وَلَنْ نُشْرِكَ بِرَبِّنَا أَحَدًا ( الجن : 1-2 )

“Katakanlah (hai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadaku bahwasanya: sekumpulan jin telah mendengarkan (Al-Qur’an), lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendengarkan Al-Qur’an yang menakjubkan, (yang) memberi petunjuk kepada jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya. Dan kami sekali-kali tidak akan mempersekutukan seorangpun dengan Rabb kami” ( QS. Al Jin: 1-2)

Dan Allah berfirman:

وَأَنَّهُ لَمَّا قَامَ عَبْدُ اللَّهِ يَدْعُوهُ كَادُوا يَكُونُونَ عَلَيْهِ لِبَدًا ( الجن : 19 )

“Dan ketika hamba Allah (Muhammad) berdiri menyembah-Nya (mengerjakan ibadah), hampir saja jin-jin itu desak-mendesak mengerumuninya” ( QS. Al Jin: 19 )

Dijelaskan di dalam Shahih Muslim, ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berdiri dan membaca al qur’an dan di saat itu iblis melihat pintu-pintu langit ditutup dan tidak bisa lagi ditembus oleh iblis dan syaitan, maka di saat itu iblis berkata : “apa yang telah terjadi di barat dan timur sehingga kita tidak bisa lagi menembus langit?!”, maka ketika mereka mencari di penjuru barat dan timur, mereka pun menemukan cahaya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sedang berdoa dan membaca al quran al karim, dan cahaya itu membuat para jin berdesakan untuk mendengarkan bacaan itu kemudian mereka beriman. Dan dijelaskan di dalam Kitab-kitab Tafsir, tafsir Ibn Katsir dan lainnya bahwa di saat itu ada beberapa raja jin yang diperintahkan oleh iblis untuk melihat apa yang terjadi, justru mereka beriman kepada nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Para jin itu pun berdesakan ingin mendengarkan suara indah yang keluar dari jiwa yang suci dan khusyu’ yang merindukan Allah subhanahu wata’ala, jiwa yang dipenuhi dengan getaran iman. Oleh sebab itu, ketika salah seorang sahabat Ra (dalam riawayat yang tsiqah) melihat aurat seorang wanita dengan sengaja, maka ia merasa telah berbuat dosa yang sangat besar dan ia pun menyendiri ke atas gunung dan tidak mau lagi melihat wajah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam karena dia merasa tidaklah pantas matanya melihat wajah beliau karena mata itu telah berbuat zina. Dan setelah beberapa hari Rasulullah menanyakan orang itu karena beberapa hari Rasulullah tidak melihatnya, maka sayyidina Abu Bakr As Shiddiq Ra mendatanginya ke gunung dan berkata kepada orang itu: “engkau dipanggil oleh Rasulullah”, orang itu menjawab: “aku tidak mau melihat wajah Rasulullah, mataku tidak lagi pantas memandang beliau karena telah berbuat dosa”, maka sayyidina Abu Bakr berkata: “ini adalah perintah Rasulullah”, maka ia pun datang kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan ketika itu Rasulullah sedang melakukan shalat maghrib, dan ketika ia mendengar bacaan Rasulullah dari kejauhan, ia pun terjatuh dan roboh karena tidak mampu mendengarkan lantunan suara indah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, maka ia diberdirikan oleh sayyidina Abu Bakr As Shiddiq dan dibimbing untuk terus masuk ke shaf shalat dan setelah selesai shalat, ketika orang-orang mulai berdiri dan keluar dari shaf shalat, ia hanya tertunduk saja, maka Rasulullah memanggilnya dan berkata :”kemarilah mendekat kepadaku”, ia mendekat hingga lututnya bersatu dengan lutut nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam namun ia tetap menundukkan kepalanya dan berkata: “wahai Rasulullah, aku tidak mau lagi melihat wajahmu karena mataku sudah banyak berbuat dosa”, maka Rasulullah berkata :”mohonlah ampunan kepada Allah”, maka ia berkata: “aku meyakini bahwa Allah Maha Pengampun, namun mata yang sudah banyak berbuat dosa ini tidak lagi pantas melihat wajahmu wahai Rasulullah”, ia masih terus menundukkkan kepalanya maka rsaulullah berkata : “angkatlah kepalamu!!”, maka ia pun mengangkat kepalanya perlahan lahan dan beradu pandang denga Rasulullah, lalu ia kembali menundukkan kepalanya dan menangis di pangkuan Rasulullah kemudian wafat dipangkuan beliau shallallahu ‘alaihi wasallam. Maka para sahabat pun kaget dan iri dengan orang itu karena walaupun mereka berjihad siang dan malam namun mereka tidak sempat mendapatkan kesempatan untuk wafat dipangkuan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, dan ketika itu air mata Rasulullah mengalir dan jatuh di atas wajah orang itu. Hadirin hadirat, sungguh mata kita penuh dengan dosa dan kesalahan, namun Sang Maha Pengampun tidak berhenti mengampuni, sebagaimana hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bahwa ada 7 golongan yang mendapatkan naungan Allah dimana ketika itu tidak ada naungan kecuali naungan Allah, diatara 7 kelompok itu adalah :

رَجُلٌ ذَكَرَ اللهُ فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ

” Seseorang yang ketika berdzikir (mengingat Allah) maka mengalirlah air matanya”

Maka orang itu akan mendapatkan naungan Allah kelak di hari kiamat. Dan saat di surga kelak masih ada orang-orang yang belum melihat keindahan dzat Allah subhanahu wata’ala, mereka adalah orang-orang yang ketika di dunia mata mereka banyak berbuat dosa, dan malaikat tidak mau membuka tabir yang menghalangi dzat Allah dengan mereka, maka Allah berkata kepada malaikat: “mengapa kalian masih menutupkan tabir untuk mereka, mereka adalah penduduk surga yang telah kuampuni dosa-dosa mereka”, maka malaikat berkata: “wahai Allah, dahulu ketika mereka di dunia mata mereka banyak melakukan dosa, maka mereka tidak pantas memandang keindahan dzat-Mu”, maka Allah subhanahu wata’ala berfirman: “angkatlah tabir yang menghalangi-Ku dengan mereka, karena dahulu mata mereka pernah mengalirkan air mata rindu ingin berjumpa dengan-Ku”…

فَقُوْلُوْا جَمِيْعًا …

Ucapkanlah bersama-sama

يَا الله…يَا الله… ياَ الله.. ياَرَحْمَن يَارَحِيْم …لاَإلهَ إلَّاالله…لاَ إلهَ إلاَّ اللهُ اْلعَظِيْمُ الْحَلِيْمُ…لاَ إِلهَ إِلَّا الله رَبُّ اْلعَرْشِ اْلعَظِيْمِ…لاَ إِلهَ إلَّا اللهُ رَبُّ السَّموَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ اْلعَرْشِ اْلكَرِيْمِ… مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ،كَلِمَةٌ حَقٌّ عَلَيْهَا نَحْيَا وَعَلَيْهَا نَمُوتُ وَعَلَيْهَا نُبْعَثُ إِنْ شَاءَ اللهُ تَعَالَى مِنَ اْلأمِنِيْنَ

Hadirin hadirat yang dimuliakan Allah

Semoga Allah subhanahu wata’ala memulikanku dan kalian dengan keluhuran, dan membimbing hari-hari kita dengan seindah-indahnya, amin. Malam ini kita akan melakukan shalat ghaib untuk Al Marhum Al Maghfurlah Al Habib Syech bin Ahmad Al Musawa dalam usianya yang sangat lanjut, beliau adalah ulama’ besar yang murid beliau mencapai ribuan habaib dan kiyai, beliau tinggal di Klender selama kurang lebih 10 tahun kemudian pindah ke Surabaya dan wafat pada hari Jum’at yang lalu pukul 10.15 Wib. Dan yang tidak dalam keadaan berwudhu maka tidak perlu berdesakan untuk berwudhu, cukup berdiri saja. Shalat ghaib ini juga untuk syarifah Nur binti Abu Bakr Al Jufri dan juga untuk orang tua kita, kerabat kita, dan sahabat kita yang telah wafat. Semoga Allah subhanahu wata’ala memuliakan mereka di alam barzakh. Ayah bunda kita yang masih hidup semoga dimuliakan dan dipanjangkan usianya oleh Allah subhanahu wata’ala, amin allahumma amin. Dan imam dalam shalat ghaib nanti adalah guru kita fadhilah as sayyid Al Habib Hud bin Muhammad Baqir Al Atthas, dan juga saya mohon jangan berdesakan dalam bersalaman nanti. Sebelum kita melakukan shalat ghaib, kita tutup acara kita dengan qasidah yang mengingatkan kita kepada nabi kita Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam beberapa bait, setelah itu kita melakukan shalat ghaib kemudian doa penutup, tafaddhal masykura.

Terakhir Diperbaharui ( Tuesday, 12 October 2010 )

Dikirim dalam Habib Munzir

http://pondokhabib.wordpress.com/mimpi-berjumpa-rasulullah-saw-%E2%80%93-habib-munzir/#comment-3709

Link

Tuesday, September 20, 2011

Cara Untuk Mengekalkan Kesihatan dan Awet Muda

Terapi Guasa

Ia adalah rawatan dan terapi Tradisional China yang telah diamalkan sejak beribu-ribu tahun dahulu. Terapi Guasa sekarang digunakan secara meluas diseluruh dunia terutama untuk kesihatan dan kecantikan serta awet muda.

Guasa ialah cara senaman menggunakan papan guasa yang diperbuat dari tanduk.

Sila buka laman ini.

Secret of Forever Young - GuaSha ( 刮痧)by Samuel Yau from Discovery Channel.mp4


http://www.youtube.com/watch?v=S2OQ20r6zp8&list=PL70117589E7CDBA0C&index=8


Guasa Board



Apa Kebaikan dan kelebihan Guasa

Diperbuat daripada tanduk kerbau, ia mempunyai keupayaan untuk menyisihkan kehangatan patogenik dan menyingkirkan toksin badan. Ia tidak mengalirkan kepanasan atau elektrik atau mencederakan kulit.

Terapi Guasa ialah sejenis ‘manipulasi’ yang digelar ‘Tui’ dalam Terapi Orang Timur Tradisional. Proses ‘pengaktifan’ ini dapat:
  • Meningkatkan ‘qi’ positif (kandungan oksigen) dalam badan
  • Menyingkirkan ‘yang qi’ berlebihan (kepanasan patogenik dan kekeringan)
  • Merangsang laluan meridian untuk meningkatkan daya dalaman
  • Mengambangkan saluran darah untuk mempercepat peredaran ‘qi’ dan darah
  • Mempercepat proses detoksifikasi
Cara Menggunakan Papan Guasa.

Cara yang mudah dan boleh digunakan ke atas seluruh badan. Boleh di garuk di atas badan dengan menyapukan sedikit minyak Aro Guasa , seblum digaruk dengan papan guasa.



Minyak Aro Guasa mengandungi ekstrak beri juniper, rosemary, thyme, halia dan lada hitam yang amat sesuai untuk urutan atau guasa.

Kebaikan:
  • Menggalakkan peredaran qi dan darah
  • Menyingkirkan angin, kepanasan patogenik dan toksin tanpa meninggalkan kesan minyak atas kulit
  • Detoksifikasi
  • Menggalakkan kesihatan secara keseluruhan dan membantu mengembalikan keamanan hidup

Mempunyai kesan sederhana yang sesuai walau untuk kulit kering dan sensitif.

Terapi Guasa ialah satu terapi dibawah Konsep Terapi Pembaharuan Molekul Elken yang mempunyai banyak bukti dan testimoni kesihatan dan kecantikan .

http://www.elken.com.my/index.php?component=product&load=view_product&act=displaycat&cid=9&view=cat

Bagaimana cara untuk guna Guasa untuk kecantikan/ kesihatan

Caranya ialah boleh guasa di muka dari dalam ke luar , iaitu dari tengah dahi ke tepi pelipis telinga ; dari 10 hingga 30 kali . Sila lihat video ini:

http://www.youtube.com/watch?v=hSmEhOmo1VA&feature=related

Untuk mendapat infolanjut/khidmat/ belajar Guasa Kesihatan atau kecantikan sila hubungi saya.

Harga untuk set Guasa , Minyak Aro Guasa serta buku panduan ialah RM198.00. Anda akan diberi penerangan dan VCD percuma( selagi stok masih ada).

Hubungi saya /Pm saya di soleh7@yahoo.com atau di FB saya syedsallehalattas . Hubungi saya di talian 013 395 7375.