Search Al Quran Here / Cari Al Quran di sini

http://www.quranexplorer.com/quran/

Search This Blog

AlQuran

AlQuran
Tafsir Per Kata

Friday, January 15, 2016

Tariqat Nabi Muhammad dan Zikirnya! Berserta Peringkat Zikir Lisan, Zikir Qalbu hingga Zikir Sir?


SATU KALI DZIKIR SIRR SEBANDING DENGAN 35 JUTA DZIKIR lisan
Jika Asma Allah diucapkan sekali saja dengan lisan, itu disebut dzikir (mengingat) lisan, namun jika Nama Allah diingat dengan hati, maka itu akan sebanding dengan dengan tiga puluh lima juta ucapan-ucapan (dzikir) lisan. Itulah dzikir hati atau dzikir sirr.
Ada 35 juta pembuluh darah dalam tubuh, dan semua terhubung ke jantung. Jika Nama Allah diucapkan bahkan sekali saja (dengan hati) maka semua yang mengalir mengucapkan juga.
Rasulullah saww bersabda, “Wahai Abu Dzarr! Berzikirlah kepada Allah dengan zikir khamilan!”, Abu Dzarr bertanya : “Apa itu khamilan?” Sabda Rasul : “Khafi (dalam hati)” (Mizan al-Hikmah 3 : 435)

Tariqat adalah di syariatkan dalam Islam.Orang yang pertama beramal tareqat ialah Nabi Muhamad S.A.W, diikuti oleh para sahabatnya.Malah istilah al-tariqah itu telah digunakan oleh Nabi S.A.W dan para sahabat. Konsep tareqat itu sendiri telah dijelaskan oleh Baginda S.A.W.
Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah S.A.W dengan katanya :
" Ya Rasulullah, ajarkan kepadaku ( satu ) tareqat yang paling dekat ( untuk sampai ) kepada Allah ( hakikat dan makrifahNya ) dan yang paling mudah ( untuk diamalkan ) oleh para hamba Allah dan yang paling afdal di sisi Allah "
Saidina Ali bermaksud agar Rasulullah S.A.W mengajar satu tareqat yang paling dekat untuk sampai pada hakikat dan makrifah.
Rasulullah SA.W menjawab permintaan Saidina Ali itu dengan Sabdanya :
" Ya 'Ali ( jika engkau mahu satu tareqat seperti yang engkau maksudkan itu ) maka wajiblah di atas engkau sentiasa kekal berzikrullah secara sirr ( dalam hati tanpa suara ) dan secara jihar ( bersuara ) "
Dari pertanyaan Saidina 'Ali dan jawapan Rasulullah S.A.W tersebut, jelas sekali wujudnya istilah at-toriq dan konsepnya iaitu sentiasa berzikirullah samada secara sirr atau jihar.
Asas amalan tariqat yang ujud di kalangan umat Islam diseluruh dunia adalah sentiasa berzikrullah seperti itu.
Bila Saidina 'Ali mendengar jawapan Rasulullah S.A.W itu, maka beliau seolah-olah kurang yakin. Oleh sebab itu beliau segera berkata :
" Orang ramai telah berzikrullah Ya Rasulullah , ( ajarkan aku ) sesuatu ( amalan ) secara khusus "
Rasulullah S.A.W segera bersabda :
" Perkara yang paling afdal yang aku ucapkan dan para Nabi sebelumku ialah LA ILA HA ILLALLAH. Sekiranya semua langit dan bumi ini berada disebelah dacing dan ( kalimah ) LA ILA HA ILLALLAH itu disebelah dacing ( yang satu lagi ) nescaya LA ILA HA ILLALLAH itu lebih berat. Dan hari kiamat tidak berlaku sedang di atas muka bumi ini ada orang yang menyebut LA ILA HA ILLALLAH.
Saidina Ali menjadi begitu yakin lalu berkata :
" Maka bagaimanakah ( caranya ) aku hendak berzikir ? "
Rasulullah S.A.W bersabda :
" Maka hendaklah engkau pejamkan kedua-dua matamu dan dengarlah ( baik-baik ketika ) aku menyebut Kalimah LA ILA HA ILLALLAH sebanyak tiga ( 3 ) kali. Kemudian engkau sebutlah LA ILA HA ILLALLAH tiga kali dan aku akan menyemaknya."
Kemudian Rasulullah S.A.W melakukan ( sebutan ) LA ILA HA ILLALLAH itu dengan menguatkan suara.
( Hadis Musalsal ini diriwayatkan dari Saidina Ali, diriwayatkan oleh Al-Tibrani dan A-Bazzar dengan para sanadnya yang hasan ) .Haqaiq 'An al-Tasawwuf , H 84-85
Zikrullah yang dibaiahkan atau ditalqinkan seperti inilah yang diistilahkan sebagai zikir darajat iaitu dipelajari secara tertentu, diamalkan dengan cara tertentu, dilengkapkan dengan pelbagai adab sebelum berzikir, sedang berzikir, sesudah berzikir dan sebagainya.
Zikrullah yang tidak dibai'ahkan secara khusus sepertimana pertanyaan Saidina Ali " orang ramai telah berzikrullah " itulah dinamakan zikir hasanat.Ia tidak terikat dengan adab dan peraturan tertentu.
Ini adalah salah satu contoh zikir yang dibaiahkan atau ditalqin kan secara khusus oleh Rasulullah. Zikir ini secara adabnya diambil baiah daripada Guru.Begitu juga dengan zikir-zikir khusus yang lain, yang tidak diajar secara umum ( kepada orang awam / orang yang tidak berguru ).
hakim114: Adab Berdzikir Untuk melaksanakan dzikir didalam thariqoh ada tata krama yang harus diperhatikan, yakni adab berdzikir. Semua bentuk ibadah bila tidak menggunakan tata krama atau adab, maka akan sedikit sekali faedahnya. Dalam kitab Al-Mafakhir Al-’Aliyah fi al-Ma-atsir Asy-Syadzaliyah disebutkan, pada pasal Adab adz-Dzikr, sebagaimana dituturkan oleh Asy-Sya’roni, bahwa adab berdzikir itu banyak tetapi dapat dikelompokkan menjadi 20 (dua puluh), yang terbagi menjadi tiga bagian; 5 (lima) adab dilakukan sebelum bedzikir, 12 (dua belas) adab dilakukan pada saat berdzikir, 2(dua) adab dilakukan setelah selesai berdzikir.
Adapun 5 (lima ) adab yang harus diperhatikan sebelum berdzikir adalah;
1. Taubat, yang hakekatnya adalah meninggalkan semua perkara yang tidak berfaedah bagi dirinya, baik yang berupa ucapan, perbuatan, atau keinginan.
2. Mandi dan atau wudhu.
3. Diam dan tenang. Hal ini dilakukan agar di dalam dzikir nanti dia dapat memperoleh shidq, artinya hatinya dapat terpusat pada bacaan Allah yang kemudian dibarengi dengan lisannya yang mengucapkan Lailaaha illallah.
4. Menyaksikan dengan hatinya ketika sedang melaksanakan dzikir terhadap himmah syaikh atau guru mursyidnya.
5. Menyakini bahwa dzikir thariqoh yang didapat dari syaikhnya adalah dzikir yang didapat dari Rasulullah Saw, karena syaikhnya adalah naib (pengganti ) dari beliau. Sedangkan 12 (dua belas) adab yang harus diperhatikan pada saat melakukan dzikir adalah;
1. Duduk di tempat yang suci seperti duduknya di dalam shalat..
2. Meletakkan kedua telapak tangannya di atas kedua pahanya.
3. Mengharumkan tempatnya untuk berdzikir dengan bau wewangian, demikian pula dengan pakaian di badannya.
4. Memakai pakaian yang halal dan suci.
5. Memilih tempat yang gelap dan sepi jika memungkinkan.
6. Memejamkan kedua mata, karena hal itu akan dapat menutup jalan indra dzahir, karena dengan tertutupnya indra dzahir akan menjadi penyebab terbukanya indra hati/bathin.
7. Membayangkan pribadi guru mursyidnya diantara kedua matanya. Dan ini menurut ulama thariqoh merupakan adab yang sangat penting.
8. Jujur dalam berdzikir. Artinya hendaknya seseorang yang berdzikir itu dapat memiliki perasaan yang sama, baik dalam keadaan sepi (sendiri) atau ramai (banyak orang).
9. Ikhlas, yaitu membersihkan amal dari segala ketercampuran. Dengan kejujuran serta keikhlasan seseorang yang berdzikir akan sampai derajat ash-shidiqiyah dengan syarat dia mau mengungkapkan segala yang terbesit di dalam hatinya (berupa kebaikan dan keburukan) kepada syaikhnya. Jika dia tidak mau mengungkapkan hal itu, berarti dia berkhianat dan akan terhalang dari fath (keterbukaan bathiniyah).
10. Memilih shighot dzikir bacaan La ilaaha illallah , karena bacaan ini memiliki keistimewaan yang tidak didapati pada bacaan- bacaan dzikir syar’i lainnya.
11. Menghadirkan makna dzikir di dalam hatinya.
12. Mengosongkan hati dari segala apapun selain Allah dengan La ilaaha illallah , agar pengaruh kata “illallah” terhujam di dalam hati dan menjalar ke seluruh anggota tubuh. Dan 3 (tiga) adab setelah berdzikir adalah;
1. Bersikap tenang ketika telah diam (dari dzikirnya), khusyu’ dan menghadirkan hatinya untuk menunggu waridudz-dzkir. Para ulama thariqoh berkata bahwa bisa jadi waridudz-dzikr datang dan sejenak memakmurkan hati itu pengaruhnya lebih besar dari pada apa yang dihasilkan oleh riyadlah dan mujahadah tiga puluh tahun.
2. Mengulang-ulang pernapasannya berkali-kali. Karena hal ini – menurut ulama thariqoh- lebih cepat menyinarkan bashirah, menyingkapkan hijab-hijab dan memutus bisikan–bisikan hawa nafsu dan syetan.
3. Menahan minum air. Karena dzikir dapat menimbulkan hararah (rasa hangat di hati orang yang melakukannya, yang disebabkan oleh syauq (rindu) dan tahyij (gairah) kepada al-madzkur/Allah Swt yang merupakan tujuan utama dari dzikir, sedang meminum air setelah berdzikir akan memadamkan rasa tersebut. Para guru mursyid berkata: ”Orang yang berdzikir hendaknya memperhatikan tiga tata krama ini, karena natijah (hasil) dzikirnya hanya akan muncul dengan hal tersebut.” Wallahu a’lam.
hakim114: Tingkatan Zikir
baca slow2 utk kefahaman
Maka segala amal dan segala Hal itu hanya sanya yang menetapkan(meneguhkan) dia di dalam hati oleh wujud Zikir pada Hati dan Lisan. Dan kesempurnaannya(zikir) itu ialah dengan Hudur (hadir hati) dalamnya (zikir).
Dan jangan ditinggalkan kerana ketiadaan Hudur tetapi sebut oleh mu akan Tuhan mu atas tiap-tiap hal seperti yang dikata oleh Muallif (Sheikh Ibni Athoillah As-Kanddari) dalam kalam hikmahnya; Jangan engkau tinggalkan Zikir kerana ketiadaan Hudur mu serta Allah di dalamnya(zikir) kerana bahawasanya lalaimu daripada tidak berzikir akan Allah itu telebih sangat jahatmu daripada kelalaianmu dalam berzikir.
Keterangan oleh Tok Pulau Manis;
Jangan engkau tinggalkan Zikir kerana ketiadaan Hudur mu serta Allah di dalamnya(zikir) kerana bahawasanya lalaimu daripada ketiadaan wujud zikir akan Allah itu telebih sangat jahatmu daripada lalaimu dalam wujud zikir akan Dia. (Ini adalah kerana) kerana bahawasanya lalai daripada zikir itu menjauhkan daripada Allah Taala dan berpaling pada KulliahNya(semua halmu kepada Allah) dan lalai dalam zikir itu Hudur pada Juziyyahnya(sesetengah masa atau waktu) dan kerana bahawasanya dalam zikirnya itu menghiasi anggotanya dengan ibadat dan lalai itu menghilangkan akan dia (anggota daripada berbuat ibadat) Keterangan Suluk (Zikir secara umum)
Menurut guru suluk, Zikir secara umumnya ialah apa sahaja amalan dan perbuatan zhohir dan batin yang membawa seseorang itu kepada mengingati Allah. Amal ibadat dan perbuatan sama ada yang zhohir atau batin yang berlandaskan hukum syarak yang dikerjakan dengan tujuan untuk mendekatkan diri dan mendapat keredhoan Allah dikatakan ianya sebagai zikir. Ini adalah kerana zikir itu terbahagi kepada kepada beberapa bahagian dan martabat seperti Zikir Anggota, Zikir Lisan, Zikir Qalbi dan Zikir Sir serta Zikir yang tenggelam dalam Mazkurnya yang akan dinyatakan oleh Tok Pulau Manis melalui keterangan selanjutnya nanti.
Melalui kalam hikmah dan keterangan Tok Pulau Manis di atas, seseorang hamba itu dianjurkan supaya sentiasa berzikir dan terus berzikir walaupun hatinya lalai daripada mengingati Allah atau tidak hadir pada hati akan makna-makna dan rahsia zikir(Hudur) semasa melaksanakannya. Inilah adalah kerana perbuatan/amalan berzikir ini walaupun dikerjakan dalam keadaan lalai, ianya sudah dianggap sebagai satu ibadat atau amal kebaikan jika dibandingkan dengan hal-ahwal seorang yang langsung tidak berzikir di mana secara terang dan nyata menunjukkan penderhakaan dan kejahatannya terhadap Allah.
Orang yang langsung tidak berzikir adalah mereka yang jauh dari Allah dan kejahatan mereka itu menjauhkan lagi dari Allah kerana dengan kesombongan mereka itu menyebabkan mereka berpaling dari hal-ahwal atau tindak-tanduk kewajipan yang perlu dilaksanakan sebagai seorang hamba kepada TuhanNya.
Berbeza dengan orang yang sentiasa mengerjakan ibadat seperti sholat, puasa, di samping berzikir serta lain-lainnya; walaupun mereka lalai sewaktu mengerjakannya, sekurang-kurangnya ada juga pada waktu atau ketika/saat-saat yang tertentu akan hudur hati mereka dengan Allah atau setidak-tidaknya terhias zhohir anggota dan perbuatannya dengan amal-ibadat yang dituntut oleh syarak. Bukankah boleh dikatakan satu kebaikan pada orang bersholat atau berpuasa berbanding dengan mereka yang langsung tidak sembahyang dan berpuasa?.
Demikain juga lidah yang sentiasa basah dengan zikir walaupun hatinya lalai itu terlebih baik dan mulia daripada lidah yang kosong hampa dengan kalimah-kalimah yang suci itu. Dari kerana inilah, Tok Pulau Manis meneruskan lagi keterangannya yang seterusnya seperti berikut;
Keterangan oleh Tok Pulau Manis;
Dan kata Wasthi r.a.; Bermula lalai daripada menyebutnya(zikir) itu terlebih sangat (jahat) daripada lalai dalam zikirnya. Dan dikata orang bagi Abi Osman An-Nahdi r.a.;
Kami zikir akan Allah dan tiada kami dapat akan manis dan Hudur. Maka katanya (Abi Osman);
Puji jua oleh kamu akan Allah atas(kerana) menghiasi anggota daripada segala anggota kamu dengan taatnya. Dan kata setengah mereka itu (kaum sufiah);
Syukurlah engkau akan Allah atas barang yang dikurniakanNya daripada Zikir Lisan dan jikalau melakukan (lidah) kepada tempat mengumpat-ngumpat nescaya tiada ada engkau berbuat dia (zikir). Dan Allah Taala terlebih memuliakan daripada bahawa diHudurkannya hambanya dengan lisannya (walaupun) tiada mengurniai atasnya dengan Hudur hatinya. Dan sebut olehmu dengan lisanmu dan bersungguh-sungguh dirimu dalam Hudur hatimu.
Keterangan Suluk (Tingkatan Pertama; Zikir Lisan)
Ketiga-tiga petikan yang didatangkan oleh Tok Pulau Manis di atas seakan ingin menunjukkan kepada kita bahawa betapa perlunya seorang hamba itu membasahi lisannya dengan berzikir. Terlebih-lebih lagi bagi orang-orang Salik yang ingin berjalan kepada TuhanNya, tuntutan untuk melakukan Zikir ini adalah sangat-sangat ditekankan sebagai senjata dan alat pencuci jiwa semasa dan sepanjang perjalanannya menuju kehampiran. Walaupun lalai atau merasa pahit dan berat untuk berzikir, mereka digalakkan juga untuk mengistiqamahkan Zikir Lisan ini mengikut awarid dan bilangan-bilangan tertentu.
Pandangan di atas juga menegaskan agar para Salik sentiasa bersyukur dengan anugerah dan Kurnia Allah yang sedikit dimana Allah menghiasi anggota zhohir mereka dengan amal taat dan patuh kepada Allah. Lidah yang digunakan untuk berzikir sekurang-kurangnya dapat mengelakkannya daripada mengumpat-umpat dan mengeji orang lain atau ucapan yang sia-sia atau lagho. Inilah wajah-wajah kemuliaan yang dikurniakan Allah kepada mereka yang berzikir walaupun hatinya lalai. Kemampuan untuk berzikir secara lisan tanpa hudur hati ini hendaklah disyukuri agar nanti mendapat kurnia dan anugerah Allah yang lebih lagi sebagaimana firman Allah yang bermaksud; "Dan sekiranya kamu bersyukur, nescaya kami(Allah) akan tambah lagi".
Dengan kemuliaan kurnia Allah yang sedikit dan kelebihan yang ada pada orang yang bersyukur inilah, maka Muallif (Sheikh Ibni Athoillah As-Kanddari) mendatangkan kalam hikmahnya yang seterusnya sebagaimana berikut; Maka mudah-mudahan bahawa diangkatkan oleh Allah akan dikau daripada Zikir(lisan) serta diperoleh lalai kepada Zikir serta diperoleh jaga
Keterangan oleh Tok Pulau Manis;
Maka mudah-mudahan bahawa diangkatkan oleh Allah akan dikau daripada Zikir serta diperoleh lalai kepada Zikir serta diperoleh jaga(Yaqozhoh) dengan LathifNya dan InayahNya kerana bahawasanya jaga itu ingat hati daripada mengantuk ghoflah dan tidur juhalah kepada Hadirat Al-Wafah(sempurna sebagai seorang hamba) dan Adab Al-Khidmat. Dia sanalah berpindah ia daripada zikir lisan daripada zikir qalbi yang Hudur daripada melazimkan dia (zikir lisan).
Keterangan Suluk (Tingkatan Kedua; Zikir Qalbi) Apabila seorang hamba/Salik mengistiqamahkan dan sentiasa bersyukur dengan Zikir Lisan mereka, Insya Allah.... Allah Yang Maha Lemah Lembut dengan pertolongan dan limpah kurniaNya akan mengangkatkan martabat Zikir Lisan mereka kepada Zikir Yaqzhoh.
Dengan Zikir Yaqzhoh ini, hati hamba yang sebelum ini lalai atau ghoflah dengan gangguan-gangguan keduniaan akan terjaga dan tersedar untuk mula melihat kepada hakikat Zikir Lisan serta segala suatu yang lain. Mata hati yang sebelum ini tertutup sewaktu berzikir akan terbuka untuk memandang Keesaan dan Keagungan Allah. Zikir-zikir lisan yang diucapkan akan terlancar dan bergerak selari dengan gerakan hati di samping dapat merasai makna-makna dan rahsia zikir mengikut kadar yang dikurniakan Allah.
Hati yang sebelum ini, buta dan jahil dengan hakikat dan makrifat mula mengenali dan memahami makna-makna di Alam Malakut yang terpancar pada zhohir sesuatu. Mereka dapat melihat akan hikmah dan pengajaran di sebalik sesuatu yang zhohir yang mendatangi mereka. Hiduplah hati atau jiwa mereka menuju ke Hadirat Al-Wafah yang akan menyempurnakan kebersihan hati untuk layak dipanggil sebagai seorang hamba dengan tahu melaksanakan adab-adab kehambaan dan adab-adab Ketuhanan dengan pelbagai hal-ahwal hati yang merujuk kepada kepatuhan dan ketundukkan yang penuh dengan kesedaran batin.
Dengan sebab inilah Zikir serta jaga ini dinamakan juga sebagai Zikir Qalbi kerana hidup hati itu dengan mengingati dan memandang Allah pada setiap kali memandang "ghair" atau sesuatu yang zhohir; sedar dan terjaga hati itu untuk mengenal dan memahami akan hakikat bagi segala sesuatu. Dengan Zikir Qalbi inilah, bermulalah satu perjalanan hati untuk meneroka dan memasuki alam-alam batin atau alam-alam rahsia atau Alam Ketuhanan Yang Maha Tinggi.
Dan dengan kerana inilah diisyaratkan pula Muallif (Sheikh Ibni Athoillah As-Kanddari) sebagai menyambung dalam kalam hikmahnya yang seterusnya sebagaimana beriknya; Dan daripada zikir serta diperolehi jaga (Zikir Yaqozhoh) kepada zikir serta wujud Hudur serta Allah (Zikir Sir). Keterangan oleh Tok Pulau Manis;
Dan daripada zikir serta diperolehi jaga pada zikir serta oleh Hudur serta Allah. Dan adalah Hudur kepada mereka itu iaitu Hudur dengan Haq Taala tatkala ghaibnya daripada sekelian pancaindera dan daripada memandang agyar. Dan dalam Maqam ini berpindah ia daripada Zikir Qalbi kepada Zikir Sir. Zikir Sir itu ghaib ia daripada barang yang lain daripada Mazkor.
Keterangan Suluk (Tingkatan Ketiga; Zikir Sir) Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dengan kasih-sayangNya Yang Maha Tinggi, Allah mengangkatkan Maqam Zikir Qalbi seorang hamba pilihanNya kepada tingkat yang seterusnya iaitu Zikir Sir. Zikir Sir ini sebagaimana keterangan Tok Pulau Manis di atas merupakan Zikir yang telah datang kehadiran hati serta Allah. Dan Zikir ini juga merujuk kepada kehadiran Rahsia diri yang terpendam sebelum ini. Hidup Sirnya dengan TuhanNya di mana seluruh ingatan, seluruh pandangan(syuhud) dan seluruh "rasa" tertumpu kepada Yang Haq. Ingat dengan Yang Haq; Syuhud kepada Yang Haq dan "merasa" dengan Yang Haq. Dengan kata lain, seluruh anggota badan yang zhohir dan batin sentiasa dalam keadaan Zikir
Inilah adalah kerana, jiwa atau hati hamba telah hapus atau hilang atau qhaib daripada pengaruh pancaindera dan memandang kepada Agyar pada pihak tidak diiktibarkan apa yang dilihat, apa yang didengar, apa yang dirasa, apa yang diucapkan; malah setiap hal-ahwal zhohir mereka adalah merupakan Zikir kerana mereka tidak melihat sesuatu itu melainkan dilihatNya Allah dan tidaklah mereka dilakukan sesuatu perbuatan atau amalan melainkan dengan "perintah" yang datang dari Allah.
Sungguhpun demikiannya hal keadaan hati yang sentiasa ingat akan kehadiran Allah dalam tiap-tiap sesuatu itu berzikir dan berzikir dengan Sirnya, namun ianya belum sampai kepada puncak kesempurnaannya yang Hakiki. Hati ini masih melihat dan memandang kepada dirinya sendiri, hati ini masih terpesona dengan keajaiban rahsia dirinya di mana hal ini menunjukkan bahawa masih ada lagi wujud yang lain iaitu dirinya. Ini merupakan satu kecacatan pada Tauhid yang menjadi intipati dan rahsia Zikir itu.
Dan dengan kerana inilah diisyaratkan pula Muallif (Sheikh Ibni Athoillah As-Kanddari) sebagai menyambung dalam kalam hikmahnya yang seterusnya sebagaimana beriknya; Dan daripada zikir serta diperoleh Hudur (Zikir Sir) kepada Zikir serta diperoleh ghaib daripada barang yang lain daripada Mazkor
Keterangan oleh Tok Pulau Manis; Dan daripada zikir serta diperoleh Hudur kepada zikir serta diperoleh ghaib daripada barang yang lain daripada Mazkor ia hingga masuklah orang yang zikir itu ke dalam MazkorNya dan ghaib Sirnya takala ZuhurNya (nyata Allah). Maka adalah ghaib zikirnya dengan zikirnya.
Keterangan Suluk(Tingkatan Keempat; Maqam Kesempurnaan) Bersambung dalam pengajian yang seterusnya
hakim114: kerana inilah diisyaratkan Muallif dengan katanya;
Dan daripada Zikir serta Hudur kepada Zikir serta diperoleh ghaib daripada barang yang lain daripada Mazkur(TuhanNya yakni Allah) hingga masuklah orang yang Zikir Allah ke dalam MazkurNya dan ghaib Sirnya tatkala ZhuhurNya(Nyata Allah). Maka adalah ghaib Zikirnya dengan Zikirnya.
Keterangan Suluk (Tingkatan Zikir Keempat/Maqam Kesempurnaan)
Setelah melalui hal-ahwal atau Maqam Zikir serta Hudur atau disebut juga sebagai "Zikir Sir", seorang hamba dengan limpah kurnia Allah akan diipndahkan pula kepada Zikir Yang Ghaib dalam MazkurNya atau disebutkan juga sebagai "Ghaib Zikirnya dalam Zikir" atau "Zikir dengan Mazkur" pada pihak hilang atau ghaib diri/hati yang berzikir dalam Hakikat Zikir iaitu Allah. Maqam ini adalah merupakan puncak atau tingkat tertinggi bagi mereka yang seakan mabuk dengan TuhanNya Yang Ampunya Zikir. Keadaan ini digelar juga Fana dalam Fana di mana hilang segala rusum dan isyarat. Apa yang wujud ialah Wujud Yang Hakiki yakni Allah semata-mata.
Dari keterangan dan perbincangan seperti yang telah disentuh sebelum ini, sekiranya kita dapat menangkapi kefahamannya, jelaslah bahawa bagi setiap tingkat Zikir itu menunjukkan hal-ahwal hati/diri atau yang menyatakan Maqam kedudukan hamba dengan TuhanNya. Sebagai merumuskannya, Tok Pulau Manis mendatangkan keterangannya yang seterusnya sebagaimana berikut; Keterangan oleh Pengarang Kitab Hikam(Tok Pulau Manis)
Dan pada ketika itu • dalam Zikir Lisan itu Maqam orang orang yang ahli Ghoflah daripada segala orang awam. • Dan Maqam Zikir Lisan dengan jaga Qalbi itu Maqam orang yang Ahli Suluk. • Dan Maqam Zikir Dalam Hadirat Mazkur itu Maqam Al-Khowas • Dan Maqam Al-Ghaib Dalam Mazkur dari pada Zikir itu Maqam Khowasul-Khowas, orang yang alhi Fana 'An Fana.
Maka adalah sentiasa Zikir itu atas kata "Laa ilahaillaLlah" serta ikhlas itu sebab bagi menjagakan anggota daripada wujud ghoflah serta Zikir.
Dan Zikir "Allah.. Allah" itu sebab bagi mengeluarkan engkau daripada jaga dalam Zikir kepada wujud Hudur serta Mazkur.
Dan Zikir ":sedihnya:" itu sebab bagi mengeluarkan engkau daripada tiap-tiap barang yang lain daripada Mazkur.
Dan kata setengah mereka itu (Kaum Sufiah); • bermula yang membukakan Qalbu itu (ialah) kata "Laa ilahaillaLlah"; • dan yang membukakan Ruh itu (ialah) "Allah..Allah" • dan yang membukakan Sir itu ialah ":sedihnya:". • Dan "Laa ilahaillaLlah" itu makanan Qalbu dan • "Allah..Allah" itu makanan Ruh dan • ":sedihnya:" itu makanan Sir. Keterangan Suluk Keterangan Tok Pulau Manis di atas menunjukkan kepada akan Maqam orang-orang yang berzikir serta lafaz-lafaz Zikir mengikut tingkatan kedudukan mereka di samping menyatakan tujuan-tujuan lafaz zikir tersebut mengikut peringkat-peringkatnya.
Apa hal pun guru suluk memberi peringatan bahawa, tidaklah patut bagi mereka yang berada pada maqam-maqam yang terkebawah mengamalkan zikir-zikir Maqam yang di atasnya. Umpama seorang awam yang ahli ghoflah...kerana terlalu ingin cepat sampai kepada Maqam tertinggi meninggalkan Zikir Lisan dan terus berzikir dengan Zikir Sir iaitu ":sedihnya:". Bandingannya seperti seorang yang memakai pakaian orang lain yang tidak sepadan/sepatutnya dengan saiz tubuhnya. Baju atau jubah yang saiznya besar jika dipakaikan pada tubuh yang kecil, maka akan tampaklah kejanggalannya. Bukankah ini satu amalan atau usaha perbuatan yang menunjukkan "kurang berakalnya" si pemakai. Menunjukkan amalan atas dorongan nafsu semata-mata dan biasanya ia tak akan bertahan lama(tidak istiqamah).
Apa yang perlu dan patut dilakukan ialah tetap pada halnya atau maqamnya dan melaksanakan hak dan adab-adab hal atau maqam tersebut di mana mereka menetap/duduk sehinggalah mereka diperintahkan untuk berpindah kepada maqam-maqam yang lain. Inilah sebahagian kecil daripada adab-adab bagi mereka yang berzikir.
Keterangan oleh Pengarang Kitab Hikam(Tok Pulau Manis)
Dan kata setengah mereka itu (Kaum Sufiah); bermula segala orang yang Zikir itu atas lima martabat. • Pertama - Yang dizikir dengan lisan tiada dengan Qalbi. • Kedua - Yang dizikir dengan Qalbi tiada dengan Lisan. • Ketiga - Yang zikir dengan Aqal. • Keempat - Yang zikir dengan Sir • Kelima - Yang Zikir dengan Mazkur.
Keterangan Suluk
Pandangan dari setengah kaum sufiah di atas memperihalkan martabat-martabat Zikir dengan pecahan yang lebih detail lagi. Ada terselit satu martabat yang tidak disentuh lagi oleh keterangan Tok Pulau sebelum ini iaitu pada Martabat Kedua - Zikir Qalbi tiada dengan Lisan.
Menurut keterangan guru suluk, sesiapapun boleh mengamalkan dan mendawamkan Qalbi ini yang khofi/tersembunyi ini. Itu pun jika setelah mereka sentiasa melaksanakan Zikir Lisan pada Martabat yang pertama. Ini adalah kerana, zikir ini sesuai sekali untuk melatih hati supaya sentiasa ingatkan Allah di samping dapat mengelakkan sifat Riya.serta dapat menjinakkan hati supaya Hudur Hati sewaktu melaksanakan Zikir Lisan. Demikian juga dengan Zikir dengan Aqal pada martabat ketiga. Ianya amat dituntut sekali pada seorang hamba supaya melaksanakannya. Zikir Aqal bermaksud ialah menggunakan aqal kita untuk berfikir kepada perkara-perkara yang boleh menambahkan amal perbuatan, mendekatkan diri dengan Allah, membesarkan kejadian Allah yang dilihat, memikirkan keaiban dan kejahatan diri/amalan kita serta apa sahaja yang boleh membawa kesedaran kita untuk mengingati Allah. Di lain-lain tempat Zikir serta Aqal ini dikatakan sebagai Tafakur. Kiranya anda seorang yang mengetahui, sesungguhnya di sebalik Tafakur ini, tersimpan salah satu khazanah rahsia orang-orang Sufi yang menghimpunkan kedudukan Ilmu dan hal-ahwal mereka.
Berkaitan dengan "Zikir Sir" dan "Zikir dengan Mazkur" ianya adalah suatu hal yang merujuk kepada sifat hati yang hidup dengan limpahan Cahaya Ketuhanan; yang bebas tanpa kawalan pancaindera; tanpa usaha dan ikhtiarnya; yang hidup zikir itu dengan sendirinya sebagai satu anugerah kurnia dari Allah bagi hamba-hamba pilihannya. Semuanya ini adalah tidak sukar bagi Allah seperti mana keterangan Tok Pulau Manis yang berikutnya.
Keterangan oleh Pengarang Kitab Hikam(Tok Pulau Manis)
Firman Allah yang bermaksud; "Dan tiada yang demikian itu atas Allah Taala sukar" dengan KuatNya dan KuasaNya yang tiada terhenti pekerjaanNya atas sesuatu kerana Ia jua • Yang Ghoni(Memiliki Kekayaan) lagi Karim(Pemurah); • Yang Menganugerahi barang yang diKehendakiNya; • dan tiada yang menegahkan dalam QudratNya • dan tiada yang jauh daripada KaramNya.
Hanyasanya atas hamba itu Asbab dan atas Allah Yang Membukakan "bab" (pintu kurniaNya). Dan yang demikian itu(Lima Martabat Zikir di atas) bagi mengisbatkan(menyabitkan) Hikmah dan Zhuhur(kenyataan) Ubudiyah(Kehambaan) dengan Ibadat.
• Dan tiada ibadat melainkan dengan Fadhol(limpah kurnia)Nya; • dan tiada Zikir melainkan dengan RahmatNya; • dan tiada Tawajjuh(berhadap hati) kepadaNya melainkan dengan KurniaNya. Maka iaitu(Allah) Yang Mengurniai (orang) yang zikir dengan TaufiqNya; maka diTunjukiNya bagi JalanNya; maka diBukakan bagi(hamba)nya dengan anugerahNya.
Keterangan Suluk
Dari segi pandangan hakikat, seorang hamba yang dapat berzikir itu adalah kerana adanya limpah kurnia dari Allah Taala dan tidak sepatutnya seorang itu mendakwa bahawa kemampuan ia boleh memanjat ke tingkat-tingkat Zikir yang tinggi adalah kerana hasil usaha ikhtiar dari penat lelahnya bermujahadah. Namun begitu tingkat-tingkat yang tersusun itu dibeza-bezakan sebagai mensabitkan Hikmah Allah dan penyataan pembuktian seorang hamba dengan melaksanakan pelabagai ibadat terhadap TuhanNya.
Dengan itu, sebagai adab kehambaan(Ubdudiyah) seorang hamba itu perlu bersungguh-sungguh membiasakan lisan mereka dan hati mereka dengan beribadat, berzikir dan bertawajjuh kepadaNya. "Allah tiada memberati manusia melainkan sekadar tenaganya. Baginya (pahala) kebajikan yang diusahakannya dan di atasnya (dosa) kejahatan yang diperbuatnya"(Al-Baqarah: 286);
Dan apabila mereka dapat melaksanakannya dengan baik dan sempurna, maka wajib dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh pula Adab Ketuhanan iaitu dengan disyuhudkan(dipandang) bahawa amal ibadat dan semua perbuatan mereka adalah dengan taufiq, dan limpah kurnia Allah Taala. "Dan bermula Allah itulah yang menjadikan kamu dan apa-apa yang kamu perbuatkan" (Surah As-Shofat: 96).
"Dan tiada engkau melempar ya Muhammad tatkala engkau melempar tetapi Allah Taala jua yg melempar" (Surah Al-Anfal: 17)
Dengan melaksanakan Hak Kehambaan dan Hak Ketuhanan ini, mudah-mudahan Allah akan membukakan/menghidupkan "Sir" mereka untuk meneroka lautan makrifatullah yang tiada terhad. Bersambung pada pengajian yang seterusnya....Tuntutan Berzikir
Dengan melaksanakan Hak Kehambaan dan Hak Ketuhanan ini, mudah-mudahan Allah akan membukakan/menghidupkan "Sir" mereka untuk meneroka lautan makrifatullah yang tiada terhad.
Keterangan selanjutnya oleh Pengarang Kitab Hikam(Tok Pulau Manis)
Dan kata mereka itu(Kaum Sufiah); dan setengah daripada Khoshoih Zikir itu tiada berwaktu dengan suatu waktu. Maka tiada jua daripada suatu waktu(setiap nafas) melainkan hamba itu dituntut padanya(berzikir). Ada kalanya Wajib dan ada kalanya Sunat; bersalahan dengan lainnya daripada segala Taat. Keterangan Suluk Pandangan Ahli-ahli Sufi di atas adalah sebagai ingin menegaskan bahawa sebahagian daripada ketentuan atau ketetapan (Khoshoih) Zikir itu ialah ianya dilakukan dengan tidak mengira waktu, masa dan tempat. Dengan kata lain amalan zikir di sisi mereka ialah satu amalan yang tetap dilakukan dalam apa jua situasi atau keadaan, di mana jua tempat malah pada setiap nafas yang dihembus dan disedut menjadi tuntutan pada mereka untuk tidak melupai zikir.
Berbanding dengan lain-lain ibadat seperti Sholat, Puasa, Zakat, Haji dan lain-lain. Amalan-amalan ini hanya dituntut dan boleh dilaksanakan pada waktu-waktu dan tempat-tempat yang tertentu sahaja. Dan terdapat pada sesuatu waktu, sesuatu keadaan atau sesuatu tempat seseorang itu tidak dituntut malah ditegahkan untuk melaksanakannya walaupun ianya kebaikan. Ada tegah yang makruh dan ada tegah yang diharamkan.
Contohnya, Sholat-sholat sunat ditegah melaksanakannya pada waktu-waktu tahrim. Ada sholat-sholat Sunat itu pula hanya tertentu dan berkait dengan masa seperti Sunat Israk apabila sempurna matahari naik, Sholat Dhuha apabila matahari tinggi segalah, Sholat Witir hanya boleh dikerjakan di waktu akhir malam dan tidak dituntut pada waktu-waktu yang lain. Qiyaslah sendiri dengan amal ibadat yang lain-lain seperti Haji, Puasa dan sebagainya; di mana kesimpulannya amal ibadat tersebut hanya dituntut pada masa atau tempat yang tertentu sahaja dan ditegah pada masa atau tempat yang lain.
Berbeza dengan zikir, ianya boleh dilakukan bila-bila masa sahaja dan di mana-mana tempat sahaja. Di waktu tahrim boleh, di dalam pasar boleh, di tempat mencari rezeki boleh, di khalayak ramai boleh, bersunyi seorang diri boleh, di tengah-tengah laut atau bandar boleh malah di dalam bilik air dan tandas pun boleh yakni dengan Zikir Sir atau Zikir Aqal. Firman Allah
"Hai orang-orang yang berIman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang" [Al-Ahzab:41-42]
Orang-orang yang mengingati Allah sambil duduk atau berdiri atau dalam keadaan berbaring (semua keadaan) dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) "Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka. (Surah Al-Imran:191)
Begitulah Rasulullah (saw) pun sentiasa ingat Allah seperti didalam sabdanya :
"Kedua mataku menidurkan aku tetapi hati ku tidak tidur"
"Sebutlah nama Tuhanmu Allah dan beribadahlah kepadaNya dengan penuh ketekunan".(Surah Muzzammil: 8)
Dengan kerana tuntutan inilah, maka ramai di kalangan Penghulu Masyayeikh Thoriqat-thoriqat tertentu telah menyusun pelbagai zikir yang perlu(WAJIB) dilaksanakan oleh murid-murid bimbingan dengan kadar bilangan dan masa yang tertentu. Pun demikian ada juga di kalangan mereka yang tidak mewajibkan amalan-amalan zikir tertentu dengan hanya menjadikan zikir-zikir tersebut sebagai sesuatu amalan-amalan sunat yang sentiasa dikerjakan seperti membaca doa-doa pada setiap perbuatannya seperti doa pada waktu makan, pada waktu tidur dan sebagainya di samping mendawamkan zikir-zikir lidah atau Zikir Sir yang menjadi satu kebiasaan diri dan tabiat peribadinya sehingga tidak sunyi setiap nafas mereka melainkan dengan berzikir secara lisan atau berzikir Aqal atau berzikir Sir atau berzikir anggota lahir mereka dengan amal kebajikan yang sejalan dengan kemuliaan syarak Rasulullah SAW..
Keterangan selanjutnya oleh Pengarang Kitab Hikam(Tok Pulau Manis)
Dan ceritara daripada Rasulullah SAW; bahawasanya Sabdanya; "Perbanyak oleh kamu akan Zikir hingga dikata kamu Majnun(Gila)". Maka sayugianya bagi hamba itu bahawa membanyakkan daripada Zikir dalam tiap-tiap Halnya dan jangan meninggalkan dia selagi ada Aqal dan jikalau serta lalai sekalipun. Maka meninggalkan itu terlebih sangat jahatnya daripada lalainya.
Keterangan Suluk
Istilah sayugia ini memberi dua pengertian iaitu;
• makna pertamanya, Sunat bagi orang-orang awam dan • makna keduanya, Wajib bagi orang-orang Sufi.
Dengan ini jelaslah dari tuntutan wajib menghadirkan zikir dalam setiap hal bagi orang-orang sufi menunjukkan atau memberitahu satu isyarat yang penting, menyatakan satu makna yang besar yang menjadi dasar atau nadi perjalanan mereka. ZIKIR dan BERZIKIR, mendawamkan ZIKIR dan HIDUP DENGAN ZIKIR. Zikirnya terpancar pada setiap anggota zhohirnya, Zikirnya menjelma dalam tindak-tanduknya, Zikirnya menghiasi dalam Syuhudnya dan Zikirnya bersemadi pada rahsia ruhnya. Isyarat ini boleh kita perolehan dari keterangan Tok Pulau Manis yang seterusnya;
Keterangan selanjutnya oleh Pengarang Kitab Hikam(Tok Pulau Manis)
Dan terkadang ada Zikir Lisan itu sebab bagi Hudur iaitu sifat segala Ulama dan terkadang ada Hudur itu akan sebab bagi Zikir Ghaib daripada barang yang lain daripada Mazkur iaitu Martabat segala orang yang Arif dan Muhaqiqin daripada Aulia Allah.
Keterangan Suluk
Keterangan di atas menunjukkan kepada satu isyarat dengan menggunakan perkataan "terkadang". Terkadang membawa kepada pengertian bahawa "tidak semestinya" atau "ianya bukan selalu begitu" atau lebih sesuai lagi sebagai "salah satu bahagian daripada suatu keseluruhan" dengan maksud ianya bukan meliputi keseluruhan atau yang terbaiknya sebagai "salah satu jalan/thoriq" daripada jalan-jalan/thoriq-thoriq lain yang membawa seseorang untuk sampai kepada Allah(Washil ilaLlah).
Kadang-kadang seseorang itu boleh memanjat kepada Maqam yang menyamai hal-ahwal atau Sifat para Ulama. Mereka ini ialah yang sentiasa mendawamkan Zikir Lisan sehingga akhirnya dengan tetap dan dawamnya tersebut menyebabkan datangnya Zikir serta Hudur(Zikir Qalbi atau Zikir Yaqzhoh).
Kadang-kadang pula dengan tetapnya hal Zikir Qalbi itu, akan menjadikan seseorang itu ghaib dalam zikirnya atau "tidak dingat atau tidak dilihat/musyahadah dalam zikirnya melainkan Allah Taala" jua yang Wujud. Inilah Zikir Dengan Mazkur(TuhanNya) yang menjadi Martabat segala orang yang Arif dan Muhaqiqin daripada Aulia Allah. Ya Allah!!! Tuhan Yang Menzhohirkan Rahmat Kasih SayangNya pada hamba-hambanya terpilih. Masukkan kami ke dalam golongan mereka yang Engkau himpunkan keredhoaanMu pada jiwa mereka. Hamba ini terlalu Dhoif, Lemah, Jahil dan Papa. LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH Tanbih..
Selesai sudah kalam hikmah yang berkaitan dengan hal-ahwal zikir yang terkandung dalam tiga bicara sebelum ini. Seterusnya sebagai mendatangkan Kalam Hikmahnya, maka kata Sheikh r.a (Muallif Sheikh Ibni Athoillah As-Kanddari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya; Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa

Adakah Cinta kita pada Nabi Benar? Dan Cinta kita kepada Salaf Benar? Semak..Sangat Penting!

JOM KITA BERHIJRAH.. BERTUKAR KEPADA BANYAK DENGAR TV ALHIJRAH, RADIO IKIM, HENTIKAN TAYANGAN KEDURHAKAAN


Mutiara Sufi's post.
Mutiara Sufi with Arjuna Enam Sembilan and 7 others.
6 hrs ·
"Bagaimana kalian ini. Kalian mengaku cinta dan memiliki ikatan dengan mereka (ulama/para salaf), namun di rumah kalian setiap hari yang terdengar hanya berita mengenai orang-orang kafir, orang-orang fasik dan para bintang filem."
"Setahun penuh tidak pernah ada berita mengenai salaf. Namun saat ini sinetron, wanita-wanita fasik dan kafirlah yang mendidik anak-anak kita. Betapa banyak anak perempuan kita yang meniru wanita-wanita fasik di TV, sehinggakan mereka tidak kenal lagi Sayidatina Fatimah Az-Zahra, bagaimana beliau, bagaimana pakaiannya, bagaimana kezuhudannya, bagaimana ibadahnya."
"Mereka tidak lagi mengenal puteri-puteri Nabi Muhammad S.A.W., mereka juga tidak tahu isteri-isteri Nabi Muhammad S.A.W. Kalian meniru orang-orang derhaka padahal kalian muslim, mukmin, memiliki kebesaran, kebanggaan dan kemuliaan. Kalian menggantikan teladan yang telah diredhai Allah untuk kalian."
-Habib Umar Bin Hafidz Hafidzohulloh-

Wednesday, July 1, 2015

Tanda malam Lailatul Qadar 2015



Tanda malam Lailatul Qadar 2015

سورة القدر
بِّسْمِ اللَّـهِ الرَّ‌حْمَـٰنِ الرَّ‌حِيمِ
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ‌ ﴿١وَمَا أَدْرَ‌اكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ‌ ﴿٢لَيْلَةُ الْقَدْرِ‌ خَيْرٌ‌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ‌ ﴿٣تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّ‌وحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَ‌بِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ‌ ﴿٤سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ‌ ﴿٥
Al-Qadr
بسم الله الرحمن الرحيم
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (3) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (5)
 
20:53 Redaksi Admin


Tanda Malam Lailatul Qadar
10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu
Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin
Bulan Ramadhan, Al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan Hadis Rasulullah s.a.w di antaranya firman Allah SWT
TANDA MALAM LAILATUL QADAR
Ada beberapa pendapat yang memaklumkan tentang tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar antaranya seperti berikut
  1. Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita
  2. Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat
  3. Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud
Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari:-
  • Ahad atau Rabu, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29
  • Jumaat atau Selasa, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27
  • Khamis, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan
  • Sabtu, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23
  • Isnin, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21
Sebagai kesimpulannya, yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar

Pautan pantas selain informasi Tanda malam Lailatul Qadar 2015

Di ambil dari  http://www.mysumber.com/tanda-malam-lailatul-qadar.html

KHASIAT SURAT AT-TAUBAH ayat 128-129.. mari amal.

KHASIAT SURAT AT-TAUBAH ayat 128-129

LAQAD JA AKUM RASULUN MIN AMFUSIKUM AZIZUN ALAIHI MA ANITTUM HARISUN ALAIKUM BIL MU'MININA RAUPUN RAHIM ...... FA IN TAWALLAW FAKUL HASBIYALLAHU LAA ILAHA ILLA HUWA ALAIHI TAWAKKALTU WA HUWA RABBUL ARSYIL ADZIIM......

Itulah bunyi dari surat At-Taubah ayat 128-129. mempunyai khasiat bermacam-macam bila di amalkan secara rutin.

1. dibaca 7 x sehabis shalat maghrib, Insya Allah rejeki akan lancar
2. di baca 7 x sehabis shalat subuh, Insya Allah membentengi diri kita dari ilmu hitam
3. di baca 100 kali sehabis shalat hajat, Insya Allah mempercepat terkabulnya hajat.
4. dan masih banyak lagi, seperti, disukai masyarakat banyak, di cintai lawan jenis, di segani kawan maupun lawan.

Ada sebuah cerita yang dialami seorang teman. beliau baru saja pulang dari rumah mursyid kami sekitar jam 10 malam. sejak keluar dari rumah mursyid, beliau terus membaca 2 ayat tersebut sampai tiba di pinggir jalan raya. beliau bermaksud naik angkot untuk pulang kerumahnya. tapi aneh..., sudah 5 angkot kosong lewat, tidak ada yang mau singgah. lantas beliau berfikir, " ...jangan2 ini khasiat 2 ayat tersebut yang memang bisa buat menghilang...? ".
kemudian beliau mengucapkan istighfar, membaca shalawat & Al-Fatihah. Alhamdulillah...., setelah melakukan itu, tidak lama kemudian ada angkot kosng yang singgah.

SUBHANALLAH.....itulah dahsyatNya Ayat-Ayat Allah.......

Wednesday, May 20, 2015

Doa-doa dari Ayat AlQuran Untuk Diamalkan Buat Kebaikan Anak .


Doa-doa dari ayat al-Quran yang boleh diamalkan untuk anak-anak. Semoga bermanfaat..

Dipetik dari page sahabat .

Friday, May 15, 2015

Gambar ASLI dan SAHIH Batu Terapung yang disebut dalam Peristiwa Isra’ Mikraj.

Gambar ASLI dan SAHIH Batu Terapung yang disebut dalam Peristiwa Isra’ Mikraj.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog..
Gambar-gambar Batu Terapung dalam peristiwa 
Isra' Mikraj Nabi Muhammad SAW.
Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj Nabi Muhammad SAW.
Berikut adalah soal-jawab dari seorang hamba Allah dengan Dato’ Dr. Haron Din mengenai Batu Terapung / Tergantung seperti yang dinyatakan dalam sejarah Isra’ Mikraj baru-baru ini.

SOALAN:
Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gantung (tidak berpihak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti. Pohon Dato’ perjelaskan apakah yang sebenarnya. – ZAINAL AHMAD

JAWAPAN Dato’ Dr Haron Din:
Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan. 

Ulama umumnya berpendapat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis. 

Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi.
Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.
“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”
“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”
“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”
Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tergantung-gantung. 
Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.

Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din. 

Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa. 
Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.
Satu lagi gambar asli dan sahih Batu Terapung. 
Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung.
Meneliti Batu Terapung. 

Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang. 
Keadaan Berubah. 

Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. 
Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung. 
Kegerunan Hati Manusia. 

Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. 
Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.
Gambar simpanan lama Batu Terapung dari sudut atas.
Mengapa Berubah..?.

Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya. 
Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua’lam. 
SEBARKAN: Sila copy dan paste pesanan di bawah ini bermula dari tanda ** hingga ** serta sebarkan kepada kenalan anda melalui e-mail, messenger, blog atau laman sesawang yang anda kenali bagi menyampaikan info yang benar ini kepada kenalan anda dan kenalan-kenalan mereka. 
** Salamun’alaik.. Mohon kongsi dgn para jemaah sekalian..
Ramai sgt yg sebar gambar palsu.. Ini gambar sahih terkini dari bumi Palestine..
[GAMBAR TERKINI] BENARKAH: Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj Di Palestin..?  Sila ke;
http://qhazanah.wordpress.com/2009/07/21/benarkah-batu-terapung-dalam-peristiwa-isra-mikraj-di-palestin/
Syukran.. **
Untuk menerokai keadaan lebih jelas di sekitar Masjid Al Aqsa dan Qubbatul Sakhra serta melihat keadaan sebenar di bawah Batu Terapung seolah-olah anda berada di Palestine sila klik di sini.
Terima kasih buat antum semua yang sudi menziarahi halaman Qhazanah, ada buah tangan menanti. Dapatkan wallpaper sempena menghayati sejarah Isra’ Mikraj. Sila klik di sini.
HAYATI AR RUH ISRA’ MKRAJ..
Sempena kehadiran sejarah peristiwa mukjizat Allah ini,  semoga dapatlah kita hayati intipati ruhnya, demi memperbaiki amalan kita sebagai hamba-NYA.  Mohon teman-teman sekalian beri komen membina ya.. Syukran..

========= Gambar Palsu tertera di bawah ================
Bismillah
Setiap kali menjelang kalendar Rejab sempena kedatangan tarikh peristiwa Isra’ Mikraj, pasti gambar-gambar ini disebarkan ke serata dunia maya dan hasilnya, ramailah yang mempercayainya..
Berikut adalah gambar-gambar palsu yang  kononnya ia adalah Batu Terapung atau Batu Tergantung  seperti yang tercatat dalam peristiwa Israk Mikraj, tersebar meluas di dalam internet. Dan juga.. Ia diguna pakai dalam khutbah multimedia di masjid-masjid di KL..! 
Gambar PALSU 1 - Gambar PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestine ini 
terus disebarkan dan amat kurang bagi mereka yang bertanya akan kesahihannya. 
(He-eh..? Kan terapung tu ustaz..? )
Gambar PALSU 2 - Gambar batu yang serupa dari sudut yang lain. Dah Nampak..?
Gambar PALSU 3 - Juga satu lagi sudut gambar palsu ini. Dah jelas..? Belum..?
Gambar PALSU 4 - Sekali lagi sudut yang lain gambar palsu ini. Haa.. Jelas..?
Gambar PALSU 5 - Tadaa.. ‘Breaking The Magician Code: The Magic Secret Reavealed’. Teknik murahan rupanya.. Guna Photoshop..
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
vmct7.

7tcmv.

MU’JIZAT ISRA’ DAN MI’RAJ NABI AGUNG MUHAMMAD SAW.

MU’JIZAT ISRA’ DAN MI’RAJ NABI AGUNG MUHAMMAD SAW.

MU’JIZAT ISRA’ DAN MI’RAJ NABI AGUNG MUHAMMAD SAW.
Dikutip dari kitab Sirah Nabawiyah karya asy-Syahid asy-Syeikh Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buthy.
Isra’ ialah perjalanan Nabi Saw. dari Masjidil Haram di Mekkah ke Masjidil Aqsha di al-Quds Palestina.
Mi’raj ialah kenaikan Rasulullah Saw. menembus beberapa lapisan langit tertinggi sampai batas yang tidak dapat dijangkau oleh ilmu semua makhluk, malaikat, manusia dan jin. Semua itu ditempuh dalam sehari semalam.
Terjadi silang pendapat tentang sejarah terjadinya mu’jizat ini. Apakah pada tahun ke-10 kenabian ataukah sesudahnya? Menurut riwayat Ibnu Sa’d di dalam Thabaqatnya peristiwa ini terjadi 18 bulan sebelum hijrah.
Jumhur kaum muslim sepakat bahwa perjalanan ini dilakukan Rasulullah Saw. dengan jasad dan ruh. Karena itu, ia merupakan salah satu mu’jizatnya yang mengagumkan yang dikaruniakan Allah kepadanya. Kisah perjalanan ini disebutkan oleh Imam Bukhari dan Muslim secara lengkap di dalam shahihnya.
Disebutkan bahwa dalam perjalanan ini Rasulullah Saw. menunggang Buraq, yakni satu jenis binatang yang sedikit lebih besar dari keledai dan lebih kecil sedikit dari unta. Binatang ini berjalan dengan langkah sejauh mata memandang.
Disebutkan pula bahwa Nabi Saw. memasuki Masjidil Aqsha lalu shalat dua rakaat di dalamnya. Kemudian Jibril datang kepadanya seraya membawa segelas khamr dan segelas susu. Nabi Saw. memilih susu. Setelah itu Jibril As. berkomentar: “Engkau telah memilih fitrah (kesucian).”
Dalam perjalanan ini Rasulullah Saw. naik ke langit pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya sampai ke Sidratul Muntaha. Di sinilah kemudian Allah mewahyukan kepadanya apa yang telah diwahyukan. Diantaranya adalah kewajiban shalat lima waktu atas kaum muslim, dimana pada awalnya sebanyak lima puluh kali sehari semalam.
Keesokan harinya Rasulullah Saw. menyampaikan apa yang disaksikan kepada penduduk Mekkah. Tetapi oleh kaum musyrik berita ini didustakan dan ditertawakan. Sehingga sebagian mereka menantang Rasulullah Saw. untuk menggambarkan Baitul Maqdis, jika benar ia telah pergi dan melakukan shalat di dalamnya. Padahal ketika menziarahinya, tidak pernah terlintas dalam pikiran Rasulullah Saw. untuk menghafal bentuknya dan menghitung tiang-tiangnya. Kemudian Allah Swt. memperlihatkan bentuk dan gambar Baitul Maqdis di hadapan Rasulullah Saw. sehingga dengan mudah beliau menjelaskannya secara rinci.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahwa Rasulullah Saw. bersabda: “Ketika kaum Quraisy mendustakan aku, aku berdiri di Hijr Isma’il, lalu Allah memperlihatkan Baitul Maqdis kepadaku. Kemudian aku kabarkan kepada mereka tentang tiang-tiangnya dari apa yang aku lihat.”
Berita ini oleh sebagian kaum musyrik disampaikan kepada Abu Bakar dengan harapan dia akan menolaknya. Tetapi ternyata Abu Bakar menjawab dengan tegas: “Jika memang benar Muhammad yang mengatakannya, maka dia telah berkata benar dan sungguh aku membenarkan lebih dari itu.”
Pada pagi harinya di malam Isra’ itu Jibril As. datang kepada Rasulullah Saw. mengajarkan tata cara shalat dan menjelaskan waktu-waktunya. Sebelum disyariatkannya shalat lima waktu, Rasulullah Saw. melakukan shalat dua rakaat di pagi hari dan dua rakaat di sore hari sebagaimana dilakukan oleh Nabi Ibrahim As.

Rujukan Pondok Habib web:  https://pondokhabib.wordpress.com/2013/05/25/mujizat-isra-dan-miraj-nabi-agung-muhammad-saw/

Kisah Lengkap:


Isra Mikraj : Satu Kupasan Lengkap

Isra Mikraj dan beberapa penerangan dan pembetulan mengenainya
Bulan Rejab kian hampir melabuhkan tirainya. Maka semakin terasa dekatnya pertemuan dengan bulan mulia lagi penuh rahmat, iaitu Ramadan al-mubarak. Namun, di penghujung Rejab yang mulia ini, kita terpanggil untuk merenung sejenak peristiwa yang besar dan bermakna bagi seluruh umat. Peristiwa yang dimaksudkan itu ialah peristiwa Israk Mikraj yang menakjubkan, yang berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad SAW.
Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah SWT kepada baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya.
Sungguhpun peristiwa luar biasa yang terjadi setahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah itu mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia, namun kita selaku umat Islam wajib percaya dan menyakini bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad SAW adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali( klik sini untuk detail ). Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.
Tidak seperti fahaman Wahhabi atau apa jua nama fahaman tersebut yang mengatakan Isra Mikraj hanya dengan roh tidak dengan jasad. Ia seolah olah ingin menafikan kesahihan peristiwa tersebut dengan kata lain akan menunjukkan bahawa Nabi hanya bermimpi dan tidak sehebat manapun seperti yang umatnya gambarkan. Ini adalah fahaman ciptaan musuh Islam atau munafik di dalam Islam yang inginkan nama baginda s.a.w. akan tercemar dan rosak dengan dalil dalil palsu ciptaan mereka.
Khilaf tentang tarikh Israk Mikraj
Tarikh sebenar berlakunya peristiwa hebat itu masih lagi menjadi perselisihan di kalangan ulama.
Ada yang berpendapat ia berlaku sebelum menjadi Nabi. Ia merupakan pendapat yang janggal. Majoriti ulama berpendapat ianya selepas menjadi Nabi. Ia diperkuatkan oleh banyak hadis yang sahih. Seterusnya mereka berbeza pendapat lagi tentang tahun kejadian selepas kebangkitan Nabi sebagai Nabi samada tahun ke 13, 12, 10 atau ke 8 Kenabian. Begitu juga bulan samada bulan Safar, Rabi`ul Awal, Rabi`ul Akhir, Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Syawal atau Zulhijjah.
  1. Menurut Ibn Sa`ad dan Nawawi serta Ibn Hazim ia berlaku setahun sebelum hijrah. Hijrah berlaku pada akhir Safar dan Awal Rabi`ul Awal. Ini bererti peristiwa ini berlaku pada bulan Safar atau Rabi`ul Awal.
  2. Menurut Ibn Jauzi, 8 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Rejab.
  3. Menurut Abu al-Rabi` bin Sali, 6 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti pada bulan Ramadhan
  4. Menurut Ibrahim al-Harbi, dan ditarjihkan oleh Ibn al-Munir dalam Syrah al-Sirah oleh Ibn `Abd al-Barr, ia berlaku 11 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Rabi`ul Akhir
  5. Menurut Ibn `Abd al-Barr, Ia berlaku 13 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Safar.
  6. Menurut Ibn Faris, ia berlaku 15 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Zulhijjah.
  7. Menurut al-Sudiy sebagaimana diriwayatkan oleh Tabari dan Baihaqi dan di pegang oleh al-Waqidi, 17 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti ia berlaku pada bulan Syawal
  8. Menurut Ibn Qutaibah dan dihikayatkan oleh Ibn `Abd al-Barr serta disebut oleh Ibn Sa`ad daripada Ibn Abi Sirah, ia berlaku 18 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Ramadhan
  9. Menurut riwayat Ibn `Abd al-Barr dan dipegang oleh Nawawi dalam al-Raudah, ia berlaku pada bulan Rejab
  10. Menurut riwayat Ibn al-Athir, ia berlaku 3 tahun sebelum hijrah.
  11. Menurut riwayat `Iyad dan dituruti oleh Qurtubi dan Nawawi daripada al-Zuhri, ia berlaku 5 tahun sebelum hijrah. `Iyad berhujah bahawa tiada perselisihan lagi bahawa Khadijah pernah solat bersama baginda saw selepas kefarduan Solat diturunkan. Juga tiada yang berselisih bahawa Khadjah mati sebelum hijrah samada 3 tahun atau 5 tahun sebelum hijrah. Tiada perselisihan juga bahawa kefarduan solat berlaku pada malam Isra’. Namun, hujahnya boleh diteliti kembali kerana menurut al-`Askari Khadijah mati 7 tahun sebelum hijrah. Ada pendapat menyatakan 4 tahun sebelum hijrah. Ibn al-A`rabi menyatakan beliau mati tahun berlakunya hijrah.

Photobucket
Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam Al-Quran, seperti mana firman Allah yang bermaksud :
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Q.S. Al-Israa’: 1).
Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:
“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.”
(Q.S. An-Najm: 13-18).
Oleh itu, Israk Mikraj dapat disimpulkan sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.
Perjalanan Isra Mikraj tidak terhenti dengan sekali perjalanan ini sahaja namun sebenarnya banyak kali ia berlaku namun kisah ini didokumentasikan di dalam Al Quran sebagai simbolik dan juga pengajaran agar manusia akan dapat mengambil intipati tersurat dan tersirat di dalamnya.
Salah satu inti penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ialah perintah solat yang diterima Nabi SAW di Sidratulmuntaha. Pada mulanya Allah SWT memberi perintah supaya mengerjakan solat (sembahyang) 50 waktu sehari semalam. Tatkala bertemu dengan Nabi Musa Alaihi Salam di langit keenam, Muhammad SAW menceritakan perintah yang diterimanya daripada Allah. Lalu Nabi Musa menyarankan agar baginda kembali menghadap Allah SWT untuk memohon keringanan, dengan alasan bahawa umatnya tidak akan sanggup melaksanakan solat 50 waktu itu. Disebabkan terlalu sayangkan umatnya, Nabi SAW menerima saranan itu. Ia pun kembali menghadap untuk memohon keringanan. Permohonan itu berulang sampai 9 kali hinggalah Allah SWT mengabulkannya dengan mengurangi waktu solat menjadi hanya 5 kali sehari semalam.
Sesetengah ulama mengatakan bahawa antara sebab kenapa Nabi Musa a.s meminta supaya diminta pengurangan bukan disebabkan perkara lain namun kerana keinginan baginda untuk mendapat percikan Tajalli ( Cahaya ) Allah Taala yang terkesan pada muka Rasulullah s.a.w.. Kerana bagi kekasih Allah, melihat atau mendapat kesan kesan dari Kekasih adalah nikmat yang tiada taranya. Wallahu A’lam.
Adapun waktu-waktu solat yang telah ditentukan itu ialah Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya. Waktu mengerjakan solat berkenaan diterangkan dengan jelas di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :
“Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan-peringatan bagi orang-orang yang ingat.” (Q.S. Hud: 114).
Bulan Rejab tahun ke-11 dari kerasulan baginda SAW, disifatkan oleh ahli sejarah sebagai ‘Amulhuzn’ (tahun dukacita) bagi Rasulullah. Ini berikutan dengan dua musibah berturut-turut yang menimpa baginda, iaitu kehilangan dua insan tersayang berikutan kewafatan Khadijah, isteri baginda yang tercinta, yang kemudian disusuli pula dengan pemergian bapa saudara baginda, Abu Thalib, yang banyak melindunginya daripada ancaman kaum kuffar Quraisy.
Musibah yang menimpa itu berpengaruh besar terhadap diri Rasulullah. Lantas Nabi merasakan ruang untuk pergerakan dakwah di kota Makkah semakin sempit dan keselamatan diri turut terancam. Keadaan yang sedemikian mendorong Rasulullah untuk berpindah ke Thaif dengan harapan agar penduduknya menerima seruan dan bersedia membantu perjuangannya. Malangnya, segala harapan baginda hancur berkecai kerana penduduk Thaif bukan saja tidak mahu memberi perlindungan kepada Nabi, malah Nabi dicaci, dihina hatta dianiaya.
Lalu, Rasulullah kembali semula ke Makkah dengan perasaan hampa tanpa hasil. Dan dalam hal keadaan menanggung kesedihan dan kehampaan, Allah menganugerahkan Israk Mikraj, yang antara lain bertujuan menghibur dan mempertebal iman Nabi SAW.
Namun ada juga ulama tidak berpendapat demikian,kerana bagi mereka Firman Allah : Sesungguhnya Wali wali Allah tidak ada ketakutan pada mereka dan tiada kesedihan ; telah menafikan kesedihan Nabi s.a.w. Maka mengatakan Nabi sedih dan digembirakan dengan pemergian Isra Mikraj sebenarnya meragukan dan mungkin boleh menyalahi maksud sebenar jika berdasarkan ayat yang di atas. Adakah wali tinggi dari Nabi ? Tentu Nabi yang juga ketua segala Nabi adalah yang paling tinggi dan tiada rasa kesedihan mengalahkan keimanan serta kecintaan Nabi kepada Allah yang amat Pengasih lagi Penyayang kepada kekasihNya s.a.w.
Peristiwa menarik semasa Isra dan Mikraj yang kesan atau bukti masih dapat dilihat sekarang ialah batu terapung yang ingin mengikut Rasulullah s.a.w Isra dan Mikraj bersama. Namun ditahan oleh baginda s.a.w dan akhirnya kekallah ia bergantungan di antara bumi dan langit hingga sekarang !

apung
Gambar dari blog : Ceriteraku

  • Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  • Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
  • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
  • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
  • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
  • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
  • Seorang Perempuan tua bongkok tiga yang menahan Rasulullah untuk bertanya sesuatu. kata Jibrail; “Itulah gambaran usia dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.”
setibanya baginda di Masjidil Aqsa, baginda bertemu dengan para anbiya` dan mursalin yang sekian banyaknya diutuskan oleh Allah. malah baginda dimuliakan dengan mengimamkan solat yang jemaahnya adalah para anbiya` dan mursalin terdahulu. baginda kemudiannya ditawarkan oleh Jibrail a.s akan air untuk menghilangkan dahaga, pilihannya antar dua; susu dan khamr. baginda memilih susu dan bukannya khamr (arak). berkatalah jibrail a.s; “Engkau telah dianugerahi fitrah dan kau telah mendapat fitrah, sekiranya kau memilih khamr, bererti kau menyesatkan ummatmu sendiri”.
seterusnya baginda telah bersedia untuk dimi’rajkan, di mana Jibrail a.s mengiringi baginda naik ke langit dunia. ketika itu seketul batu ingin ikut serta bersama mereka mi’raj ke langit, namun ditahan nabi S.A.W. maka sehingga ke hari inilah batu itu masih terapung di udara.

setibanya mereka, Jibrail a.s meminta dibukakan pintu langit pertama bagi mereka. di sana baginda bertemu dengan bapa sekalian manusia, yakni Adam a.s. Adam a.s menyambut kedatangan baginda dan mengesahkan kenabian (nubuwwah) baginda. Allah turut memperlihatkan roh-roh orang syahid pada sebelah kanan baginda dan roh-roh orang yang sengsara di sebelah kiri. menurut Ringkasan Peristiwa Isra` dan Mikraj (n.d) orang yang sengsara yang diperlihatkan Allah itu adalah orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
pada langit kedua baginda dipertemukan dengan nabi Yahya ibn Zakaria dan Isa ibn Maryam a.ma. mereka berduanya menyambut baik kehadiran Muhammad dengan sahutan salam serta mengesahkan kenabian baginda.
langit ketiga menyaksikan pertemuan baginda dengan nabi Yusuf a.s. baginda lantas mengucap salam lalu disahut dan disahkan kenabian baginda.
langit keempat baginda bertemu dengan nabi Idris a.s yang menyahut salam baginda serta mengesahkan kenabiannya.
langit kelima baginda dipertemukan dengan nabi Harun a.s. baginda lantas memberi salam. salamnya disahut serta kenabiannya disahkan.
langit keenam nabi Muhammad bertemu dengan Musa a.s. baginda menyahut salam Muhammad S.A.W. dan kenabiannya disahkan, tatkala mahu beralih ke langit ke tujuh, nabi Musa a.s menangis, lalu bertanyalah Muhammad akan gerangan mengapakah baginda menangis. jawab Musa a.s; “aku menangis kerana ada seorang pemuda yang diutus sesudah aku, yang masuk syurga bersama ummatnya dan yang lebih banyak daripada ummatku yang masuk ke sana” (Syeikh Shafiyyur-Rahman al-Mubarakfury, 2002).
langit ketujuh menyaksikan pertemuan Muhammad dengan asal-usul susur galur dirinya, yakni nabi Ibrahim a.s. lalu baginda menyahut salam dari Muhammad S.A.W. dan mengesahkan kenabian baginda, lalu nabi Ibrahim berkata; “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk ummatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda,“Sampaikan salamku kepada ummatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-‘AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga” (Ringkasan Peristiwa Isra` Mikraj).
maka naiklah Muhammad bersama Jibrail ke tangga yang seterusnya sehinggalah bertemu dengan Allah di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab. ada riwayat mengatakan bahawa baginda naik seorang berjumpa dengan Allah dan Jibrail a.s menunggu cuma di tangga yang sebelumnya. ada juga riwayat mengatakan bahawa nabi S.A.W. naik berjumpa Allah tanpa perlu membuka capalnya, tidak seperti Musa a.s yang pernah naik berjumpa Allah tetapi perlu buka capal.
di sinilah berlakunya dialog antara Muhammad dengan Penciptanya;

Allah S.W.T
: Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
maka bermulalah pensyari’atan solat dengan waktu yang lima puluh, namun apabila baginda turun, baginda berjumpa dengan nabi Musa a.s yang bertanyakan tentang amanat Allah kepadanya; lalu disuruhnya akan Muhammad kembali bertemu dengan Allah untuk meminta kekurangan pada beban kerana ummat akhir zaman ini tiada mampu untuk menggalas beban yang berat ini. maka begitulah baginda berulang-alik bertemu Allah dan Musa sehingga kurang lima waktu, tetapi masih disuruh oleh Musa a.s untuk meminta dikurangkan, maka berkatalah Muhammad; “Aku telah malu kepada Rabb-ku, aku redha menerimanya.” kemudian berseru suara; “Kewajiban dari-Ku telah Ku-tetapkan dan telah Ku ringankan bagi hamba-Ku” (zadul Ma’ad, n.d, as cited in Syeikh Shafiyyur-Rahman al-Mubarakfury, 2002).
bukan sahaja ini, malah banyak lagi yang diperlihatkan kepada Muhammad S.A.W. ketika baginda diisra` mi’rajkan. manakala ketika turun ke bumi, malangnya lebih ramai yang mendustkan baginda, namun Abu Bakr terus mempercayai baginda lalu bertakhtalah gelaran as-Siddiq pada hujung namanya.
Ringkasan Peristiwa Isra` Mikraj. (n.d). retrieved on March 31, 2008 on http://www.al-azim.com/~beringin/agama/israkdanmikraj.htm

Syeikh Shafiyyur-Rahman al-Mubarakfury. (2002). Sirah nabawiyah. Kuala Lumpur, Pustaka Syuhada.

Berdasarkan kepada peristiwa Israk Mikraj, kita memperolehi pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya untuk direnungi serta dihayati. Antara pengajaran berguna tersebut ialah:
1. Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan. Ini kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan pada diri manusia. Sebagaimana yang diceritakan, Nabi telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadi Israk Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan Allah swt. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Caranya ialah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya di samping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadat.
2. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa Israk Mikraj, tepatnya sewaktu Nabi diajak meninjau keadaan neraka, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sediakala. Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan segala perbuatan tercela itu dan juga pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah kerana begitulah seksaan yang bakal diterima oleh seseorang di akhirat nanti sekiranya perbuatan yang dilarang Allah itu dilakukan.
3. Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya. Kewajipan solat berbeza dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini adalah kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Dengan solat, kita berpeluang untuk berdialog langsung dengan Allah, iaitu ketika bersolat. Ini adalah peringkat tertinggi di dalam agama iaitu Muhsin ( maqam Ihsan ) yang tertinggi selepas Iman ( Mukmin ) dan juga maqam Islam ( Muslim )….
4. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar keyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia. Ini kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan berbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam tinggi bernama langit itu seperti Sidratul Muntaha, syurga dan lain-lain lagi.
5. Anjuran memberi salam. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada Rasul yang baginda temui. Ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.
6. Mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana dibayangkan melalui pertemuan Nabi dengan seorang nenek tua. Ia memberi gambaran kepada kita yang umur dunia sudah lanjut dan hampir berlaku kiamat. Hakikat ini memperingatkan setiap Muslim bahawa segala kemewahan dan kesenangan dunia hanyalah bersifat sementara. Hanya ketakwaan dan amal salih menjadi bekalan untuk ke akhirat.
7. Berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi jin ‘Afrit telah mengejar baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan baginda. Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa syaitan dan iblis tidak akan jemu-jemu untuk menyesat dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.
8. Kehebatan Allah Taala yang telah mengumpulkan roh segala Nabi dan Wali di satu masa untuk bersolat di belakang Rasulullah s.a.w
Israk Mikraj merupakan mukjizat yang tidak diberikan kepada nabi-nabi yang lain. Justeru itu, Pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya hendaklah direnung dan dihayati supaya ianya dapat membantu memberikan nilai tambah dalam kehidupan, baik dalam usaha meningkatkan ketakwaan dan prestasi ibadah kepada Allah mahupun untuk peningkatan ilmu pengetahuan, terutama dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan tidaklah Kami mengutus rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), selain dari kalangan orang lelaki yang Kami wahikan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang yang berpengatahuan agama jika kamu tidak mengetahui.”