Search Al Quran Here / Cari Al Quran di sini

http://www.quranexplorer.com/quran/

Search This Blog

AlQuran

AlQuran
Tafsir Per Kata

Wednesday, December 5, 2018

mutiara kata dan nasihat-nasihat daripada Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, keturunan Rasulullah , dan PengasasTarikat Qadariah.

NASIHAT SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI

Alhamdulillah,akhirnya selesailah saya membaca dan menghayati mutiara kata dan nasihat-nasihat daripada Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani ini. Buku ini saya dapatkannya dari Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM. Pada mulanya, perancangan ialah ingin mencari buku berkaitan aliran Tariqat, tetapi apabila terjumpa buku ini, hati ini tertarik rasanya ingin membacanya kerana Syeikh Abdul Qadir adalah ahli sufi yang amat terkenal didunia islam.

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani atau nama sebenar beliau ialah Muhyiddin Abu Muhammad Abdul Qadir. Beliau adalah keturunan Rasulullah SAW melalui puteri Baginda Siti Fatimah Al-Zahra. Beliau adalah seorang ahli sufi yang tidak asing lagi di dunia islam, sehinggakan terdapat satu aliran Tariqat yang diasaskannya iaitu Tarikat Qadariah. Tulisan, nasihat dan buah fikiran beliau berkenaan dengan ketuhanan dan tasawuf sentiasa mendapat perhatian dan menjadi rujukan walaupun ianya telah berlalu lebih kurang 900 tahun yang lampau. Sama-samalah kita hayatinya dan semoga kita semua dapat mengambil sedikit pengajaran daripada tulisan ini.

TUNDUKKAN NAFSUMU SEBELUM ENGKAU DITUNDUKKANNYA.
(disampaikan di Madrasah al-Ma’murah,hari Ahad pagi,3 Syawal 545 H)

Sesungguhnya, siapa yang ingin memperbaiki dirinya, maka hendaklah dia berlatih memerangi nafsunya, sehingga dirinya bebas daripada cengkaman nafsu kerana seluruh nafsu itu mengajak kepada kejahatan.

Hai pemuda…! Nasihatilah dirimu sendiri terlebih dahulu sebelum kamu menasihati orang lain.
Janganlah engkau berlebih-lebihan dalam menasihati orang lain sedangkan dalam dirimu sendiri masih bersemayam sesuatu yang engkau perlu perbaiki
Celakalah engkau…! Sekiranya engkau tahu bagaimana membersihkan orang lain, sedangkan engkau buta untuk membersihkan dirimu sendiri. Bagaimana seorang yang buta dapat memimpin orang lain.

“Wahai hati…! Wahai roh…! Wahai manusia..! Wahai jin…! Wahai orang-orang yang berharap kepada Maha Raja..! Marilah kita ketuk pintu Maha Raja. Bersegeralah kamu kepada-NYA dengan tapak hatimu, dengan tapak takwa dan tauhid kamu, makrifat dan kewarakan kamu yang tinggi, kezuhudan kamu di dunia, di akhirat dan didalam sesuatu selain daripada yang berkaitan secara langsung dengan Tuhanmu”.

Ketahuilah…! Bahawa taubat itu adalah pusat kekuasaan dan menyesali segala perbuatan. Tanggalkanlah baju kederhakaanmu itu dengan taubat yang tulus ikhlas. Jika engkau bertaubat, hendaklah taubat itu lahir dari hatimu, bertaubatlah engkau zahir dan batin.

SEGERA MENCAPAI PINTU TAUBAT
(Ahad,10 Syawal 545 H)
Sabda Rasulullah SAW :
“Barangsiapa yang dibukakan pintu kebaikan, maka hendaklah dia mencapainya, kerana sesungguhnya ia tidak mengetahui, bila pintu itu akan tertutup baginya”
Wahai pemuda. “Bertaubatlah kamu. Bukankah kamu telah melihat, bahawa Allah akan menguji kamu dengan berbagai dugaan hingga kamu bertaubat…? Se
mentara engkau tidak berfikir, mlahan engkau bertahan dalam kederhakaanmu itu.

-SAQJ berkata : “Tetaplah engkau untuk sentiasa redha dengan Allah, dalam keadaan petaka atau sengsara, dalam keadaan miskin atau kaya, dalam keadaan susah atau senang, dalam keadaan sihat atau sakit, dalam keadaan buruk atau baik, ketika memperoleh yang engkau kehendaki atau tidak. Aku tidak tahu ubat apa yang sesuai untukmu, selain daripada menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah yang Al-Haq. Jika dia menetapkan sesuatu yangmerugikan kamu, janganlah kamu benci kepada-NYA serta jangan pula kamu menjauhkan diri daripadanya.Kerana semua itu adalah ujian dan cubaan terhadapmu.

-jika sedar dan berubah,pasti Allah menukarkan kegelisahmu dengan ketenangan dan jiwamu akan menjadi tenang,tenteram dalam mentauhidkan-Nya.

Jika Al-Haq menghendaki agar hambanya menjadi baik, maka Dia akan memberikan Hidayah, mengajar mereka, mengawasi mereka, menerangi mereka, memberikan kesempatan kepada mereka, mendekatkan mereka kepada-Nya dan memberikan sinar kedalam hati mereka.

Celakalah kamu, kamu membaca dan menghafal sunnah Rasulullah, tetapi kamu tidak mengamalkannya. Engkau menyuruh manusia mengerjakan kebaikan sedangkan engkau sendiri tidak melakukannya.
Seperti Firman Allah SWT dalam surah Al-Shaf ayat 3 yang bermaksud :
“Sebesar-besar kebencian Allah, ialah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan”

Sesiapa yang telah beramal sehingga kemudian mereka mencapai satu kedudukan(maqam) dimana tiada lagi perintah ataupun larangan. Tidak henti-henti mereka menyendiri(khalwat) bersama ALLAH. Kerana meninggalkan ibadah-ibadah wajib, bermakna seorang itu telah jatuh Zindiq. Tidak ada kewajipan yang gugur dari seseorang, walau dalam keadaan bagaimana juapun dia, atau apa pun tahap dan maqamnya.

Wahai kaumku, Ambillah nasihat dari Al-Quran itu dengan mengamalkannya, bukan dengan mendiskusi, memperdebat, atau menseminarkannya.

“Tidak akan ada kebahagiaan di hatimu, apabila disana bersemayam sesuatu selain Allah, bahkan seandainya kamu sujud selama seribu tahun diatas bara api sekalipun, sementara hatimu kepada selain Allah, maka hal itu tidak bermanfaat kepadamu.

Hati..! Hatilah yang beriman…! Hatilah yang mengesakan Allah…! Hatilah yang memurnikan aqidah..! Hatilah yang ikhlas…! Hatilah yang bertakwa…! Hatilah yang memelihara diri daripada yang Haram dan Syubhat…! Hatilah yang yakin…! Hatilah yang zuhud…! Hatilah yang arif…! Hatilah yang beramal…! Hatilah yang memimpin seluruh tubuh manusia, sementara seluruh anggota adalah anggota pasukan dan pengikutnya. Oleh itu, jika kamu ingin menyucapkan LAILA HAILLALLAH, maka lebih dulu hendaklah kamu ucapkan dengan hatimu, kemudian kamu iringinya dengan lidah.

Jihad Batin – Lebih berat dari jihad zahir kerana jihad batin adalah satu jihad yang berterusan. Bermaksud memutuskan semua kehendak dan dorongan hawa nafsu untuk melakukan perkara-perkara yang terlarang serta mengekang keinginan terhadapnya.

Wahai hamba…! Setiap yang engkau pandang sebagai kebaikan dan engkau mencintainya, maka cintamu itu adalah bukan cinta yang sejati. Engkau sedang terpedaya. Cinta yang hakiki adalah cinta yang tidak berubah, iaitu cinta kepada Allah, yakni cinta yang engkau lihat dengan dua mata hatimu, iaitu cinta para Al-Shiddiqin Ruhaniyyin. Mereka tidam menyintai dengan keimanan mereka, tetapi dengan keyakinan dan mata hati mereka. Terbukalah hijab yang menyelubungi mata hati mereka, sehingga mereka mampu melihat apa yang ada di alam ghaib, melihat sesuatu yang tidak mungkin bagi mereka untuk menjelaskannya.

Seorang yang berzuhud dan berada pada tahap permulaan, mesti menghindarkan diri daripada semua manusia dan orang-orang fasiq yang melakukan maksiat. Tetapi setelah mencapai tahap kesempurnaan, dia tidak akan menghindarkan,diri bahkan dia akan mencari mereka kerana penawar mereka itu ada padanya. Kerana apabila seseorang itu telah mengenal Allah, dia tidak akan menghindar dari sesuatu apapun dan tidak akan takut selain daripada Allah. Barangsiapa yang sudah sempurna ma’rifatnya kepada Allah, maka ma’rifat itulah yang akan menjadi pemandu baginya.

Seseorang bertanya kepada Syeikh bagaimana untuk mengeluarkan cinta kepada dunia.
“Hendaklah engkau melihat dengan kedua-dua mata hatimu kepada cacat-cela dunia ini. Perangilah hawa nafsumu hingga ia menjadi tenang. Jika nafsumu telah tenang, maka engkau akan mampu melihat cacat-cela dunia ini dan kamu akan bersikap zuhud terhadap dunia ini. Ketenangan itu akan wujud jika engkau memandang dari hati dan menyesuaikannya dengan bisikan batinmu.

“Jika engkau menginginkan kema’rifatan kepada Allah, maka engkau redhalah dengan qada dan qadar-Nya, dan janganlah engkau jadikan nafsu, syahwat, perangai, dan keinginanmu sebagai sekutu bagi-Nya dalam kedua-dua hal tersebut.”

Ketahuilah bahawa para guru amal dan guru ilmu akan menunjukkan engkau jalan menuju Allah. Langkah tahap pertama ialah dengan perkataan, dan pada tahap kedua ialah dengan mengamalkannya. Dengan cara ini, engkau akan bertemu dengan Allah.

Beramallah engkau kepadanya dan janganlah engkau mengharapkan pahala yang banyak. Beramallah dengan tujuan untuk mencapai dan meraih keredhaannya serta kedekata kepadanya. Pahala adalah keredhaan-Nya kepadamu dan kedekatanmu kepada-Nya dunia dan akhirat.

Peringkat pertama ialah engkau belajar kepada makhluk berkenaan hokum. Kemudian pada peringkat kedua hendaklah engkau belajar dari Khaliq mengenai ilmu Ladunni, Yakni ilmu-ilmu yang khusus untuk hati dan batin. Oleh itu carilah guru yang mursyid, kerana engkau tidak dapat belajar tanpa guru.

Barangsiapa di antara kamu yang ingin menghidupkan hatinya, maka hendaklah dia membiasakan berzikir kepada Allah didalam hatinya itu dan hendaklah dia merasakan ketenteraman bersama-Nya.Wahai hamba…! Berzikirlah engkau kepada Allah dengan hatimu sebanyak seribu kali dan dengan lisanmu sekali.

Berzikir yang dilakukan hanya dengan lisan tanpa menggunakan hati, tidak memberikan kemuliaan kepadamu. Zikir adalah zikir hati dan zikir batin, kemudian zikir lisan. Berzikirlah kamu kepada-Nya, sehingga zikir itu melebur dosa-dosamu, dengan demikian engkau tidak menanggung dosa sama sekali.

Copy n paste dari : http://jamaluddinab.blogspot.com/2009/08/nasihat-syeikh-abdul-qadir-al-jailani.html

Tuesday, December 4, 2018

WASIAT TERAKHIR Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani Kepada Anak-Anaknya!!

WASIAT TERAKHIR Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani Kepada Anak-Anaknya!! 

Assalamu’alaikum… Alhamdulillah, Setinggi-tinggi kesyukuran dihadapkan kepada Allah s.w.t atas segala-galanya terutamanya Nikmat Iman dan Islam yang selama ini Dibekalkan kepada kita. Nikmat yang menjadi kunci kepada kita untuk memasuki syurga Allah s.w.t.. InsyaAllah.. Selawat dan salam juga dititipkan kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w kerana tanpa kasih sayang Baginda s.a.w kepada kita, untuk keluarkan kita dari kejahilan dan kemaksiatan pada Sang Pencipta, mana mungkin kita akan lahir sekarang sebagai seorang islam. Setelah sekian lama sunyi dalam menulis dan berkongsi titipan buku buat teman sekalian, Alhamdulillah, Kali ini Allah s.w.t bagikan kesempatan ruang dan peluang untuk jasad ini berkongsi satu nasihat yang amat mendalam maksudnya. Nasihat yang diperolehi dalam Buku “ Nasihat dan Wasiat Kerohanian ” dari Syeikh Qadir Al-Jailani ini sangat menyentap jiwa ragaku. Kini akan aku kongsi Wasiat Terakhir Syeikh Qadir Al-Jailani pada Teman-taman.. wasiatnya terkadang ada yang tersangat mendalam dan sukar untuk difahami.. InsyaAllah, moga Kalian yang membaca lebih memahami dari diri yang menyampaikan.. Amin.. Sungguh, Ilmu itu milik Allah dan kita sebagai medium utk menyebarkan dalam erti kata makhluk.. 

ABDUL WAHHAB, putera Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, meminta wasiat dari belaiu, ketika ayahandanya itu sakit yang membawa kewafatan beliau. Beliau berkata : “ Tetaplah engkau takwa dan taat kepada Allah s.w.t. Jangan engkau takut kepada seorang juapun dan janganlah engkau mengharapkanya. Serahkanlah semuanya keperluanmu kepada Allah s.w.t dan tuntutlah daripada-Nya. Janganlah engkau bergantung kepada seorang manusia pun selain daripada-Nya. Tauhid…! Tauhid…! Tauhid…! Sumber semuanya itu adalah tauhid…..! ” Tatkala sakit beliau telah semakin parah, beliau berkata : “ Apabila kalbu sudah benar bersama-Nya, maka tidak ada yang sepi dari hati dan tidak ada yang keluar daripadanya. Aku adalah inti tanpa kulit ”. Beliau juga berkata kepada putera-putera beliau : “ Menyingkirlah kamu dari sekitarku, sebab secara zahir aku bersama kamu dan secara batin aku adalah bersama orang lain. Antara aku, kamu dan semua makhluk ada jarak sejauh antara langit dan bumi. Maka janganlah kamu menyamakan aku dengan seseorang dan janganlah kamu menyamakan seseorang dengan aku ” Kemudian Beliau Berkata lagi : “ Selain kamu ada yang hadir di dekatku. Maka berilah mereka tempat duduk, dan bersopan santunlah kamu kepada mereka. Disini ada rahmat yang agung. Dan janganlah kamu menyempitkan tempat terhadap mereka ”. Salah seorang murid beliau yang paling rapat dan menjadi pencatat wasiat dan nasihat beliau pernah diberitahu oleh sebahagian putera beliau, bahawa beliau pernah berkata: “ Dan semoga kamu mendapat keselamatan, rahmat Allah dan Berkah-Nya. Semoga Dia mengampuni aku dan kamu. Semoga Dia menerima taubatku dan taubatmu. Dengan nama Allah s.w.t ”. Beliau mengatakan hal itu selama sehari semalam. Beliau juga berkata : “ Aduhai…! Aku sungguh kasihan kepadamu…! Aku tidak mempedulikan sesuatupun, dan tidak juga terhadap malaikat maut. Mengingkirlah engkau…! Sebab kami sudah mempunyai Tuhan yang menguasai kami selain daripada kamu ”. Beliau menjerit dengan keras pada hari yang beliau wafat, pada petang harinya. Sebahagian putera beliau menanyakan tentang apa yang beliau lihat. Maka beliau menjawab : “ Janganlah ada seorang pun yang bertanya kepadaku tentang sesuatu. Aku adalah ini. Aku bergerak-gerak dalam ilmu Allah s.w.t ”. Beliau berkata kepada putera beliau, Abdl Jabar : “ Engkau tidur ataukah terbangun..? Matilah kamu dalam diriku, maka kamu akan terbangun ”. Salah seorang murid beliau yang bernama ‘Afif mendatangi beliau tatkala sebahagian putera beliau berada disisi beliau, yang bernama Abdul Aziz menulis atas nama beliau. Beliau lalu menyuruh puteranya itu memberikan kepada muridnya tersebut untuk mencatat apa yang akan disampaikannya. Kemudian meridnya itu menulis : “ “ Nescaya Allah akan memberikan kelapangan setelah kesempitan ” (Surah Al-Thalaq : 7) Hukum dapat berubah, namun ilmu tidak boleh berubah. Hukum dapat disalin, sedangkan ilmu tidak. Ilmu Allah tidak dapat dilawan oleh Hukum-Nya “… 

Dua orang putera beliau, Abdul Jabbar dan Musa menggabarkan bahawa Tuan Syeikh Qadir Al-Jailani mengangkat dan menghulurkan tangan beliau sambil berkata : “ Bertaubatlah kamu dan masuklah kamu ke dalam barisan…! ” Beliau juga berkata : “ Rahmahlah…! Rahmahlah kamu…! “. Kemudian datanglah al-Haq dan sakarat maut, lalu beliau berkata: ” Aku meminta pertolongan kepada Laillahaillallah yang tidak akan mati dan tidak takut kepada kematian. Maha suci Dzat yang Maha Agung dengan kekuasaan-Nya dan mengalahkan hamba-hamba-Nya dengan kematian. Laillahaillallah Muhammad rasullullah “ Putera beliau yang bernama Musa menceritakan, bahawa tatkala beliau menyatakan “ ’Azim ” (Agung) maka lisan beliau tidak mampu lagi berkata secara benar. Beliau selalu mengulang-ulang hingga beliau berkata ‘Azim dan beliau memanjangkannya, sehingga beliau berkata dengan benar. Kemudian beliau mengucapkan : “ Allah..! Allah..! Allah..! ”. Lalu suara beliau samar dan lidah beliau menempel pada langit-langit beliau. Kemudian beliau wafat. 

Semoga Allah s.w.t meredhainya dan meredhakannya, serta semoga Dia mengumplkan antara beliau dan kita di tempat yang mulia disisi Allah Rabb Yang Maha Kuasa. Segala puji bagi Allah s.w.t yang menjadikan Tuhan atas sekalian alam. Rahmat-Nya yang agung sempoga tercurah pada pimpinan para nabi dan rasul, Nabi Muhammad s.a.w. makhluk yang paling utama, para keluarga serta sahabat baginda, hingga kepada tabi’in dan tabi’ al tabi’in semuanya.. 

Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

Monday, June 11, 2018

Inilah Sunnah yang terbesar Mengajak kepada Tauhid: Syahadah kepada Allah dan Rasulullah ﷺ

#Wajib sebarkan Syahadah!

Allah SWT berfirman:

وَمَآ أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِىٓ إِلَيْهِ أَنَّهُۥ لَآ إِلٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَاعْبُدُونِ

"wa maaa arsalnaa ming qoblika mir rosuulin illaa nuuhiii ilaihi annahuu laaa ilaaha illaaa ana fa'buduun"


"Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad ﷺ ) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawa sesungguhnya tiada Ilaah (yang berhak mengabdikan diri) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu."
(QS. Al-Anbiya 21: Ayat 25)

Inilah Sunnah yang terbesar Mengajak kepada Syahadah kepada Allah dan Rasulullah  ﷺ

Inilah landasan yabg benar jika kita menyatakan kita Jemaah Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan kita melaksanakan Sunnah Nabi ﷺ dan Sahabat dan para Salaf .

Sollu 'alan Nabiy! Keberkatan Rasulullah saw yang agung...

Sollu 'alan Nabiy

Keberkatan Rasulullah saw yang agung...

Suatu hari ada seorg pengemis mengetuk pintu rumah Rasulullah saw. Pengemis itu berkata : "Saya pengemis ingin meminta sedekah dr Rasulullah." Rasulullah bersabda : "Wahai Aisyah berikan BAJU itu kpd pengemis itu". Sayyidah Aisyah pun akhirnya melaksanakan perintah Nabi SAW. Dgn hati yg sgt gembira, pengemis itu menerima pemberian beliau & langsung pergi ke PASAR serta berseru di keramaian org di pasar :

"Siapa yg mau membeli baju Rasulullah? "Maka dgn cepat berkumpullah org2 & semua ingin membelinya.

Ada seorg yg buta mendengar seruan tsbt, lalu menyuruh budaknya agar membelinya dgn harga berapa pun yg di minta & ia berkata kpd budaknya : Jika kamu berhasil mendptkannya, maka kamu MERDEKA.
Akhirnya budak itu pun berhasil mendptkannya. Kemudian di serahkan baju itu pd tuannya yg buta tadi. Alangkah gembiranya si buta tsbt,
dgn memegang baju Rasulullah SAW yg dia dpt. Org buta tsbt kemudian berdoa & berkata :

"Yaa Rabb dgn hak Rasulullah & berkat baju yg suci ini maka KEMBALIKANLAH PENGLIHATAN KU".
MaaSyaa Allah... dgn izin Allah spontan si buta tsbt dpt melihat kembali. Keesokan harinya, ia pun pergi menghadap Rasulullah SAW dgn penuh gembira & berkata :

Wahai Rasulullah... pandangan ku sudah kembali & aku kembalikan baju anda sbg hadiah dr ku". Sblmnya org itu menceritakan kejadiannya sehingga Rasulullah SAW pun tertawa hingga tampak gigi gerahamnya.
Kemudian Rasulullah bersabda kpd Sayyidah Aisyah :

"Perhatikanlah baju itu wahai Aisyah, dgn berkah-Nya BERSEDEQAH tlh mengkayakan org yg miskin, menyembuhkan yg buta, memerdekakan budak & kembali lagi kpd kita".

Subhanallah...

Al-Imam as-Suyuti menyebutkan dlm salah satu kitabnya bahwa pahala SHADAQAH itu ada 5 macam :

أَنَّ ثَوَابَ الصَّدَقَةِ خَمْسَةُ أَنْوَاعٍ : وَاحِدَةٌ بِعَشْرَةٍ وَهِيَ عَلَى صَحِيْحِ الْجِسْمِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِيْنَ وَهِيَ عَلَى الْأَعْمَى وَالْمُبْتَلَى ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةٍ وَهِيَ عَلَى ذِي قَرَابَةٍ مُحْتَاجٍ ، وَوَاحِدَةٌ بِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى الْأَبَوَيْنِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى عَالِمٍ أَوْ فَقِيْهٍ اهـ
(كتاب بغية المسترشدين)

"Sesungguhnya pahala bersedekah itu ada lima (5) kategori :

1. Satu di balas sepuluh (1 : 10) iaitu bersedekah kpd org yg sihat jasmani.

2. Satu di balas sembilan puluh (1 : 90) iaitu bersedekah terhadap org buta, org cacat @ tertimpa musibah, tmsk anak yatim & piatu.

3. Satu di balas sembilan ratus (1 : 900) iaitu bersedekah kpd kerabat kaum keluarga serta saudara.

4. Satu di balas seratus ribu (1 : 100,000) iaitu sedekah kpd kedua org tua.

5. Satu di balas sembilan ratus ribu (1 : 900,000) iaitu bersedekah kpd org yg alim @ ahli fiqh/fekah.

[Kitab Bughyatul Musytarsyidin]

Semoga Allah SWT memudahkan kita utk bermurah hati, suka bersedekah dgn ikhlas. Aamiin...

Habib Ali Zainal Abidin.

Monday, April 30, 2018

Amalan Nisfu Syaaban dan kelebihannya dari Ulama Hadits Habib Umar.

https://www.facebook.com/groups/319748791807/permalink/10157120257571808/


Dan kelebihannya....

Malam ni, jangan lepaskan peluang minta apa saja hajat kita.

Hari ini 30 April 2018 adalah malam nisfu syaaban ( sebaik sahaja masuk maghrib) .

Radio Ikim 27hb april 2018- Usrah Nurani

Mlm Nisfu Syaaban; Allah mendengar doa kita tanpa hijab, malaikat turun ke langit dunia. Mencari siapa yg byk dosa, melihat siapa yg mohon rezeki, mendengar rintihan org yg ditimpa musibah. Oleh itu ...

1- siapa yg byk dosa; minta ampun

2- siapa yg rezeki sempit; minta rezeki

3- siapa yg ditimpa musibah; mohon dipermudahkan urusan

🌷Kerana.. pada mlm itu Allah melihat dan mencari para pendosa yg mohon taubat

🌷Kembalilah kpd Allah dlm keadaan sudah bertaubat dan Allah redha dgn kita

🌷Waktu akhir zaman byk kematian mengejut

🌷Mlm yg dikabulkan segala doa.

🌷Tawaran hebat pada mlm nisfu.. Diampunkan dosa walaupun sebanyak bulu2 dibadan kambing.

🌷Payahnya kita nak bertaubat sbb terbeban dgn byknya dosa.

🌷Start maghrib ptg 14 syaaban hingga subuh 15 syaaban. Bersamaan Isnin 30hb april hingga selasa 1hb mei.

Di sini dinyatakan kelebihan malam nisfu Syaaban sebagaimana sabda Nabi saw,

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر.

Yang bermaksud, Rasulullah saw telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar.

(Riwayat Ibnu Majah)

Sebarkan untuk kebaikan bersama

Bonus: -*Amaliah di malam Nisfu Sya'ban*

Membaca Surah Yasin sebanyak 3 kali sesudah sembahyang sunat ba'diyah maghrib dengan niat sebagai berikut :

_*Niat yang pertama*_
Ya Allah ya Tuhanku ampunilah segala dosaku dan dosa Ibu Bapakku dan dosa keluargaku dan dosa jiranku dan dosa muslimin dan muslimat dan panjangkanlah umurku di dalam taat ibadah kepada engkau dan kuatkanlah imanku dengan berkah Surah Yasin... _Setelah membaca Yasin, kemudian membaca doa Nisfu Sya'ban_

_*Niat yang kedua*_
Ya Allah ya Tuhanku ampunilah segala dosaku dan dosa Ibu Bapakku dan dosa keluargaku dan dosa jiranku dan dosa muslimin dan muslimat dan peliharaan lah diriku dari segala kebinasaan dan penyakit dan kabulkanlah hajatku dengan berkat Surat Yasin... _Setelah membaca Yasin kemudian membaca doa Malam Nisfu Sya'ban_

_*Niat yang ketiga*_
Ya Allah ya Tuhanku ampunilah segala dosaku dan dosa Ibu Bapakku dan dosa keluargaku dan dosa jiranku dan dosa muslimin dan muslimat dan Kayakanlah hatiku dari segala makhluk dan berikanlah aku dan keluargaku dan diriku Khusnul Khotimah dengan berkah Surah Yasin... _Setelah membaca Yasin kemudian membaca doa Malam Nisfu Sya'ban_

_Sesudah selesai Sholat Isya, kemudian dilanjutkan dengan :_

_1. Sholat Sunah Hajat_
_2. Sholat Sunnah Tasbih_
_3. Membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 2375 kali_

Tasbih Nabi Yunus :

_لاإله إلّا انت سبحانك إنّي كنت من الظّالمين ۰۰۰ ۲۳۷۵ x_

_'Laa ilaaha illaa anta subhanaka innii kuntu minadz dzoolimiin"  Sebanyak 2375 x_

Sumber :
Kitab Kumpulan Wirid *"AL IMDAAD"*
*_KH. MUHAMMAD ZAINI BIN ABDUL GHONI AL-BANJARI SEKUMPUL_*
#semogabermanfaat
#mintaredhonya🙏

Tafsir singkat Surah: Al-Inshirah ﷽ Sayyidil Habib Umar Bin Hafidz, Surat al-Inshirah, Ramadhan 1436

Tafsir singkat Surah: Al-Inshirah

Sayyidil Habib Umar Bin Hafidz,

Surat al-Inshirah, Ramadhan 1436.

Allah berfirman:

ألم نشرح لك صدرك (١)

(Alam nasyrah laka sadrak)

1. Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,

Ketika Kami mengutus Sayyidina Musa untuk menyampaikan pesan, ia meminta agar dadanya diperluas: "Ya Tuhanku perluaskan dada ku dan membuat mudah urusan ku. Namun, Kami berikan kepada mu (Sayyidina Muhammad) tanpa kamu meminta. Kami memperluas hati mu sehingga cahaya kenabian bisa masuk dan sehingga kamu mampu menyampaikan pesan kepada seluruh dunia.

Bagian dari perluasan ini adalah saat dada Nabi ﷺ dibelah, dan Ini berlangsung empat kali -

pada masa bayi ketika ia dengan Sayyidatuna Halimah,

saat ia berusia sepuluh tahun,

sebelum menjadi nabi

dan pada malam Isra Mi'raj.

Allah mengisi hati mu dengan pengetahuan dan kebijaksanaan.

Allah meningkatkan rasa toleransi dan kesabaranmu sehingga kamu dapat mengatasi kesulitan menyampaikan pesan.

Nabi ﷺ berkata: "aku telah dirugikan dan sengsara demi Allah lebih dari orang lain dan aku telah menderita rasa takut demi Allah lebih dari orang lain".

Semua kebaikan berasal dari kelapangan dada ini. Tidak ada yang bisa menerima Islam tanpa itu - Allah berfirman bahwa salah satu yang hatinya telah dibuka untuk menerima Islam telah menerima pencerahan dari-Nya. Tidak ada yang bisa memenuhi tugas mereka sepenuhnya tanpa itu. Ketika hati telah diperluas, mudah bagi seseorang untuk meninggalkan: apa yang dilarang, apa yang tidak disukai dan berlebihan; mudah baginya untuk mencapai banyak hal dalam waktu singkat dan hatinya mampu menyerap pengetahuan yang bahkan langit dan bumi tidak tahan dan kuat menanggungnya.

Nabi ﷺ mengatakan: "Ketika cahaya masuk ke hati, dada terasa sangat lapang".

Mereka bertanya: "Apakah ada tanda bahwa ini telah terjadi (cahaya masuk ke hati)?"

Nabi menjawab: "Ya: saat kalian menjauhkan diri dari tipu daya dan muslihat (dunia), ada kerinduan untuk kembali ke tempat yang abadi, dan mempersiapkan diri untuk mati sebelum ia datang."

Tak pernah ada seseorangpun yang dadanya diperluas dengan cara yang sama seperti Sayyidina Muhammad. Beliau ﷺ adalah satu-satunya manusia yang mampu melampaui segala macam Batas dan satu-satunya manusia yang dapat bertemu Tuhannya.

ووضعنا عنك وزرك (٢)

الذي أنقض ظهرك (٣)

2. dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu,

3. yang memberatkan punggungmu?

Salah satu makna dari beban ini yaitu menyampaikan pesan kepada umat manusia dan jin. Beban Lain adalah Nabi menanggung beban pikiran tentang kesalahan kesalahan yang dibuat umatnya.

Kami telah memberkati Ummat mu dengan pengampunan dimana tidak ada ummat sebelumnya diberkati seperti itu. Kami memberi mereka banyak cara untuk menghapus kesalahan mereka - seperti wudhu, shalat lima waktu, shalat jumat dan puasa Ramadhan.

Telah diriwayatkan bahwa malaikat terkejut menemukan orang-orang dari ummat ummat sebelumnya yang diselamatkan dari api sedangkan mereka menemukan ada orang-orang dari ummat ini yang belum diselamatkan.

Kami telah menghapus semua masalah dan kekhawatiran mu.

Ketika Nabi ﷺ bermohon perhatian untuk kesejahteraan umat-nya, Allah mengutus Jibril untuk mengatakan kepadanya: "Kami akan membuat kamu puas dan ridha dengan umatmu dan Kami tidak akan membiarkan hal itu menjadi sumber kesedihan bagi kamu".

ورفعنا لك ذكرك (٤)

4. Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu,

Allah berfirman: "Setiap kali NamaKu disebutkan, namamu juga akan disebutkan bersamaKu".

Di Arsy ada nama Nabi bersanding dengan nama Allah: la ilaaha ill'Allah Muhammad Rasul Allah. Di pintu surga tertulis: la ilaaha ill'Allah Muhammad Rasul Allah. Dalam adzan, nama Nabi ada dengan nama Allah. Orang yang masuk Islam harus mengatakan: la ilaaha ill'Allah Muhammad Rasul Allah. Jika seseorang melimpahkan satu sholawat pada Nabi, Allah melimpahkan sepuluh pada orang itu. Di kuburan Anda akan ditanya siapa Tuhanmu dan siapa Nabi mu.

Ummatnya akan menjadi ummat pertama yang dibangkitkan, yang pertama yang di hisab dan ditimbang dan yang pertama masuk surga. Dan Nabi

akan menjadi yang pertama untuk bersyafaat dan Adam dan Nabi lainnya akan berada di bawah benderanya.

Makna lainnya adalah bahwa dari waktu Adam sampai hari ini, hidup tidak ada yang telah dicatat secara rinci seperti kehidupan Muhammad - kata-katanya, tindakannya, karakter dan penampilannya.

فإن مع العسر يسرا (٥)

إن مع العسر يسرا (٦)

5. Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,

6. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

Pernyataan ini diulang dua kali. Ada kehalusan dalam bahasa Arab yang menunjukkan bahwa hanya ada satu kesulitan dan diulang dua kali, sedangkan ada dua jenis kemudahan dan yang kedua adalah berbeda dari yang pertama. Inilah sebabnya mengapa Nabi ﷺ mengatakan: "Satu porsi kesulitan tidak akan mengatasi dua bagian dari kemudahan" Ini adalah cara Allah untuk membuat kemudahan mengikuti kesulitan. Untuk alasan inilah mengapa orang-orang yang memiliki wawasan akan senang ketika kesusahan turun karena mereka tahu bahwa kemudahan akan mengikuti.

Kehebatan kemudahannya adalah sesuai dengan kebesaran kesengsaraan.

Nabi ﷺ bersabda pada Ibnu Abbas: "Kemenangan datang dengan kesabaran, bantuan datang dengan kesusahan dan kemudahan datang dengan kesulitan."

Pembacaan Surat Al-Insyirah adalah salah satu sarana mencari bantuan dari Allah dan cara menghapus penyempitan.

فإذا فرغت فانصب (٧)

7. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,

Ketika Anda menyelesaikan sholat, berdoalah, ini adalah waktu terbaik doa dijawab. Ketika Anda selesai berjihad, beribadahlah. Setiap kali Anda menyelesaikan suatu amalan, segera memulai amalan lain. Jangan buang waktu. Sayyidah `Aisyah berkata:" Nabi akan mengingat Allah di dalam setiap keadaan. Beliau selalu datang dan pergi, selalu dalam renungan, terus-menerus dalam keadaan sedih".

وإلى ربك فارغب (٨)

8. dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

Berpalinglah hanya kepada Allah, dengan ketulusan mutlak dan memohon kepada-Nya. Ini adalah salah satu etika yang diajarkan Allah kepada Kekasih-Nya.

Semoga Allah memperluas / melapangkan dada kita sebagaimana Dia memperluas / melapangkan dada Nabi Muhammad ﷺ.

Ya Allah, angkat dan hilangkan beban kami dan tinggikan derajat kami dalam pandangan Mu.

Jangan memisahkan kami dari Kekasih Mu pada hari kiamat. Ya Allah, ingatkan beliau tentang kami, sehingga kami disebutkan di hadapan Mu!

اللّهمّ صلِّ على سيّدنا محمّدٍ وآله
وصحْبه وسلِّم
Dengar dan fahami AlQuran dalam pelbagai bahasa

http://tanzil.net/#94:1

Aamiin Allahumma Aamiin

Sunday, February 11, 2018

Kata2 Hikmah tentang Masa....

1 . Saidina Ali Karamullahu Wajhah
Kehidupanmu adalah nafas-nafas ( detik-detik ) yang tertentu, apabila berlalu satu detik daripadanya nescaya telah berkuranglah satu juzuk ( daripada umurmu).

2. Saidina Ali Karramullahu Wajhah
Janganlah engkau menangguhkan untuk melakukan sesuatu kebaikan hingga keesokkan hari, kerana mungkin keesokkan hari yang mendatang kamu telah mati.

3. Saidina Ali Karramullahu Wajhah
Hari ini ( di dunia ) adalah masa untuk beramal dan tidak ada hisab padanya, manakalah hari esok pula ( di akhirat ) adalah waktu perhitungan dan tidak ada peluang untuk beramal.

4. Saidina Abbas
Sebaik-baik perkara kebajikan adalah disegerakan.